GENG LENSA HIDUP

24 May 2010

BUAT MASJID MACAM RUMAH SENDIRI


salam
syukur alhamduliillah... 
aku masih boleh menulis lagi... cewah... ayat...

ni hanyalah luahan hati seorang hamba Allah yang rajin gi masjid...
hamba Allah tu pastinya bukan aku...
harap maklum... aku bukan stok masjid... huhu... =)

situasi:
seorang bapa berbual-bual dengan seorang jemaah... sambil melihat dan memuji anak beliau... yang sedang berlari-lari & berguling-guling dalam masjid... budak-budak kan... dalam 4 @ 5 tahun... tak sunat lagi plak tu... bapak budak tu selamba je cakap... "dia dah buat masjid macam rumah sendiri..." beliau tak menegur apa-apa pun kat anak dia... yang tengah wat bising & bermain-main dalam masjid... ayoyo... appa... ini macam tada bagus lah...

adab dalam masjid:
masuk dengan kaki kanan... niat dalam hati untuk iktikaf... jangan duduk dulu... tunaikan solat sunat tahiyatul masjid dulu... menunaikan solat sunat tahiyatul masjid adalah satu keutamaan berbanding bersalaman dengan para jemaah... kemudian bersalaman dengan jemaah... elakan anak-anak anda bermain-main di dalam masjid... elak bercerita hal ehwal dunia di dalam masjid... banyakan berzikir... membaca al-quran... serba sedikit yang aku ketahui... yang lain kalau aku silap sila tunjukan... kalau ada yang tertinggal leh la bagitau... =)

p/s: mudahan kita semua diberi petunjuk...

KENAPA MEMILIH UNTUK JADI CIKGU?


salam
buat semua pembaca yang sudi singgah laman ini...

tetiba aku terasa nak sentuh isu kenapa nak jadi CIKGU...
bleh tak? hahaha....

sebab memang dah minat dari kecik untuk jadi cikgu
ini adalah sebab yang munasabah. betol tak? cuma kadang kala hanya miliki minat tak berapa nak cukup... penampilan & kebolehan untuk menyampai... sangat penting... tidak semua guru yang ada sekarang ni mampu jadi penyampai yang baik... kalau setakat bace buku teks je hari-hari... cam ne student nak jadi creative thinker... ye tak? tak pun hari-hari tayang slaid je... tak de komunikasi dua hala dengan pelajar pun tak leh gak... pendek kata nak jadi cikgu kena ade skill.... pendekatan secara psikologi lebih penting berbanding kekerasan... ada betul ka?

sebab lame sangat menggangur (no choice)
antara sebab popular nape nak jadi cikgu zaman sekarang ni... dah lame sangat menganggur... so apply la KPLI.... okeh... aku terima alasan ni... yang aku kurang boleh terima... bila dah dapat jadi cikgu... mengajar setakat melepaskan batuk di tangga... hah mau dapat gaji je... kualiti belakang kira... sungguh pun ko tu guru KPLI... ape salah bersungguh untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berwibawa.. ada betul ka?

sebab cikgu antara calon menantu pilihan (mentaliti orang tua)
ape lagi... moh le jadi cikgu beramai-ramai... setelah menjadi cikgu... potensi untuk popular di kalangan penduduk kampung & bandar lebih tinggi... huhu... kerana terutamanya ibu-ibu... sangat suka bercerita pada jiran tetangga yang anak saya ni bakal cikgu @ dah jadi cikgu... juga bakal mak mertua @ mak mertua setiap hari bercerita pada penduduk kampung menantu aku ni cikgu... ohhhhh apekah? menantu bekerja kilang dibiarkan begitu saja tanpa dipuji melambung-lambung... ini realiti... bukan fantasi okay... pinangan daripada seorang lelaki yang bergelar cikgu adalah lebih tinggi untuk terima... hahahah!!! ada betol ka? kalau doktor of course la terima... kalau jurutera tentulah terima... kalau menoreh mungkin fikir dua tiga kali jugalah... moralnya jadilah mak mertua yang tak memilih bulu...

