GENG LENSA HIDUP

15 January 2015

MACARON MURAH DAN SEDAP!!!

hai hai hai...

iklan sat na...

sesiapa yang berminat untuk buat tempahan mini macaron yang super owesome!!!
sesuai untuk makan sendiri
orang mengidam
majlis aqiqah
sebagai hantaran
sebagai door gift
jamuan hari jadi

apa-apa event pun boleh....








TERLIUR????

apa lagi... meh order...
memang terbaik!!!

Shell flavor:
*Rm 1 each
->Strawberry
->Blueberry
->Lemon
->Vanilla
->Honey dew
->Rose
->Lychee
->Mint
->Coffee


*Rm 1.30 each

->Pistahio
->Oreo
->Red velvet

Filling available:
->Coklat ganache
->Peanut butter
->Cream cheese

Note: Hanya boleh mix 2 shell flavors dalam setiap box, filling boleh mix all dlm setiap box.
Harga set postage per box:
-->Rm24++(bergantung pada jenis shell flavor , ada 24 pcs mini macarons per box.postage rm7. Total rm31++.


HUBUNGI: Nor Adibah binti Luawi (0172745788) untuk sebarang order atau pertanyaan...


CARA-CARA NAK COVER MALU



1. kalo tersepak batu:

Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde org nampak..



2. kalo terjatuh basikal:

cepat2 naik basikal anda semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda sengaja buat lawak...


3. kalo terjatuh tangga:

terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...


4. kalo terjatuh dalam longkang:

pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat,pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan...


6. kalo terjatuh di depan bus stop:

terus buat2 pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde org lagi kat bus stop tu...haa... ni lah masa sesuai untuk bangun semula... .


7. kalo jatuh tergelincir kt lantai licin:

tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama
supaya tak lah anda sorang je yang dpt malu... ye tak?...

p/s: korang cuba lah dulu yeeeeeeeeeeee =P

MERANCANG PERKAHWINAN

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

merancang untuk berkahwin... berapa lama tempoh yang anda perlu? pada aku tak perlu terlalu lama...

selepas mengetahui tarikh yang sesuai untuk kedua belah pihak... anda boleh mula rancang berapa ramai jemputan... tempahan kad dan tukang masak atau katering yang diingini... tempahan tok kadi juga jangan lupa...

sebab tu antara perkara yang paling penting... 
kemudian barulah soal pakaian... dan seterusnya barang hantaran... jika ada... tak ada pun tak pe... he3...

bagaimanapun jumlah wang hantaran perlulah ditetapkan lebih awal... untuk penetapan bajet kahwin... dan ia akan jadi lebih mudah...

pastikan anda sudah menjalani kursus perkahwinan... jangan tunggu last minit.... nanti jadi masalah pula...

3 - 6 bulan lebih awal merancang adalah lebih baik.... dan sudah memadai... tak perlu terlalu awal atau terlalu berlengah-lengah =)

macam aku dulu penetapan tarikh pada sekitar bulan jun... dan tarikh nikah pada november... dalam tahun yang sama... alhamdulillah semua berjalan lancar...

kebetulan kami daripada negeri yang sama... dan kami pun pergi interview kat pejabat agama pun boleh la serentak hehe...

untuk yang merancang untuk kahwin... get ready dan jangan gelabah... tapi memang akan ada perasaan ehhh cukup ke ni... ok ke ni... just ikut je flow dan doa banyak-banyak... inshaAllah semuanya ok hehe =)


3 NAMA POPULAR DI MALAYSIA



Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengumumkan bahawa nama Ahmad, Alex dan Ravi merupakan nama-nama yang paling popular di Malaysia. Terdapat, 63,049 orang di Malaysia yang bernama Ahmad.
 
Nur FathaniahTariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airol Anizam  pula adalah nama yang terpanjang dalam sistem pendaftaran negara. 

Informasi ini diumumkan sempena National Registration Day yang diisytiharkan semalam oleh Ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Sulaiman Keling.   


Kredit Gambar : Another brick in the wall

TAPAH: 7 MAUT BAS TERBAKAR




TAPAH, (MLP) - Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran kenderaan itu di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah.


Bas berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.



Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.



Tujuh disahkan maut manakala 15 lagi cedera parah. Tujuh lagi hanya cedera ringan. 



Pasukan Bomba dan Penyelamat kini sedang menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa.



Foto: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...