GENG LENSA HIDUP

24 March 2015

KHAIRY JAMALUDDIN TIMANG ANAK KE 3



KUALA LUMPUR, 24 MAC 2015: Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) dengan nada ceria telah mengumumkan kelahiran anak ketiganya yang juga seorang putera menerusi akaun Twitter miliknya petang semalam.
Menerusi pengumumannya sekitar jam 4 petang itu, KJ menulis yang isterinya, Nori Abdullah telah selamat melahirkan anak pada jam 3.53 petang dan beliau sendiri tidak mengetahui jantina anak ketiganya itu sehinggalah bayi itu dilahirkan.
Beliau sendiri kemudiannya memuatnaik foto bayi lelaki tersebut yang mana turut disertakan sekali dengan namanya iaitu Raif 'Leo' Averroes Jamaluddin Abu Bakar.
Isteri KJ, iaitu Nori adalah anak perempuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood yang meninggal dunia akibat kanser pada 2005.
KJ dan Nori berkahwin pada 2001 dan sebelum ini mereka sudah pun memiliki dua orang anak lelaki iaitu Jibreil Ali yang dilahirkan pada 2007 dan Timor Abdullah, yang dilahirkan setahun kemudian.

PELAKON ADI PUTRA DIMASUKKAN KE HOSPITAL


Sumber Berita Harian
KUALA LUMPUR, 23 MAC 2015: Aktor popular, Adi Putra telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur selepas disyaki terkena gejala cakera teranjak atau slipped disc.
Menerusi laporan BH Online, finalis kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 204) itu mula diserang sakit urat pada bahagian tulang belakang ketika hadir pada sesi promosi filem Isyarat Cinta di ibu negara, malam tadi.
Menurut Adi, dia diserang sakit belakang ketika pertengahan majlis promosi Isyarat Cinta dan terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke hospital. Selepas diberikan suntikan tahan sakit, dia kemudiannya ditahan di wad kerana doktor mengesyaki berlaku slipped disc.
Tambah aktor yang berasal dari Singapura itu lagi, dia sendiri tidak pasti berapa hari akan ditahan di hospital kerana beberapa siri rawatan akan dilaluinya bermula hari ini, termasuklah menjalani imbasan Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) MRI.
Justeru, Adi yang dibawa ke hospital oleh pembantu peribadinya, Jobot, memohon maaf kepada peminat apabila terpaksa meninggalkan majlis promosi dalam keadaan tergesa-gesa.
Jelas Adi kepada Berita Harian, sebelum ke majlis itu lagi dia sudah merasakan seperti tidak sedap hati, tetapi mengenangkan tanggungjawabnya untuk memastikan filem ini berjaya di pawagam, dia telah menguatkan semangat untuk menghadirinya.
Adi juga berharap peminat mendoakan agar penyakitnya itu tidak kritikal dan dengan izin Tuhan dia dapat kembali bekerja seperti biasa.

BINGUNG DUIT RM5 JUTA MUNCUL DALAM AKAUN




UNITED KINGDOM, (MLP) - Seorang lelaki bingung apabila membuka akaun bank miliknya secara atas talian dan mendapati baki akaunnya melebihi 1 juta pound (RM5 juta)!

Secara kebetulan, Kieran McKeefery sedang membuat persiapan untuk membeli sebuah kereta sehari sebelum wang itu muncul dalam akaunnya.

Kieran, 21, bagaimanapun membuktikan dia seorang yang jujur apabila menelefon pihak bank dan meminta mereka menyiasat dari mana datangnya wang tersebut.

Kieran kemudiannya diberitahu bahawa duit itu datang daripada sebuah syarikat pelaburan dan hanya syarikat berkenaan boleh menarik balik wang tersebut.

Syarikat tersebut hanya mengambil kembali wang berkenaan 10 hari kemudian, dengan Kieran memperolehi faedah simpanan sebanyak 210 pound.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...