sebab mak & ayah suruh
ohhhh... mak bapak semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak... ye tak? so dengan selambernye menyuruh anak itu untuk menjadi cikgu... dengan alasan habis belajar boleh terus kerja... tak menganggur... oh... mudahnya... tapi apesal skang ni ade gak cikgu yang menganggur? kerana lambakan guru yang keluar daripada maktab(sekarang da jadi institusi perguruan) & institusi pengajian tinggi... selain daripada pemilihan kursus yang bukan utama... kerana kini pihak sekolah lebih mementingkan sains & teknologi... kalau ambik major math, fizik, sains, kimia, biologi & subjek sains lain...english ke... agak senang la nak posting & terus dapat kerja... kalau ambik major sejarah, pendidikan moral, kaunseling & yang sewaktu dengannya mungkin akan ada sedikit kesulitan masa nak dapat kerja... tambahan pula kementerian pelajaran lebih mengutamakan pelajar daripada institusi perguruan... berbanding IPTA... ini realiti... tak pernah lagi jumpa budak-budak maktab tak dapat posting... tapi budak-budak UPSI & IPTA lain sering kita dengar terpaksa cari sendiri tempat untuk posting @ menganggur @ jadi guru sementara dulu sebelum dapat diterima menjadi tenaga pengajar tetap... ada betol ka?

kerjaya sebagai seorang guru ni memang la bagus... cuma cara pembawakan kena lah betul... supaya anda yang digelar guru benar-benar menghayati tugas anda... bukan sekadar untuk mendapatkan gelaran cikgu sahaja pada mata masyarakat... tepuk dada tanya selera... anda di mana....

p/s: guru kau ibarat lilin... upssssss pelita lah plak... lilin nanti abes... ye tak papa wi? guruku bapaku jua...

BAHASA TEKNOLOGI

salam
ade beberapa istilah yang kita semua kena gak tau...
maklum lah da jadi pengguna internet...
dah jadi pengguna laptop...
dah jadi pengguna desktop...
tak rugi pun tau kan...
lalalala

ROM = Read Only Memory
RAM = Random Access Memory
CPU = Central Processing Unit
IP = Internet Protocol
LAN = Local Area Network
BIOS = Basic Input Output System
OS = Operating System
ADC = Analog to Digital Converter
API = Application Programming Interface
ALU = Aritmetic Logic Unit
AI = Artificial Intelligence
BOS = Basic Operating System
BCD = Binary Code Decimal
BCO = Binary Code Octal
CCD = Charge Coupled Device
CD - ROM = Compact Disk Read Only Memory
CASE = Computer Aided Software Engineering
CBT = Computer Base Training
CAD = Computer Aided Design
DBA = Data Base Administrator
IE = Internet Explorer

p/s: lagi istilah yang ade ... tapi aku dah agak lupa... nanti bila ingat aku tambah lagi okay.... memory lost... huhu =)
p/s/s: buku aku mase study lu tah mane hilang... tu la... padan muka sape soh buang-buang... adeh...

ASBABUN NUZUL

salam
syukran jazilan
moga semua sentiasa diberkatiNYA...

tiba-tiba teringat mase aku belajar subjek pendidikan Al-Quran Sunnah mase spm dulu... tah macam mana aku leh amik subjek ni... antara subjek yang memang aku tak berapa nak suka... huhu... bila dah besar baru sedar diri... hihi =) semua ayat Al-Quran yang diturunkan ade 'asbabun nuzul' atau sebab turun ayat yang tersendiri..begitu juga dengan surah Ali Imran ayat 26 dan 27.. oleh kerana surah ni mempunyai khasiatnya yang tersendiri..ayat-ayat ni juga telah dijadikan bacaan wirid selepas solat..

