GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label jadi lebih positif. Show all posts
Showing posts with label jadi lebih positif. Show all posts

27 October 2014

MASALAH ADALAH PELUANG

Assalammualaikum

tajuk macam pelik je... orang-orang kreatif dan positif akan berfikiran seperti itu... masalah adalah peluang...

ya peluang untuk jana pendapatan...
ya peluang untuk jana pahala...
ya macam-macam lagi peluang...

yang terlebih kreatif cari peluang untuk menipu...

ok... ketepikan isu peluang untuk menipu... dan kita huraikan 'peluang'  untuk jana pendapatan dan pahala secara lebih detail...

jika ramai yang bermasalah untuk keluar pejabat semasa tengah hari dek kesibukan tugasan... maka masalah itu boleh dijadikan 'peluang' untuk si penjual makanan membuat projek penghantaran makanan ke pejabat-pejabat... dengan menu yang hebat-hebat... 'masakan ala kampung' atau 'menu makanan barat'... ini yang dikatakan masalah adalah peluang.

selain itu. banyak masalah telekung di surau-surau kotor... maka lahirlah 'Telekung Project' di mana projek ni berpeluang untuk anda menjana pahala...

jika anda bermasalah dengan kenaikan harga barang dan anda sekeluarga perlu berjimat untuk elak kos perbelanjaa makan di luar yang tinggi... ini peluang untuk anda belajar memasak. belajar masak sedap-sedap untuk suami dan anak-anak bawa bekal ke tempat kerja dan sekolah mereka...

di samping isu kenaikan harga bahan bakar... anda rasa terbeban dengan isu tersebut... apa kata... anda yang sering menghantar anak menaiki kenderaan ambil peluang untuk mengambil upah menghantar anak-anak lain ke rumah mereka (pastikan anda bertauliah) atau mungkin boleh berjalan kaki mengambil anak pulang dari sekolah... mana tahu boleh menurunkan berat anda ke... hehe...

masalah orang zaman sekarang suka yang segera-segera je... jadi muncul lah campuran tepung kek segera.... hanya tambah air atau susu sahaja... ya... masalah boleh dijadikan peluang... banyak lagi contoh yang anda semua boleh fikirkan...

juga disebabkan masalah orang 'Melayu' yang ada tabiat suka duduk saja boleh jana duit atau malas berkerja tapi mahu duit berganda... kerana itu jugalah punca... mengapa 'skim cepat kaya' boleh hidup... masalah orang malas ini dijadikan peluang oleh orang yang licik untuk menipu anda... (jangan buat... ini peluang untuk jana dosa)

ok lah rasanya cukup untuk terangkan bagaimana kita memandang masalah... dan bagaimana kita boleh menghasilkan peluang daripada masalah tersebut...

'be positive and more creative'



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...