GENG LENSA HIDUP

18 July 2010

HIDAYAH DAN TAUFIQ MANA YANG SAMPAI DULU?


Bismillah

Rasanya dah pernah disentuh cite soal hidayah kan? hehehe... tak pe cerita lagi... macam yang pernah diceritakan dulu... hidayah Allah tu tetap akan masuk walaupun hati tu dah ditutupi, diselaputi, dan diselubungi hitamnya dosa dan noda, tapi masih ada lubang-lubang kecil walaupun satu untuk cahaya hidayah Allah itu tembus ke hati... TAPI SEMUA ITU DENGAN IZIN ALLAH. Betul tak?

Sebab tu tak mustahil, kaki bunuh, kaki botol, kaki perempuan, kaki tinggal solat, kaki tinggal puasa, kaki nyanyi, dan banyak kaki-kaki lain (siapa ye yang buat simpulan bahasa suka guna kaki ni...?) , boleh kembali ke pangkal jalan bila hidayah Allah itu menyapa, malah boleh jadi lebih baik daripada orang yang takde 'kaki-kaki' seperti dalam contoh di atas.

HIDAYAH DAN TAUFIQ

Recall ... recall
Hidayah dan taufiq.. yang mana datang dulu ?

"Hidayah la.. kak dayah lagi tua dari Taufiq !"<-- siapa yang jawab ni? hahaha jangan loyar buruk ye.. tak masuk sekolah ke? (jangan ada yang terasa ye, ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa..) 

Ok, serius! Bayangkan ada seorang meraba-raba dalam kegelapan, tak tau nak buat apa, tak tau nak pergi mana, tak tau apa-apa, yang dia tau dia tak nampak apa-apa. Tiba-tiba ada satu cahaya menyuluh satu jalan (Hidayah). Dan lebih beruntung lagi orang tersebut dipermudahkan dan mendapat satu semangat seolah-olah ada yang menyuruhnya pergi ke cahaya tersebut dan melalui lorong yang disuluh itu. Jika ini situasinya, maka orang tersebut dikatakan telah mendapat hidayah dan taufiq. Dan ini juga yang berlaku kepada empunya-empunya badan yang mempunyai 'kaki-kaki' seperti dalam contoh di atas yang berjaya kembali ke pangkal jalan, kerana tiba satu saat, cahaya hidayah Allah menembusi pintu hati dan taufiq dari Allah juga membantu dan memudahkannya untuk mengambil jalan hidayah tadi. Maka tinggallah 'kaki-kaki' tadi bersama sejarah silamnya...

"Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (An-Nuur : 35)

Ada pula mereka yang nampak jalan bercahaya tersebut, tetapi kerana tiada taufiq dari Allah, maka tiadalah daya yang mampu mengajak mereka ke arah jalan hidayah kebenaran tadi. Mereka ini pula seperti yang Allah Taala banyak kali khabarkan dalam Al-Quran. Antaranya :

"Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi " (Al-Kahfi: 55)

Dan ada pula yang tidak mendapat cahaya langsung.. Nauzubillah~ Kerana sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya...

"Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya" (Al-Kahfi : 17) 

Di mana kita?
Sebab itu kita seringkali diingatkan, andai terasa hidayah Allah itu menyapa, jangan buat dek saje, berusahalah agar Allah membantu kita menerima hidayahNya..

CAHAYA HIDAYAH

Betapa Maha Besarnya Allah SWT memberikan hidayah berupa cahaya (nur hidayah)
Atau apakah pernah sape-sape terbaca atau terdengar sape-sape menyebut batu hidayah, hajar hidayah, pepasir hidayah, pepohon kayu hidayah?

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (An-Nur:35)

Apabila difikirkan semula, bayangkan kalau hati sudah di selaputi dan dibaluti hitamnya dosa sehinggakan hanya ada satu lubang kecil sahaja yang tertinggal. Dengan izin Allah ditakdirkan hidayah untuk menembusi hati ini. Bayangkan kalau hidayah tadi adalah seketul batu yang mana mungkin muat dengan lubang kecil yang bersisa menagih kasih sayang Ilahi, bebutir pasir yang berat yang sekali campak bukan jauh mana pun pasir tu boleh pergi, sepohon kayu yang tak perlu cakaplah.. nak masuk ranting pun dah patah....

Tapi hidayah Allah itu berupa cahaya, mudahnya cahaya yang bergerak lurus boleh tembus apa sahaja saiz bukaan asalkan tidak ditutup sepenuhnya... Mudahkan, hidayah Allah? Tapi, ingat "Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya " dan jangan pula kita yang sengaja menyombongkan diri, menutup pintu hati serapat-rapatnya seolah-olah tiada ruang lagi untuk ditembusi hidayah Ilahi....

Marilah mencari dan berusaha mengekalkannya dalam hati..

Wallahualam...

p/s: ok tak? aku ngah berlatih menulis berserta huruf besar... tak suke tak suke rase tak layak untuk menulis ='(

KAMI RAKYAT BIASA

klik gambar untuk nyatakan sokongan

nyatakan sokongan anda...
sokong-sokong juga sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih?
jika belum segera berbuat demikian... jangan tunggu sampai esok...

"I do not reject unity, but I really do not agree unity base on race. Unity based on skin color will not lead to anywhere. It will only spread the hostilities with other nations.

Let us unite on the name of Islam which is acceptable to all communities. This is the best option. If you want to go anywhere in the world, we need your passp
ort, especially if you want to go to the heaven, the holiest place. Passport to heaven is Islam, not a race!" - Tuan Guru Nik Aziz

Alasan Terbodoh Sepanjang Zaman...
"Kenaikan Harga Gula Adalah Untuk Mengurangkan DIABETES"
kakakaka...Bodoh..Sangat Bodoh..Gula Makanan ASAS kot.. - Bro Loq

p/s: kalau tak sokong PR tak daftar pun tak pe... aku tak kesah pun... sokong le sampai bila-bila pun... huuuuuuu

to jimart: tq sembang lame... malam sambung lagi ok.. =)

AIR MATA NABI ADAM A.S

sekadar hiasan


salam 
moga anda semua bertambah sihat dan berkat
bila aku kurang dapat sempat menaip... 
ni la masanya aku akan kongsikan emel dari korang... 


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.


Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."


Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Wallahualam..


emel: azmidi mat nawi a.k.a midy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...