GENG LENSA HIDUP

03 February 2015

MURID CALON UPSR MENGANDUNG 7 BULAN




MELAKA, (MLP) – Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun disahkan mengandung 7 bulan apabila dihantar ke hospital ekoran mengadu sakit perut pada Sabtu lalu. 

Murid yang kini berada di tahun enam persekolahan itu cuba merahsiakan dirinya dirogol namun rahsia itu terbongkar sementelah dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut kelmarin.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, calon yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika berada di sekolah.

Selepas diperiksa, kanak-kanak itu akhirnya mendedahkan dia dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan awal, pihak hospital telah mengesahkan mangsa kini mengandung 7 bulan,” terang Ketua Polis Daerah Jasin iaitu Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Menurut Hishamuddin lagi, pihaknya telah menahan seorang warga emas di kediaman yang terletak di Selandar pada hari yang sama laporan diterima.

Gambar utama sekadar hiasan

Kredit gambar: zaliyatt

p/s: awasilah anak-anak anda sebaik mungkin... dan jangan putus doa untuk keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.... semoga jadi pedoman buat kita semua

SERONOKNYA BERCUCUK TANAM

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu
dan bahagia dengan insan tersayang

hujung tahun lepas aku dah mula bercucuk tanam...
seumur hidup aku ni la buat pertama kali aku rajin bercucuk tanam
tu pun mula-mula mak aku la yang datang umah aku dan mulakan menyemai benih-benih
hahaha

lepas tu mood bercucuk tanam aku pun datang....
aku pun semangat la ajak hubby pegi kedai beli polybag, benih dan pasu wohaaaaaa
syok membeli je aku ni...

then aku pun bercucuk tanam lah...
ada kangkung, pegaga, kunyit, halia, bayam merah, bendi, selom, sawi jepun, kailan, kacang panjang dan kacang botor....

benih jagung manis belum semai lagi....

kat bawah ni gambar hujung tahun lepas mas permulaan projek bercucuk tanam...

pokok kucai

kangkung

pegaga

pokok bendi

 kat bawah ni pulak gambar 2015... pokok-pokok yang ditanam semakin membesar
hoyehhhhhhhhh

dan ade yang dah dapat dimakan pun...
yang paling penting my family dapat makan sayur segar tanpa disembur sebarang racun serangga 
memang double owesome!!!





okeh ini char kuey teow... dan dalamnya ada daun kucai sendiri okeh

ni kangkung hasil tuaian =)

lepas dah petik aku pu buat la kangkung goreng belacan....

syok kan?

nanti aku nak tambah lagi variety tanaman aku =)



PENUNTUT IPT MAUT DIKELAR TEMAN LELAKI




BUKIT GANTANG, (MLP) - Seorang penuntut wanita di sebuah pusat pengajian tinggi maut selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 menghala Selatan di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu semalam, Nursyuhada Johari, 19, dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.



Menurut saksi kejadian, Md Ikhbal Ahmad, seorang lelaki kemudiannya keluar dari kereta sambil menarik mangsa ke tepi, sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.



Suspek berjaya diberkas orang ramai ketika kembali ke kereta untuk mendapatkan telefon bimbitnya.



Siasatan awal polis medapati teman lelaki mangsa punya rekod masalah mental.


Foto: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...