GENG LENSA HIDUP

27 October 2014

MASALAH ADALAH PELUANG

Assalammualaikum

tajuk macam pelik je... orang-orang kreatif dan positif akan berfikiran seperti itu... masalah adalah peluang...

ya peluang untuk jana pendapatan...
ya peluang untuk jana pahala...
ya macam-macam lagi peluang...

yang terlebih kreatif cari peluang untuk menipu...

ok... ketepikan isu peluang untuk menipu... dan kita huraikan 'peluang'  untuk jana pendapatan dan pahala secara lebih detail...

jika ramai yang bermasalah untuk keluar pejabat semasa tengah hari dek kesibukan tugasan... maka masalah itu boleh dijadikan 'peluang' untuk si penjual makanan membuat projek penghantaran makanan ke pejabat-pejabat... dengan menu yang hebat-hebat... 'masakan ala kampung' atau 'menu makanan barat'... ini yang dikatakan masalah adalah peluang.

selain itu. banyak masalah telekung di surau-surau kotor... maka lahirlah 'Telekung Project' di mana projek ni berpeluang untuk anda menjana pahala...

jika anda bermasalah dengan kenaikan harga barang dan anda sekeluarga perlu berjimat untuk elak kos perbelanjaa makan di luar yang tinggi... ini peluang untuk anda belajar memasak. belajar masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak bawa bekal ke tempat kerja dan sekolah mereka...

di samping isu kenaikan harga bahan bakar... anda rasa terbeban dengan isu tersebut... apa kata... anda yang sering menghantar anak menaiki kenderaan ambil peluang untuk mengambil upah menghantar anak-anak lain ke rumah mereka (pastikan anda bertauliah) atau mungkin boleh berjalan kaki mengambil anak pulang dari sekolah... mana tahu boleh menurunkan berat anda ke... hehe...

masalah orang zaman sekarang suka yang segera-segera je... jadi muncul lah campuran tepung kek segera.... hanya tambah air atau susu sahaja... ya... masalah boleh dijadikan peluang... banyak lagi contoh yang anda semua boleh fikirkan...

juga disebabkan masalah orang 'Melayu' yang ada tabiat suka duduk saja boleh jana duit atau malas berkerja tapi mahu duit berganda... kerana itu jugalah punca... mengapa 'skim cepat kaya' boleh hidup... masalah orang malas ini dijadikan peluang oleh orang yang licik untuk menipu anda... (jangan buat... ini peluang untuk jana dosa)

ok lah rasanya cukup untuk terangkan bagaimana kita memandang masalah... dan bagaimana kita boleh menghasilkan peluang daripada masalah tersebut...

'be positive and more creative'



5 AKTIVITI MENARIK CUTI SEKOLAH

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... cuti sekolah semakin hampir... apa perancanagn anda untuk anak-anak?

jangan asyik paksa mereka belajar dan pergi tuisyen je... bimbang stress pulak anak-anak... apa kata cuba aktiviti ini....

anda boleh berbasikal bersama mereka.... di taman tasik... sekitar taman perumahan anda... dan dimana-mana lokasi yang sesuai... berbasikal juga sangat banyak manfaat untuk anda dan anak. jangan terlepas untuk mencubanya!!!

haaa... ni lagi best... bermain badminton bersama anak-anak... mana tahu mereka ada bakat terpendam... selain dapat keluarkan peluh dan mengeratkan silaturahim antara anda dan anak-anak....

berkebun atau bercucuk tanam.... minta anak-anak tanam beberapa pokok atau biji benih. minta mereka jaga setiap hari dan nantikan hasilnya di hujung cuti persekolahan... pasti mereka gembira!!!

ajak mereka main scrabble... salah satu cara bagi meningkatkan pengayaan vocab dalam bahasa inggeris... pasti seronok dan mendidik... temui dan terikai perkataan-perkataan baru...

baik kampung lah!!! bawa anak-anak balik kampung menaiki kenderaan awam... mesti best!! pengalaman baru mereka... naik keretapi, bas, teksi, kapal terbang dan lain-lain... jika tak pun balik je naik kenderaan sendiri... pasti atok dan nenek gembira!!! banyak aktiviti yang mereka boleh lakukan ketika di kampung... pasti mereka gembira...

SEPERTI DI NEW ZEALAND









ini adalah Kundasang Dairy Farm
kira-kira 93km daripada Kota Kinabalu

anda boleh menaiki kapal terbang jika anda dari semenanjung
dan turun di Kota Kinabalu

apabila tiba di sini anda boleh menyewa homestay bagi yang memiliki bajet rendah... serenda RM80 per night hingga yang beratus-ratus pun ada

selain Kundasang Dairy Farm... anda juga boleh pergi ke Kinabalu Hotspring, mendaki Gunung Kinabalu, pergi ke Strawberry Farm dan juga Rumah Terbalik

paling minimun percutian sebegini sesuai sekitar 3 hari 2 malam... itu pun mungkin agak terkejar-kejar... nak lagi selesa kena lama lah sikit... dan bajet kena lebih =)

papan tanda ke KK Hotspring

salah satu penginapan di Kundasang

ada baiknya anda rancang perjalanan sebaik mungkin sebelum pergi cuti-cuti di Sabah...
enjoy your day!!!

p/s: jika anda dari sabah mungkin kos agak murah... tapi jika dari semenanjung... makan ribu-riban jugak... nak-nak yang bawa anak-anak dan keluarga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...