GENG LENSA HIDUP

18 April 2015

AZWAN ANNUAR, PELAKON HANTU KAK LIMAH MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR 18 APRIL 2015: Pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Azwan Annuar,38, meninggal dunia di rumahnya di Kepong 10.15 pagi tadi akibat sakit belakang.
Menurut kakak tirinya, Norzaleha Saleh, arwah yang membawa watak Wan Kaswi dalam filem itu mengadu sakit sejak tiga minggu lalu.
"Sebelum ini arwah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit teruk. Dia ada mengadu sakit belakang dan pergi berurut.
"Malangnya, arwah enggan mendapatkan rawatan di hospital walaupun sudah dinasihati oleh keluarga. Dia juga berpesan supaya merahsiakan masalah kesihatannya," katanya.
Jenazah Azwan dikebumikan di Tanah Perkuburuan Islam di Kepong selepas solat Asar.
Selain berlakon, arwah juga penulis skrip dan pegawai perhubungan awam serta cukup terkenal dalam kalangan media dan artis.
 Al-Fatihah

KERAJAAN RUGI RM8 BILION



ARAU, (MLP) – Kerajaan Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM8 bilion pada tahun lepas akibat kemalangan jalan raya sahaja.

Memetik laporan Kosmo, Datuk Seri Ismail Ahmad selaku Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kerugian itu terkesan dari 480,000 kemalangan jalan raya yang mengorbankan 6,674 orang.

Menurut beliau perkiraan itu dibuat dengan mengambil kira setiap rakyat yang menerima subsidi kerajaan sebanyak RM1.2 juta sejak dilahirkan sehingga tamat pengajian di pusat pengajian tinggi atau universiti.

"Jumlah kematian ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan negara maju seperti United Kingdom yang mencatatkan 800 kematian sahaja tahun lepas walaupun penduduknya berjumlah lebih 60 juta orang," ujarnya.

Ismail menerangkan statistik itu ketika ditemui pemberita selepas majlis Hari JPJ Malaysia Peringkat Negeri Perlis di pekarangan jabatan itu di Jejawi kelmarin.

Gambar sekadar hiasan

Kredit gambar: Kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...