GENG LENSA HIDUP

14 April 2015

PERKAHWINAN MEWAH PUTERA SULTAN BRUNEI

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2015: Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Anak Diraja Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya Dayangku Raabi’atul’ Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah berlangsung secara sederhana tetapi meriah.
Istiadat bersanding itu telah diadakan di Istana Nurul Iman baru-baru ini, dengan mengenakan busana pengantin tradisional yang bertatahkan emas dan berlian.
Difahamkan juga, pelamin kedua-dua mempelai ini turut diperbuat daripada emas untuk menambahkan lagi seri pengantin dan majlis yang bermakna itu.
Lebih mengujakan apabila sepatu yang disarung oleh pengantin perempuan jenama Christian Louboutin disalut permata indah mengamit perhatian ramai.
Hiasan gelang emas tulen di pergelangan kaki juga turut menjadi pilihan pengantin perempuan untuk raikan hari yang berbahagia.
Dengan kesempatan ini, beberapa keping gambar yang sempat diketik lensa jurukamera profesional agensi berita antarabangsa Reuters, jom kita lihat gambar Istiadat Bersanding anak Diraja Sultan Brunei.  






2 comments:

Yaya Mohd said...

as'salam..
singgh sni n folw sekali..heee

wahh brunei mmg terkenal dgn kkyaan dorang kan..so xpelik kot wedding pon mewah.. ^,^ moga kekal akhr hyt =)

XYZ said...

wslm... hai... tq sudi follow =)

haha org kaya semua benda buat dari emas hu3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...