GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label Md. Ikhbal Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Md. Ikhbal Ahmad. Show all posts

03 February 2015

PENUNTUT IPT MAUT DIKELAR TEMAN LELAKI




BUKIT GANTANG, (MLP) - Seorang penuntut wanita di sebuah pusat pengajian tinggi maut selepas dikelar di leher dalam satu kejadian di lebuhraya PLUS KM 228.2 menghala Selatan di sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu semalam, Nursyuhada Johari, 19, dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.



Menurut saksi kejadian, Md Ikhbal Ahmad, seorang lelaki kemudiannya keluar dari kereta sambil menarik mangsa ke tepi, sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.



Suspek berjaya diberkas orang ramai ketika kembali ke kereta untuk mendapatkan telefon bimbitnya.



Siasatan awal polis medapati teman lelaki mangsa punya rekod masalah mental.


Foto: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...