GENG LENSA HIDUP

11 August 2014

LAGI REPUTASI BURUK CADBURY!!!


LONDON, (MLP) - Jenama Cadbury sekali lagi terpalit kontroversi. Kali ini di London pula.


Seorang kanak-kanak perempuan Aurora, 4, nyaris tertelan serpihan logam tajam yang berada dalam kon aiskrim Cadbury yang dimakannya.



Ketika mengunyah kon aiskrim berkenaan, Aurora menjerit kesakitan lantas ibunya, Cherish Allen, 22, memeriksa mulut anaknya. Dia melihat sesuatu yang bersinar dan menariknya keluar, sebelum mengenal pasti bahan itu adalah logam.



Cherish kemudiannya memeriksa aiskrim yang dimakan anaknya dan mendapati memang terdapat bebola logam di tengah-tengah kon tersebut.



Syarikat pengeluar produk aiskrim Cadbury menerusi jurucakapnya berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.



Foto: Daily Mail


NOTA: GUA RASA KAT MALAYSIA TAK DE AISKRIM CADBURY =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...