GENG LENSA HIDUP

04 October 2015

PERKATAAN INGGERIS YANG JADI KELAKAR BILA BUAT 'DIRECT TRANSLATION'

Assalammualaikum

asyik entri serius je... kali ni nak share entri yang antai-santai je... sambil senyum-senyum... tapi tak de la sampai ketawa terbahak-bahak... jom tengok!!!

1. hangout / gantung luar

2. thumb drive / ibu jari pandu


3 heartbreak / jantung rehat


4. withdraw / dengan lukis


5. box office / kotak pejabat


sebenarnya banyak lagi perkataan inggeris lain seperti handsome (tangan beberapa), homeless (rumah kurang), dan banyak lagi lah...

cuba sesekali korang gunakan perkataan 'tangan kedua' (second hand).... "weh ko beli kereta tangan kedua ke?" walaupun tu bukan direct translation... tapi jarang digunakan ye tak?

ok... babai...

SAINS TELAH JELASKAN KENAPA KITA MUDAH MARAH JIKA LAPAR

Assalammualaikum

kadang-kadang perasan tak? bila terlalu lapar kita jadi agak cepat marah... haha itu macam aku je... wohaaaa

perkataan 'hangry' adalah berdasarkan perkataan... 'hunger' dan 'angry'....


perkataan ni dicipta bagi menggambarkan sesetengah orang akan menjadi marah apabila mereka lapar... pernah jadi tak dekat korang atau kawan-kawan korang?

base on satu kajian daripada Amanda Sainsbury-Salis... seorang pengarang buku 'Don't Go Hungry for Life'... dan seorang penyelidik di University of Sydney... seseorang menjadi 'hangry' kerana ada kaitan dengan kandungan glukos yang ada dalam darah...

macam yang kita tau... bila kita ambil sesuatu makanan makanan tersebut akan diuraikan... menjadi kepada bahagian yang lebih kecil... seperti glukos, asid amino dan asid lemak bebas... 

dan jika kita berada pada tahap lapar... paras glukos, asid amino dan asid lemak bebas sudah pasti berada pada paras yang rendah... dan menjadikan hingga sampai satu tahap... otak akan memberi isyarat... almaklum la otak memerlukan glukos untuk tenaga.... dan berfungsi dengan baik... 

jika berlaku penurunan kadar glukos... otak akan memberi isyarat pada tubuh badan... bahawa ini dalam keadaan mengancam nyawa...

apabila keadaan paras glukos rendah badan akan merembeskan hormon adrenalin dan kortisol... hormon ni dirembeskan ketika kita dalam keadaan tertekan... 

cara untuk atasi masalah 'hangry' adalah pastikan anda makan sebelum anda terlalu lapar... menurut kajian juga kelaparan boleh dikawal oleh gen yang sama (neuropeptida Y dan Y1)...

dan disebabkan lapar jugalah menjadikan anda kurang penumpuan... so jika nak buat sesi perbincangan berkumpulan pastikan anda semua makan dulu baru berbincang... jangan biarkan diri terlalu lapar... haha

orang berpuasa lain pulak ye... situasinya...

so pandai-pandai la kawal emosi marah tu... ini hanyalah sekadar kajian sahaja....

wallahua'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...