GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label perjalanan ke genting highland. Show all posts
Showing posts with label perjalanan ke genting highland. Show all posts

15 January 2015

TAPAH: 7 MAUT BAS TERBAKAR




TAPAH, (MLP) - Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran kenderaan itu di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah.


Bas berkenaan ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.



Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.



Tujuh disahkan maut manakala 15 lagi cedera parah. Tujuh lagi hanya cedera ringan. 



Pasukan Bomba dan Penyelamat kini sedang menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa.



Foto: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...