GENG LENSA HIDUP

07 December 2014

IBU GIGIT BAYI SENDIRI


SHENZHEN, (MLP) - Doktor dan jururawat di sebuah hospital di wilayah Guangdong selatan China terkejut apabila menemui seorang ibu baru telah menggigit anak lelakinya yang baru lahir dalam apa yang dipanggil dalam satu serangan kannibalisme.
Jururawat telah menemui Li Zhenghua, 24, menggigit lengan bayinya beberapa hari selepas dilahirkan. Apabila jururawat itu cuba mengasingkan bayi dari ibunya, Zhenghua telah enggan dengan sekeras-kerasnya. 
Dia kemudiannya diberi ubat sedatif yang kuat supaya bayi itu dapat diselamatkan.  
Lengan bayi tersebut berdarah dengan teruk akibat kesan gigitan ibunya itu. Pasukan perubatan di situ merasakan bahawa Zhenghua mempunyai masalah kesihatan mental yang telah mendorong untuk mencederakan bayinya yang baru dilahirkan. 


Kredit Foto: 1 Click News 

6 TIPS KURANGKAN RISIKO ANAK SAKIT



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

perkara yang paling merunsingkan ibu-ibu adalah bila anak didapati demam atau sakit... seperti selsema... batuk dan lain-lain lagi....

pada pendapat aku... dan aku dah praktik sendiri pada anak-anak...

pertama
kurangkan pengambilan 'junk food' untuk anak-anak... elakkan pujuk anak dengan makanan ringan... gantikan dengan snek berkhasiat... seperti sandwich, kerepek pisang, buah dan lain-lain...

kedua
perhatikan pengambilan kuantiti cecair yang diambil oleh anak... pastikan mereka minum air yang mencukupi...

ketiga
elakkan anak mandi selepas pukul 7... jika terpaksa guna air panas atau sapukan minyak di bahagian dada mereka...

keempat
pastikan anak makan sayur atau buah yang tinggi kandungan vitamin C...  vitamin A... zat besi... dan lain-lain... jika susah sangat buatkan mereka jus...

kelima
berikan makanan sunnah pada anak-anak... seperti madu, kurma, kismis, dan lain-lain lagi...

keenam
jangan putus berdoa untuk kesihatan anak... mintalah apa pun dalam doa anda... mohon supaya anak hanya terbuka selera dengan makanan berkhasiat, mohon supaya anak sihat selalu, terhindar daripada penyakit merbahaya, mohonlah apa pun... hanya anda dan Allah S.W.T sahaja yang mendengar.... dan yakinlah pasti Allah tunaikan... kerana doa seorang ibu tiada hijab...

dengan beberapa amalan di atas.... InshaAllah anak anda akan sihat dan cergas... dan paling nyata bila aku tak bagi anak aku terlalu kerap makan gula-gula atau cekedis... alhamdulillah... mereka lama dah tak demam, batuk atau selsema... untuk anak yang 3 tahun tu aku selalu cakap "kalau ahmad tengok kencing ahmad macam air teh o tu... tanda kamu kurang air... so bila dia rasa dia kurang air..." dia akan minta sendiri air masak.... kalau jernih je... nanti dia akan cakap "mama kencing ahmad jenih je... " sebab sekarang dia dah tak pakai lampin pakai buang lagi =)

selain mengamalkan makanan sunnah setiap hari....

sekian wallahua'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...