GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label germanwing crash. Show all posts
Showing posts with label germanwing crash. Show all posts

27 March 2015

GERMANWINGS: JURUTERBANG TERKUNCI LUAR KOKPIT



PARIS, (MLP) - Salah seorang juruterbang pesawat malang Germanwings yang terhempas di Alps Perancis pada Isnin dilaporkan terkunci di luar kokpit sejurus sebelum nahas.


Akhbar The New York Times memetik seorang penyiasat berkata, rakaman audio menunjukkan sebaik pesawat memulakan penerbangan, seorang daripada juruterbang meninggalkan kokpit dan tidak dapat memasukinya semula.

Penyiasat itu memberitahu akhbar itu bahawa juruterbang berkenaan pada mulanya mengetuk perlahan pintu kokpit sebelum mengulanginya beberapa kali dengan ketukan lebih kuat. 

Ia berlarutan untuk beberapa ketika sebelum juruterbang berkenaan cuba untuk memecahkan pintu kokpit.

Pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa itu terhempas di kawasan pergunungan Alps Perancis pada Isnin dan meragut nyawa kesemua 150 penumpang dan anak kapal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...