GENG LENSA HIDUP

09 May 2010

PIALA NI UNTUK SIAPA?

salam
sedikit kita singkap sejarah PIALA THOMAS...

kejohanan PIALA THOMAS merupakan sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. kejohanan ini berlangsung setiap 2 tahun sekali. PIALA THOMAS ini diperolehi daripada nama bekas presiden BWF - Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. pertandingan berpasukan bagi wanita pula berlangsung pada tahun 1956 & dikenali sebagai PIALA UBER.bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan PIALA UBER.

antara negara yang pernah memenangi PIALA THOMAS:

INDONESIA : 13 kali
CHINA : 6 kali
MALAYSIA : 5 kali

hari ni akam bermulanya KEJOHANAN PIALA THOMAS
piala ini milik siapa?

KISAH KLASIK ZAMAN MODEN

salam
mase zaman aku kecik-kecik...
ade kisah antara kancil dengan buaya....
buaya nak makan kancil la...
monyet termakan cili la....
dan macam-macam lagi kisah teladan yang ade...
ye tak?

kat sini aku nak ceritakan kisah 
antara harimau, buaya, tikus, lebah & manusia...

kisah ini bermula dengan seorang pemuda yang telah masuk ke hutan untuk mencari herba dan tumbuhan yang boleh dijadikan ubatan tradisional... ye pemuda ni seorang yang beragama Islam... yang berasal dari satu kampung yang diberi nama Kampungku Kampungmu Jua... hihihi...

sedang sibuk mencari pokok herba tersebut... tiba-tiba beliau telah bertembung dengan seekor harimau... pergh.... lelaki ni mestilah takut gila... so dia pun lari pecut... persis seorang jaguh olimpik... cayalah.... sedang laju beliau berlari... tiba-tiba beliau terjumpa sebuah perigi... ape lagi melompatlah beliau dalam perigi tu... dan kebetulan ada seutas tali tergantung pada perigi tu... beliau pun berpaut di situ....

fuhhhhhhhh lega... harimau tu menuggu di atas... sedang beliau melepaskan lelah... tiba-tiba terdengar bunyi kocakan air... beliau pun melihat ke bawah... cisssssss ade dua ekor buaya rupanya.. alahai.. nasib-nasib..mujur tali itu tak terlalu panjang... beliau pun berfikir... andai naik ke atas beliau akan dibaham dengan harimau... dan jika terjun ke bawah beliau akan ditelan buaya... ahhhhhhhhhh keliru... resah & gelisah pun bersatu...

sedang otak ligat berfikir... tiba-tiba ade bunyi cik ti (tikus). seekor tikus hitam datang... menggigit tali tu... alamak... tikus ni kacau betul la... mati aku kali ni... pemuda tu berkata dalam hati... tak lama kemudian datang pula tikus putih... tolong sama menggigit tali tu juga... perghhh... makin cepat la aku mati ni... gumam beliau dalam hati...

sedang beliau merungut dalam hati tu... datang seekor lebah yang terbang rendah... dan tiba-tiba jatuh lah setitik madu yang sedang dibawanya... ke dalam mulut pemuda tersebut... perghhhhhhh manisnya.... sedap sungguh... dek kerana manisnya madu tu... pemuda tersebut terus terlupa akan harimau yang di atas & dua ekor buaya yang sedang menuggu di bawah. juga dua ekor tikus yang sedang menggigit tali....

korang faham apa yang aku nak sampaikan?

harimau = ajal (yang sentiasa memburu kita)
dua ekor buaya = adalah malaikat munkar & nangkir
tikus putih & hitam = siang & malam
pemuda = diri kita sendiri
madu = dunia

biar pun kita tahu ajal kita semakin hari semakin dekat... dan juga malaikat munkar & nangkir sentiasa menanti kedatangan kita... dan masa sentiasa bersilih ganti siang & malam... tapi kita sering alpa... dengan kemanisan dunia yang sementara... seperti pemuda itu... apabila jatuh setitis madu... habis segala bahaya beliau lupakan... jika panjang tali itu... maka pendeklah umur kita... dan jika pendek tali itu panjanglah pula umur kita...

kisah ini sesuai diadaptasikan dengan kehidupan kita di dunia.... kerana kemanisan dunia yang sementara... lantas kita lupakan segala yang sedang menanti & memburu kita....

nasihat Baginda Rasulullah SAW:
sesungguhnya dunia ini bukanlah suatu yang berharga bagi Allah SWT. sesuatu yang dilakukan kerana dunia semata-mata akan dikutuk kerana tiada hubung kait dengan matlamat Akhirat. dunia yang diraih tanpa mengingati Allah SWT akan menyebabkan manuusia menjadi hamba dunia. melainkan apabila dunia ditadbir dengan zikrullah dengan hati & amalan. iaitu dunia dibatasi dengan halal & haram.

SEGALA YANG BAIK DATANG DARIPADA ALLAH
YANG BURUK SUME DARIPADA AKU SENDIRI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...