GENG LENSA HIDUP

28 May 2010

TARIK BALIK SUBSIDI CUMA TOPENG?


salam
kepada semua...

isu panas... kerajaan memerintah Malaysia a.k.a BN akan menarik balik subsidi.... lembut je bunyinya.... ape jadi bila subsidi ditarik balik? semestinya harga barangan akan naik bukan? harga petrol akan naik bukan? tak sama ke kalau letak tajuk HARGA BARANG AKAN NAIK? HARGA PETROL AKAN NAIK?

dengan menggunakan PATAH PERKATAAN yang berbeza... kerajaan BN mengharapkan rakyat tidak berpiket, tidak membantah, tidak berdemonstrasi.... kerana telah dimomokan kepada umum... KERAJAAN MAHU TARIK BALIK SUBSIDI... ohhhhhhhhhh bukan mahu MENAIKAN HARGA BARANG... BUKAN MAHU NAIKAN HARGA PETROL....

natijah daripada kenaikan harga barang ini... kos sara hidup semakin tinggi dari hari ke hari... jika benar subsidi ini ditarik balik, harga barangan ini akan melonjak naik dan dikawal sepenuhnya melalui pasaran penawaran dan permintaan secara terbuka. ini juga akan mendedahkan industri ini kepada manipulasi harga oleh pihak pembekal sumber dimasa akan datang... oleh itu satu kaedah perlu diperhalusi sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan. penstrukturan semula subsidi satu pilihan tetapi Kerajaan tidak boleh kedekut sangat dengan rakyat dan meletakan beban kenaikan harga barang 100% ke bahu rakyat....

sedangkan... dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak ada langsung langkah untuk berjimat cermat... malah terlalu banyak pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan.... aku adalah antara rakyat yang tidak lupa bagaimana Najib, Muhyidin dan menteri-menterinya berjoli dengan duit rakyat dengan pelbagai janji ditabur dalam semua siri pilihanraya kecil (PRK)sejak 2008 yang lalu.... hal ini menjadi punca kenapa kewangan negara jadi semakin sakit.... bajet yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan yang dirancang telah dibawa lari untuk projek-projek khas dalam PRK....

sebagai PARTI yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara... juga sebagai perdana menteri.... Najib perlu ingat bahawa judi itu haram.... menghapuskan subsidi itu satu penganiayaan..., perkenalkan GST itu satu kezaliman dan menaikan harga minyak itu satu pengkhianatan kepada rakyat.... kamu BN diberikan mandat untuk MENGURUSKAN & MENTADBIR hasil negara sebaik mungkin... tetapi begini pula jadinya.... hasil negara digunakan untuk kepentingan peribadi je... pemberian kepada rakyat hanya untuk mengaburi mata-mata yang ada...

bagaimana kehidupan rakyat MARHAEN?
bagaimana kehidupan akan datang?
berapa ramai lagi rakyat malaysia yang hidup di bawah garis kemiskinan?

p/s: tak semua rakyat malaysia ni LETAK OTAK DI HUJUNG IBU JARI KAKI... =)

MEMANG BENAR SYURGA DAN NERAKA ITU RAHSIA ALLAH

salam

subhanallah 33x
alhamdulillah 33x
allahuakhbar 33x

tau ke ape yang kat atas tu?
tu adalah TASBIH FATIMAH
menjadi amalan anak baginda Rasulullah SITI FATIMAH
tasbih ni ada sejarahnya... 
nanti aku cerita ya....

Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.

Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA.

dengan ini kita manusia biasa tidak berhak untuk mengatakan siapa yang akan masuk syurga dan siapa akan masuk neraka.... betul tak?

ohhhh.... 
mentang-mentang dikatakan begitu... kau mahu lakukan sesuka hati .... kau kena ingat setiap perlakuan @ amalan manusia itu akan membawa mereka ke syurga atau neraka.... 

setiap kejahatan biar pun sebesar zarah tetap akan ada balasan...
setiap kebaikan biar pun sebesar zarah tetap akan ada balasan...

beramal lah kamu dengan segala macam doa...
beramal lah kamu dengan segala macam ayat al-quran
beramal lah kamu dengan segala macam amalan sunat
beramal lah kamu dengan segala kebaikan & amal soleh di muka bumi ini

jangan sekali kau mengatakan ilmu mu sudah lengkap
jangan sekali kau mengatakan kau tahu segala 

bimbang ujub datang tiba-tiba
bimbang riak menguasai jiwa
bimbang amal soleh tak diterima
bimbang amal wajib kau lupa
bimbang amal sunat kau pulun beria

waspada godaan SYAITAN datang dalam pelbagai rupa
waspada godaan SYAITAN datang dalam pelbagai cara
waspada godaan SYAITAN datang tanpa kita sangka....

