GENG LENSA HIDUP

11 August 2014

3 TIPS TINGKATKAN KEYAKINAN

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu.... 

keadaan macam mana yang boleh jadikan kita rasa yakin? atau perkataan lain confident...

jika pakai high heels ke?
jika pakai tudung mahal ke?
jika muka di make up penuh gaya ke?

pada aku 1 je yang akan jadikan kita sangat yakin... jika kita BERILMU... ilmu sangat penting dalam meningkatkan keyakinan... pada aku la...

pakai make up cun gile... tapi bila dengar orang lain sembang speaking London... sepatah haram tak faham... nak bersembang dan mencelah pun tak reti... tak guna jugak kan?

jika kita berilmu... kita akan yakin untuk mengenakan pakaikan yang mengikut syariat... dan dengan penuh confident untuk bergaya mengikut syariat... 

berbeza jika kita tanpa ilmu... kita akan rasa "eh... ok ke aku pakai tutup sana sini ni..." mula rasa ragu-ragu dan kurang confident.... walhal cara itulah yang dituntut syariat....

hanya dengan ILMU sahaja akan melahirkan KEYAKINAN yang sempurna...

pertama:
ILMU mesti ada...

kedua:
YAKIN ALLAH sentiasa bersama kita selagi di jalan yang benar

ketiga:
DOA minta kita sentiasa YAKIN... sebab kita berhak untuk berdoa apa sahaja selagi tidak salah di sisi agama...


NALURI WANITA

sangat cute haha 1tahun 4bulan dah ade naluri nak bawa handbag



naluri wanita sangat



panas-panas gi jalan...



geng sangat dengan abang...

7 SUNNAH HEBAT!!!


7 SUNNAH HEBAT
By Ustaz Don Daniyal

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

LAGI REPUTASI BURUK CADBURY!!!


LONDON, (MLP) - Jenama Cadbury sekali lagi terpalit kontroversi. Kali ini di London pula.


Seorang kanak-kanak perempuan Aurora, 4, nyaris tertelan serpihan logam tajam yang berada dalam kon aiskrim Cadbury yang dimakannya.



Ketika mengunyah kon aiskrim berkenaan, Aurora menjerit kesakitan lantas ibunya, Cherish Allen, 22, memeriksa mulut anaknya. Dia melihat sesuatu yang bersinar dan menariknya keluar, sebelum mengenal pasti bahan itu adalah logam.



Cherish kemudiannya memeriksa aiskrim yang dimakan anaknya dan mendapati memang terdapat bebola logam di tengah-tengah kon tersebut.



Syarikat pengeluar produk aiskrim Cadbury menerusi jurucakapnya berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.



Foto: Daily Mail


NOTA: GUA RASA KAT MALAYSIA TAK DE AISKRIM CADBURY =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...