GENG LENSA HIDUP

07 July 2010

TIDAK MEMBELA AHLI KELUARGA YANG SALAH


salam
semoga semua sihat hendaknya...
sifat manusia sememangnya akan membela seseorang atau suatu kelompok
membela untuk menegakan kebenaran tak mengapa
membela untuk menegakan keadilan tak mengapa....

ape kes pulak dengan membela untuk membiarkan suatu kemungkaran?

membela seseorang yang melakukan kesalahan
membela seseorang yang melakukan kemungkaran
membela rakan-rakan 
membela ahli keluarga
dan lain-lain lagi... 

Rasulullah pernah bertanya "apakah kamu akan bertindak sebagai pembela dalam pelanggaran hukum Allah"

kemudian baginda Rasulullah berdiri serta berkhutbah. di antara khutbahnya: "sesungguhnya yang membinasakan orang-orang yang sebelum kamu adalah kerana mereka apabila ada seorang dari golongan atas mencuri, maka mereka biarkan saja, tetapi apabila seorang dari golongan lemah mencuri, maka dia dijatuhkan hukuman. demi Allah andaikata Fatimah puteri Muhammad mencuri, pasti akan ku potong tangannya"

daripada ini dapat disimpulkan sesiapa pun yang melakukan kemungkaran hatta daripada kaum keluarga sendiri... tidak perlukan sebarang pembelaan... kerana jika ini terjadi... akhirnya akan mendatangkan kemudaratan....

KENAPA PENDEK?

sekadar hiasan "manusia dan cerita pendek"

salam
bersiaran lagi...
berkongsi apa yang pernah aku lihat
berkongsi apa yang pernah aku dengar
berkongsi segala info yang ade....

pernah dengar perkataan yang panjang dan telah dipendekkan?

jom aku bawak korang semua review ape perkataannya...

KUGIRAN = Kumpulan Gitar Rancak
CERPEN = Cerita Pendek
LAMPICK (LAMPIK) = Lambat Pick Up
TIARAH = Tiada Arah
TENUSU = Ternakan Untuk Susu

aku rasa ade banyak lagi... tapi dah tak berapa nak ingat... mungkin bila disebut akan ingat semula... ade sesape nak tambah?

KISAH MUALAF DAN BAHASA ARAB


salam
tiba-tiba jadi rasa malas menaip....
lagi-lagi sejak ade 3 buku yang aku beli online da sampai....
rasa tak bleh nak tinggalkan buku tu la plak.... hehehe....
ditambah sibuk melayan restaurant city kat FB....
memang la blog aku ni terabai....

kali ni aku nak ajak korang bace satu kisah pengajaran...
pada aku pengajaran la.... tak tau la pada pandangan korang hehe....

_________________________________________________________________

seorang lelaki yang kini bergelar ustaz... dahulunya seorang mualaf... agama asal beliau adalah hindu... merupakan seorang india... setelah memeluk islam beliau sangat rajin menuntut ilmu dan berkelana hingga menjadi seorang ustaz.. beliau sangat gigih menuntut ilmu hingga ke mesir... pattani... kini usia ustaz tu sekitar 50-an...

dalam satu ceramahnya....

"anda semua boleh baca kitab ni yang bertajuk al-arba'in an-nawawiah" kata ustaz tersebut
"mana satu ustaz?" hadirin excited nak tau kitab yang mane
"ni dia kitabnya... tapi kitab ni ditulis dalam bahasa arab" jawab ustaz tersebut
"alaaaaaaa... macam mane nak bace... tak faham... " hadirin mengeluh panjang
"saya dulu seorang india dan tak tau langsung bahasa arab... hadirin semua pasti boleh belajar jika mahu" bidas ustaz tersebut
hadirin senyap sambil tersipu-sipu malu....

*ini adalah kisah benar hanya nama tidak dipaparkan dan diolah sedikit

moral: tak de alasan untuk belajar bahasa arab okay!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...