GENG LENSA HIDUP

18 June 2010

BAGUS BETUL DOKTOR TU BRO!!!


salam
selamat hari jumaat untuk semua yang sudi singgah =)
buat yang sedang bercuti selamat bercuti & berehat =)

pernah jumpa tak?
"ko sakit pe sampai jadi cam ni?" (si A bertanya pada si B)
"aku ade masalah usus..." (si B menjawab)
"ko tak berubat ke?" (si A bertanya pada si B lagi)
"dah banyak tempat aku cuba.... tak elok jugak..." (si B menjawab dengan nada sedikit kecewa)
"ko tak cuba pegi kat hospital ****** bagus la doktor kat situ... anak aku sakit elok bawak jumpa doktor tu" (si A bersemangat memberi saranan)
"ye ke? oooooooo nanti aku cuba.... pe name doktor tu?" (si B mula teruja)

______________________________________________________________

sape yang sembuhkan penyakit kalau korang sakit?

hakikatnya yang memberi segala kesembuhan.... adalah Allah S.W.T.... kadang kala kita semua sering tersilap kata terlanjur bicara.... atau masih tak ambik tau hal ni semua.... selalu cakap sekian-sekian ubat tu bagus.... selalu cakap sekian-sekian dukun tu bagus... selalu cakap sekian-sekian doktor tu bagus.... 

hakikatnya yang menyembuhkan semua penyakit adalah atas izin Allah S.W.T.... ubat, doktor, dukun dan segala yang lain adalah perantaraan untuk suatu proses penyembuhan... kalau Allah S.W.T tak izinkan nak sembuh pegi la berubat dengan doktor terhandal sekalipun tak kan sembuh jugak.... makan la ubat yang termahal dan terbaik.... tak kan sembuh jugak....

berbeza plak... kalau Allah S.W.T memang nak berikan kesembuhan walaupun minum air kosong... pun boleh sembuh.... tu la tanda kekuasaan Allah S.W.T.... yang kita mampu hanya berusaha.... kemudian tawakal.... ubat, doktor dan segala yang lain hanyalah perantaraan untuk kita memperolehi kesembuhan daripada sesuatu penyakit....

jaga-jaga dengan percakapan korang... takut-takut boleh memesongkan akidah.... lagi-lagi bila cakap doktor tu bagus la.......... ubat tu bagus la......... pastikan perkataan Insyallah disertakan sekali.... =)

p/s: aku bengang betul bila tengok iklan hai-o marketing.... cis!!! cakap hai-o yang bagik rezeki kat diaorang sampai depaa jadik kaya.... apa daaaaaaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...