GENG LENSA HIDUP

16 November 2014

3 TAHUN JUAL DAGING BABI KEPADA MUSLIM!!!




SWITZERLAND, (MLP) – Seorang penjual daging ‘halal’ dihadapkan ke mahkamah awal minggu lepas kerana menjual daging babi kepada pelanggan beragama Islam.

Pengusaha daging berbangsa Swiss itu dilaporkan telah menjual sebanyak 3.1 tan daging khinzir sepanjang tiga tahun.

Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati lelaki tersebut telah menipu pelanggan dengan menyatakan daging terlarang tersebut sebagai daging anak lembu.

“Jika para pelanggan mengetahui bahawa ia merupakan daging babi, mereka tidak akan membelinya kerana Islam melarang penganutnya dari makan daging berkenaan,” jelas pendakwaraya.

Pengusaha bahan mentah itu didakwa atas kesalahan penipuan dan salah nyataan, dan kini berdepan penjara selama enam bulan serta denda sebanyak 18,000 Swiss franc (RM63,000).

Kredit gambar: 5pillarz

CUBAAN MENIPU GAMBAR MH17



MOSCOW, (MLP) - Saluran televisyen Rusia, Channel One Rusia dikecam hebat apabila didedahkan bahawa gambar yang menunjukkan saat terakhir pesawat MH17 tidak asli.
Gambar yang diterima melalui e-mel itu menunjukkan satu pejuang jet menembak ke arah sebuah pesawat komersial yang dipercayai Malaysian Airlines MH17. 
Walau bagaimanapun, pegawai di Ukraine dan Amerika Syarikat telah mendedahkan gambar tersebut direka menggunakan Photoshop dan buktinya nyata yang ia tidak asli.
Beberapa penulis blog tambah berkata yang corak awan di dalam gambar itu membuktikan foto ini adalah sejak tahun 2012 dan beberapa butiran yang lain didapati amat pelik. Ini dikatakan satu lagi percubaan "tidak masuk akal" oleh pihak Moscow untuk mengabaikan tanggungjawab kerajaan untuk kejadian MH17.
Kredit Foto: Prison Planet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...