Allah itu Maha Bijaksana
Allah itu MAha Mengetahui
Allah itu Maha Adil

SYURGA & NERAKA ITU RAHSIA DIA

p/s: tunduk renung diri... ade mase lagi?

10 BENTUK BIOTEKNOLOGI UNTUK ABAD KE - 21



salam

ini hanya perkongsian...
buat tatapan semua pembaca.... =)

1. genom manusia, rahsia kod genetik dalam DNA kita akan ditafsirkan.
2. penyelesaian genetik kepada penyakit yang dideritai manusia merupakan harta intelek yang sangat berharga.
3. ubat biotek baru akan menyelamatkan banyak nyawa & menghindar banyak penyakit.
4. bayi pereka bentuk akan dicipta dengan gen terpilih untuk meningkatkan kebolehannya dan menghapuskan ciri-ciri yang tidak dikehendaki.
5.kita akan belajar memanipulasi gen tertentu untuk mempengaruhi kebolehan & kesihatan individu
6. kerjasama antara biotek & komputer akan mempercepatkan perekaan bentuk semula genetik semua jenis hidupan.
7. kita akan belajar kaedah menklon organ untuk menambah baikan kesihatan & umur manusia
8. isu persendirian dan sulit tentang kebenaran melihat data genetik individu akan menyebabkan persengketaan antara orang ramai, peniaga & kerajaan
9. kerjaya, hubungan & peluang dipengaruhi oleh warisan genetik.
10. biotek untuk peningkatan kualiti hidup manusia akan menjadi industri pada abad ke - 21 yang paling menguntungkan.

ini hanyalah imaginasi mereka... kita yang beriman perlu ingat ada yang lagi Maha Berkuasa... kita hanya mencari ilmu miliknya....

ilmu manusia ni ibarat setitik air laut jika dibandingkan dengan ilmuNya yang seluas lautan... "manusia jangan kau bilang tahu segala"

PERLU KE ANONYMOUS NI DIBERI RACUN TIKUS?


salam
bermasalah dengan kehadiran anonymous?
untuk entri ni aku gunakan pekataan ringkas bagi 
anonymous = ano
harap maklum...

pertama
jangan salah faham ye ano... aku tulis entri ni bukan aku tak terima ape yang ano tulis & bukan aku tak hargai ano. aku tetap hargai... aku terima & aku akan bace semua komen yang diberi.... tak kira ano atau bukan ano... tanda aku hargai ano aku tak kan delete komen ko... kalau blog aku ni wujud 10 tahun lagi... keturunan aku pun leh bace komen ano ni... best kan?

kedua
aku hanya pertikai sikap ano.... oh... bertandang tanpa identiti... kadang-kadang ade ano yang memberi komen seperti  OTAK LETAK DI HUJUNG IBU JARI KAKI.... aku letak huruf besar supaya ano faham.... HUJUNG IBU JARI KAKI adalah tempat paling bawah sekali.... berkatalah apa pun kita ini di negara demokrasi... perbezaan pendapat itu satu variasi... tetapi setiap perkataan tu mesti diakhiri dengan bukti & fakta yang sahih... ye tak?

ketiga
kadang-kadang ano ni hanya datang untuk cari publisiti @ bikin kontroversi @ provokasi... macam datang bertandang ke blog BEN & blog popular lain...kalau ko tak suka entri yang di post lebih meriah kalau ko datang dengan identiti sejati... baru la orang cakap ko ni macho@cun... hantar komen berani mati... siap ade name & identiti lagi... 

keempat
aku selalu berfikir... ano ni cacat ke? tak sempurna otak ke? atau ade pape yang kurang sebab tu rela datang tanpa identiti.... beri komen... dan terus pergi... cakap gedegak gedeguk satu pun tak de isi... kalau ade isi tu... da kira bagus...

kelima
kebiasaannya.. mereka yang ade idea bernas ni... akan datang dengan gembiranya papar identiti... ohhhhhhh adat manusia lah kan? yang sorok-sorok identiti ni ano je la.... macam aku penah cakap... kambing pun orang  panggil kambing... kira ade identiti la jugak ye? ano? lebih rendah dari kambing ke?

jadilah yang JUJUR
percanggahan pendapat itu HARUS

p/s: sesiapa jujur tak mungkin sorok identiti... termasuk la kambing yang jujur... hahaha... aku tak kan bagi ano aku racun tikus... kan aku hargai mereka.... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...