GENG LENSA HIDUP

22 April 2010

SEMBANG-SEMBANG PERIHAL CERMIN MATA

bagi pemula yang pertama kali mahu menggunakan cermin mata.
anda sekurang-kurangnya perlu mengetahui asas bagi sesebuah cermin mata
seperti istilah 

Multi Coated lens
Thin & lighter lens
half frame/full frame/no frame
Photochromic lens

MC atau multi coated
adalah istilah yang biasa jurujual akan terangkan saat anda mahu membeli cermin mata
"cermin mata ni kita bagi sekali multi coated dan harganya bla bla bla..."
lebih kurang macam tulah kan... bagi mereka yang menghadapi masalah silau multi coated lens mesti ada saat mereka menempah cermin mata - kanta mahal sedikit dari tanpa multi coated.


Thin & Lighter - menipiskan kanta (ada dalam subjek fizik)
kebiasaannya jurujual akan bertanya nak buat hi index atau tak terutama bagi yang nilai power agak tinggi
istilah yang akan anda dengar adalah low index, mid- index dan hi index lens. mereka akan cakap lagi nipis lagi mahal... yup memang pun macam tu.. 1.20, 1.64, 1.70 dan banyak lagi angka yang semakin meningkat menunjukkan kanta kamu semakin nipis.


half frame/ full frame/no frame
secara rawak harga cermin mata half frame lebih mahal berbanding no frame dan full frame. kerana half frame lebih kukuh dan agak lebih bergaya. tetapi itu semua bergantung pada jenama.


Photochromic lens
kanta fotokromik. akan kelihatan biasa jika tidak terdedah pada sinaran ultraungu. jika terdedah pada sinaran ultraungu pula kan menjadi gelap... ala-ala sunglass... tapi bukan yang macam pakcik-pakcik tua pakai tau.. yang letak ade magnet tu... atau yang ade sunglass bleh angkat-angkat... tu old fashion lah... orang tua-tua suka pakai. pesen macam tu aku dah lame jumpa zaman sekolah lagi dah ade. tapi yang fotokromik ni memang mahal yang mampu je boleh beli.

contohnya: cermin mata yang aku guna sekarang ni jenama david beckham frame from japan, multi coated, mid-index. aku beli dengan harga RM290. tu tak wat hi index lagi dan fotokromik. kalau aku wat aku kena cas dekat RM7++ tu tokey kedai aku kenal. encik azmi. kalau tak dekat nak seribu kalau ko pegi kat MENARA OPTOMETRIS. untuk info menara memang mahal sikit harga dari england optical dan focus point. aku kalau beli contact lens aku biase beli dekat england optical. 6 bulan pakai siap solution dan eye drop berharga RM145.


HEI PENCURI!!!

selepas berjaya mencuri 3 ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam

pencuri: saya hendak jual ayam-ayam ni
pembeli: dari mana kamu dapat? apasal 3 ekor je?
pencuri: saya mencurinya
pembeli: kamu tak tau ke mencuri tu berdosa dan menyalahi undang2?
pencuri: saya tahu. sebab tu saya tak nak simpan ayam-ayam ni

DASAR LIBERALISASI - BN


LIBERAL - condong kepada kebebasan, bersifat bebas
bila Najib sebut je dan umumkan Dasar Liberalisasi. bunyi macam hebat tapi ko faham ke? kononnya mengubah sedikit DEB... untuk jadikan ekonomi lebih baik
makcik dan pakcik yang kurang faham mungkin suka dengar cakap Najib ni.... mak aih.... sofistikated betul bahasa.... bagus Najib ni... huhu
ini hanyalah omongan untuk mengelirukan orang ramai terutamanya mereka yang hanya tunggu disudukan saja makannya(info). dasar Leberalisasi bermakna : syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara dan memiliki kekayaan negara ini.
Najib telah mengubah satu jalur DEB. kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar ini. ertinya pasaran Malaysia terbuka luas untuk dimiliki. lebih jelas tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini. sape yang tak tangkap leleh dengar berita ni?
kenapa Najib membuat dasar baru ini ?
cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masalah peribadi yang sangat berat. berat di sini bermakna berat dari segi politik. contohnya : parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. retak menanti belah kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional: baca – pemodal Cina – telah menjauhkan diri dari Najib.
dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya awek cun dari Mongolia. media luar ini adalah alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi. kaum pemodal antarabangsa  telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini.
hantu dan polong-polong puaka ini perlu dijaga. supaya tidak menjerit membabi buta.
Najib wajib melakukan sesuatu. samalah macam Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional maka Najib menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dalam dan luar negara. inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib.
dimana Perkins kaki pukul sedang bersemayam?
jangan risau si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghatar budak suruhannya dari Singapura. lupa projek mega – jambatan ketiga ?
Perkins-Perkins ini mungkin ada jaringan dalam EPU. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas. Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.
Dasar Ekonomi Baru atau Dasar Pedekatan Baru ini semuanya TIDAK akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat biasa. dasar ini tak menguntungkan makcik limah yang pagi-pagi keluar menoreh dan pak berahim yang elok senyum sambil memandu teksi.
rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. rakyat biasa tidak tahu apa itu ‘pink form’. rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Heng Seng. rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu di ikat dengan pelbagai gaya/cara – cukai/tol/bil hospital/bil air/bil api/ bil sewa rumah/cukai rumah – dimana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.
dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabur dan membawa modal. ini betul-betul hujah dari kertas kerja John Perkins. Inilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.
satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat(umpama sahaja) - maksudnya kat sini ketuanan rakyat. sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar dimana kepentingan ramai mendahului kepentingan peribadi. kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.
kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus dimana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani. ini kerana dari tenaga kaum buruh dan kuam tani inilah munculnya modal. modal muncul dari tenaga manusia. modal bukan wang ringgit. wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. modal datang dari tenaga warga negara itu sendiri. baru negara jadi lebih bermakna.  bukan ko tipu mereka membentuk dasar baru begitu begini dan akhirnya entah apa-apa. ko tak pernah rasa perit jerih menoreh dan bangun pagi-pagi juga jalan dalam sunyi. ko tak tau payah atau senang mahu cari penumpang bagi seorang pemandu teksi bermeter. =)

BERTUALA



F***** ke tu?
tah lah
dah tu? nape letak gambar ni?
aku punya suka lah
tipulah

aku jawab laju-laju
ha ah tu aku
kat kepala aku tu tuala mandi buruk bapak aku 
(sekarang dah tak pakai)
aku ambik gambar ni mase blackout kat umah aku
sumber cahaya torchlight dan larikan wajah dari backup lantern
emosi rasa nak ambik gambar macam seram

p/s: gambar aku dah pindah kat page koleksi foto
p/s/s: bos jangan marah dulu aku kunci ko, terkantoi aku ade blog ~
p/s/s/s: woit!! dekat 7 tahun lepas ko ingat lagi???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...