GENG LENSA HIDUP

19 January 2020

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN WANITA

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat hendaknya... sentiasa dalam lindungan Allah InshaAllah.

Entri ini ditulis ketika aku sudah memiliki seorang suami dan 5 orang anak. Kenapa tulis sekarang? sebab rasa macam ada sedikit pengalaman hahaha

Pertama
bukan seorang perokok. jika seorang perokok hmmm adakah dia betul-betul sayang dirinya sendiri? sebelum sayang isteri dan anak-anak? jadi bukan perokok adalah ciri utama lelaki pilihan aku. orang lain aku tak pasti. 

Kedua
matang. lelaki yang matang sangat diperlukan dalam sebuah keluarga. nak jadi ketua memang kena matang. supaya jelas dan faham apa matlamat sebuah perkahwinan. isteri perangai budak-budak kena cari suami matang. kalau tak siapa nk melayan ye tak?

Ketiga
rajin. perhatikan dulu lelaki tersebut macam mana hahaha... sebab aku ingat macam mana pada second date dengan aiman. masa tu makan burger kfc... dia siap makan dengan penuh tertib hahaha aku perati habis... kemudian kertas bungkusan burger tu dia lipat dengan rapi... dalam hati aku ini kalau soh lipat kain mesti kemas hahaha

Keempat
memahami. faham pasangan dan tingkah laku pasangan. ini sangat penting untuk kelangsungan sesuatu hubungan. 

Kelima
tidak kedekut. sebab itu penting nanti bila dah ada anak-anak... nak beli makanan untuk anak pun berkira susah ooo macam tu... so far sepanjang kami keluar dating biasanya memang aiman akan belanja... sekali sekala je aku yang belanja... orang perempuan pula sebelum jadi bini jangan la biar diri asyik kena tapau dengan lelaki.

rasanya cukuplah 5 ciri-ciri... selain beriman. skop beriman ni luas. so cari la yang sepatutnya... yang faham tanggungjawab seorang hamba Allah dekat muka bumi ni...

nota: ini ciri-ciri lelaki yang aku akan pilih la... orang lain tu aku tak pasti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...