GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

26 March 2015

ZAYN MALIK SAH TINGGALKAN ONE DIRECTION


KL, 26 MAC 2015: Memulakan kariernya seawal umur 17 tahun akhirnya ahli kumpulan boyband terkenal dunia One Direction iaitu Zayn Malik telah mengumumkan bahawa bakal meninggalkan kumpulan asli Britain itu yang turut dianggotai empat jejaka lainnya.
Zain yang kini 22 tahun telah membuat keputusan tersebut pada tengahari Rabu, semalam dan ia mengejutkan ahli  One Direction yang lain iaitu, Niall Horan, Harry Styles, Liam Payne dan Louis Tomlinson.
“Perjalanan karier saya bersama One Direction adalah sesuatu yang diluar jangkaan saya . Tetapi selepas lima tahun saya merasakan ini lah waktu yang sesuai untuk meninggalkannya.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat jika ada menyinggung perasaan mereka namun saya terpaksa lakukan ini kerana mengikut gerak hati.
“Punca sebenar saya meninggalkan kumpulan ini kerana mahu menjalani kehidupan diusia 22 ini sebagai orang biasa. Saya ingin mempunyai waktu untuk berehat, rileks dan waktu untuk diri sendiri yang sebelum ini dibayangi populariti.
“Saya tahu dan yakin dengan empat orang rakan saya yang tinggal ini dan mereka pastinya akan meneruskan perjuangan One Direction untuk menjadi kumpulan terbaik dunia,”petikan kenyataan rasmi Zayn Malik semalam.
Dalam pada itu, One Direction yang kini tinggal empat orang telah membuat kenyataan balas menyatakan rasa sedih mereka melihat Zayn pergi tetapi menghormati keputusan penyanyi itu.
Simon Cowell juga yang menjadi individu yang bertanggungjawab melahirkan One Direction juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Zayn yang sentiasa memberikan komitmen kepada kumpulannya.
“Terima kasih diucapkan kepada Zayn dengan apa yang telah diberikannya kepada One Direction. Sejak bertemu dengannya pada 2010, sedikit demi sedeikit saya berbangga dengannya. Saya melihat perkembangan karier yang positif dan sedih melihatnya pergi meninggalkan One Direction,”ucap Simon Cowell.

24 March 2015

BINGUNG DUIT RM5 JUTA MUNCUL DALAM AKAUN




UNITED KINGDOM, (MLP) - Seorang lelaki bingung apabila membuka akaun bank miliknya secara atas talian dan mendapati baki akaunnya melebihi 1 juta pound (RM5 juta)!

Secara kebetulan, Kieran McKeefery sedang membuat persiapan untuk membeli sebuah kereta sehari sebelum wang itu muncul dalam akaunnya.

Kieran, 21, bagaimanapun membuktikan dia seorang yang jujur apabila menelefon pihak bank dan meminta mereka menyiasat dari mana datangnya wang tersebut.

Kieran kemudiannya diberitahu bahawa duit itu datang daripada sebuah syarikat pelaburan dan hanya syarikat berkenaan boleh menarik balik wang tersebut.

Syarikat tersebut hanya mengambil kembali wang berkenaan 10 hari kemudian, dengan Kieran memperolehi faedah simpanan sebanyak 210 pound.

11 December 2014

McDonald SIAR VIDEO LUCAH PADA PELANGGAN




SWITZERLAND, (MLP) – Pelanggan yang berkunjung di sebuah restoran McDonald’s melalui pengalaman yang jarang diperoleh apabila ditayangkan dengan adegan lucah dari sebuah video porno menerusi skrin televisyen di restoran berkenaan.

Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Steffen Reiniger, bertandang ke restoran makanan segera itu bersama rakan-rakannya sekitar lewat malam.

Restoran McDonald’s yang terletak di bandar Zuchwil itu dengan tidak semena-mena ‘menyajikan’ klip video panas tersebut sejurus program Sexy Sports Clips tamat bersiaran.

Salah seorang pekerja bertindak menukar siaran apabila perasan bahawa video janggal itu ditayangkan oleh saluran German Sports Channel.

“Kami berempat semuanya lelaki, jadi kami tidak kisah.”, ujar Reiniger.

Jejaka berusia 24 tahun itu turut menyatakan kebimbingan sekiranya kejadian terbabit berulang semasa terdapatnya keluarga yang mempunyai anak kecil di dalam restoran. 

Pihak McDonald’s telah memohon maaf akan kejadian itu dan menerangkan bahawasanya mereka tidak tahu siaran televisyen itu turut menayangkan video jenis demikian.

01 December 2014

PENGEMIS PALING CANTIK DI DUNIA



Melihat wajahnya, tentu ramai yang tak percaya yang si cantik ini adalah seorang pengemis!

Gadis berasal dari Beijing, China, bernama Loli ini jatuh miskin selepas keluarganya berhutang 100,000 Yuan dengan ceti haram atau nama glamornya, Along.

Kisah Loli dilaporkan oleh seorang wartawan yang membuat laporan tentang pengemis jalanan di Beijing. Apabila bertembung dengan Loli, dia merasa tidak percaya melihat kecantikan gadis itu.

Loli kini tinggal di tempat pembuangan sampah, dan terpaksa mengemis demi mencari wang untuk meneruskan pengajian dan membiayai kos perubatan ibunya yang sakit.


Ada yang sanggup nak tolong Loli?

PEMBUNUH UPAHAN PALING JELITA DI DUNIA

MEXICO, (MLP) – Siapa sangka ibu kepada tiga orang anak sebenarnya ketua kepada kumpulan pembunuh upahan profesional yang dinamakan Los Antrax yang terkenal di Mexico City?

Berbekalkan wajah jelita, Claudia Ochoa Felix menjalani kehidupan serba glamor dan begitu mewah hasil pendapatan dari perkerjaan yang unik itu.

Mendapat gelarannya ‘The Empress of Antrax’, Claudia pernah berkahwin dengan seorang ketua sindiket dadah, Sinaloa atau lebih dikenali sebagai 'El Chavo' Felix.



Pasangan yang dikurniakan tiga orang anak ini walaubagaimanapun bercerai selepas beberapa tahun bersama.

Bagi memastikan keselamatannya terjamin, Claudia setiasa diiringi sekumpulan lelaki bersenjata yang menjadi pengawal keselamatannya.

Khidmat skuad yang dipimpin ketua gangster wanita itu sering digunakan oleh kartel dadah paling berpengaruh di negara tersebut.

Januari lalu, pihak berkuasa telah menahan Jose Rodrigo Arechiga Gamboa, 33 yang merupakan ketua asal kumpulan Los Antrax. 



Penahanan berkenaan membolehkan wanita itu mengambil alih kedudukan kekasihnya sebagai ketua, sekaligus menjadikan kumpulan terbabit di bawah naungannya.

Wajah wanita berusia 27 tahun ini dikatakan mirip kepada selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian.

Claudia dilaporkan sering mendedah perihal diri dan kehidupannya sebagai seorang pembunuh upahan menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

The Empress of Antrax ini turut dikatakan memiliki laras automatik AK47 berwarna merah jambu yang dibuat khas untuknya.



Kredit gambar: uludagsozluk, latinopost, gutooka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...