Rasulullah SAW sendiri telah memberitahu kepada saiyidina muaz bin jabal r.a mengenai khasiat surah ini...kisahnye seperti berikut...

kisah satu
Rasulullah menegur saiyidina muaz selepas selesai menunaikan solat zohor kerana baginda tidak melihat saiyidina muaz menunaikan solat jumaat hari sebelumnya. lalu,saiyidina muaz menjawab ketika beliau sedang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat jumaat,beliau ditahan oleh seorang yahudi kerana saiyidina muaz berhutang dengannya..saiyidina muaz dikurung di rumah yahudi tersebut dan tidak dibenarkan ke mana-mana sehinggalah beliau menjelaskan hutangnya. Rasulullah tersenyum dan berkata, "aku akan ajarkanmu dua potong ayat,jika kamu mengamalkannya Allah akan meluaskan rezeki untuk menjelaskan semua hutangmu walaupun hutangmu itu sebesar gunung...." dan baginda memperdengarkan kpd saiyidina muaz 2 ayat Al-Quran daripada surah Ali Imran ayat 26 dan 27..selepas itu,saiyidina muaz menjadikan ayat-ayat tersebut sebagai sebahagian daripada wirid hariannya. akhirnya,saiyidina muaz berjaya dan maju dalam pekerjaannya dan mampu melunaskan semua hutangnya...


Rasulullah juga telah mengajarkan sebuah doa yang mempunyai fadilat yang serupa dengan ayat-ayat tadi..

kisah dua
Tabiat Abu Umamah r.a yang gemar berada di masjid siang mahupun maalm...telah menarik perhatian Rasulullah SAW...lalu baginda bertanya kepada Abu Umamah..,"mengapa kamu tidak pulang ke rumahmu wahai sahabatku..?" Jawab Abu Umamah,"aku tidak boleh berada di rumah,aku sentiasa berasa sedih ,susah hati dan gelisah ketika berada di rumah..aku banyak hutang ya Rasulullah.." Rasulullah pun mengajarkan sebuah doa kepada Abu umamah..  'Ya Allah ,aku berlindung denganMU daripada keluh-kesah dan dukacita,dan aku berlindung denganMU daripada kelemahan dan kemalasan,dan aku berlindung denganMU daripada ketakutan dan kebakhilan,dan aku berlindung denganMU daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia..' Abu Umamah mengamalkan doa yang diajarkan baginda setiap hari dan yakin kepada kata-kata Rasulullah bahawa Allah akan memberi kelapangan kepadanya. akhirnya perasaan sedih dan keluh-kesah beliau hilang sedikit demi sedikit. Abu Umamah juga sudah berupaya mencari jalan untuk melangsaikan hutangnya dengan menambahkan usahanya.


'Beramallah kamu kerana Allah....janganlah kamu beramal semata-mata kerana memandang kepada fadilat atau kebaikan yang kamu perolehi hasil mengamalkannya' 

p/s: apa yang terjadi pasti bersebab

LAPTOP BUDGET


salam
menjawab pertanyaan daripada member maya aku....
laptop budget dalam 2k sekarang ni banyak dah kat pasaran. model-model lenovo, asus, acer dan compaq pun ada.
kalau untuk tahan lama, ramai member-member aku guna Lenovo. memang tahan lama.
ketahanan bateri bergantung kepada jenis aplikasi yang dijalankan. kalau untuk buat assignment, rasanya tak de masalah kerana tak menggunakan terlalu banyak kuasa. jika tujuan grafik mungkin bateri cepat habis.
laptop cadangan dalam budget RM2k:
1. HP CompaQ – RM1899
2. CompaQ CQ41 – RM2049
3. Lenovo G450-T4400 – RM1699
4. Lenovo G450-T6600 – RM2099
5. HP Pavilion – RM2199
6. ACER ASPIRE 1810TZ- RM1999
7. ASUS A42F-I350W – RM2099

harap membantu
p/s: harga bukan la latest... aku check mase ujung bulan 4 hari tu...
p/s/s: kalau model fingerprint aku suka model Lenovo. ada yang fingerprint reader macam model Lenovo IdeaPad U350 – RM 2699
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...