GENG LENSA HIDUP

27 September 2010

BN TIMBULKAN ISU BARU... JANGAN JADI SENJATA MAKAN TUAN SUDAH LAH....



Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakinidari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. 

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.


Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.


Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. 

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. 

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. 

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

sumber: Malaysiakini

aku kata: deme ni... saje je dok carik pasal... nanti jadi lagi senjata makan tuan... yang orang BN dok buat selama ni... kelepet bila dapat kontrak ape-ape projek... sampai stadium runtuh la ape la... kutip cukai dari kilang-kilang arak untuk bayar gaji... tak kira pulak? tu belom lagi kes agihan bantuan yang pilih bulu... kalau tak sokong BARISAN sampai mati tak dapat bantuan... padahal bantuan tu hak semua.... yang amalan RASUAH sejak berabad lamenye tu tak sebut pulak? adoiyai...

AKHIRNYA SEMUA STRESS!!!

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

KALI NI KITA LAYAN CITE KELAKAR YE... 

KISAHDARI WAD ORANG GILA...

PADA SUATU HARI....

SEBAIK SAJA BERJAYA MELEPASKAN DIRI DARI WAD ORANG-ORANG GILA...PESAKIT TERSEBUT TERUS MELARIKAN DIRI KE TENGAH BANDAR... KAKITANGAN HOSPITAL DI KERAH MEMBURUNYA.TIDAK SAMPAI BEBERAPA JAM BELIAU TELAH DI TEMUI SEMULA DAN DI TANGKAP DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI.BELIAU KEHAIRANAN LALU BERTANYA:

`BAGAIMANA ENGKAU MENGENALI AKU?`

`DARI PAKAIAN TUAN YANG BERBEZA DARI ORANG BANYAK `JAWAB PETUGAS DENGAN JUJUR SAMBIL MENUNJUK PERKATAAN `HOSPITAL BAHAGIA` YANG TERTULIS DI BELAKANG BAJU PESAKIT.

`.....TAPI BAGAIMANA ENGKAU YAKIN YANG AKU INI ADALAH AKU ?`

PETUGAS HOSPITAL KEHAIRANANAN DAN BERFIKIR MENCARI JAWAPAN SEHINGGA SEMUANYA DI TANGKAP DAN DI MASUKKAN KE WAD YANG SAMA...

GAYA, MUTU, KEUNGGULAN HEHEHEH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...