SELAMAT DATANG KE BLOG LENSA HIDUP ~
DI SINI ADA HIMPUNAN HADITH TERPILIH
SELAMAT MEMBACA
Daripada Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan."
(Muttafaq 'alaih)
---------------------------------------------------------------------------------------
Walau Satu Ayat
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:
"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari neraka."
(Riwayat Bukhari)
--------------------------------------------------------------------------------------
Jalan Mudah Ke Syurga
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."
--------------------------------------------------------------------------------------
Hanya Tiga
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila anak Adam (yakni manusia) meninggal dunia, maka putuslah amalannya, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang soleh yang suka mendoakan untuknya."
(Riwayat Muslim)
-------------------------------------------------------------------------------------
Dunia Yang Terlaknat
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Jihad Ilmu
Daripada Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah sehingga ia kembali."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Fadhilat Selawat
Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan salawatnya padaku," yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w. untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya.
Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Hebat Sangatkah Kita Ni?
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Terkena debulah hidung seseorang (yakni amat hina sekali seseorang) yang di waktu nama aku disebutkan di sisinya, tetapi ia tidak suka membaca salawat padaku."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
-------------------------------------------------------------------------------------
Sebaik-baik Lelaki
Daripada Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khaththab r.a. daripada ayahnya bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Sebagus-bagus orang lelaki ialah Abdullah andaikata ia suka bersembahyang di waktu malam."
Salim berkata: "Sejak saat itu Abdullah tidak tidur di waktu malam, kecuali sebentar sekali."
-------------------------------------------------------------------------------------
Mesti Konsisten
Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu."
(Muttafaq 'alaih)
-------------------------------------------------------------------------------------
Pasangan Ideal
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah merahmati seseorang lelaki yang bangun di waktu malam dan membangunkan isterinya, lalu apabila isterinya enggan, lelakinya itu memercik-mercikkan air di mukanya. Allah juga merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam, lalu berolat dan membangunkan suaminya dan apabila suaminya itu enggan, lalu memercik-mercikkan air di mukanya."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
------------------------------------------------------------------------------------
Bersihkan Mulut Sebelum Solat
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Andaikata tidak akan menjadikan keberatan bagi ummatku atau atas sekalian manusia, nescayalah mereka itu akan saya perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap kali sebelum solat."
(Muttafaq 'alaih)
-----------------------------------------------------------------------------------
SEMOGA BEROLEH SEDIKIT MANFAAT