GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label ikhtibar. Show all posts
Showing posts with label ikhtibar. Show all posts

20 October 2015

MUSIBAH HIDUP SONGSANG

Kuala Lumpur: Hati siapa tidak sedih apabila mengetahui diri yang semakin meniti usia senja bukan saja menderita akibat virus berbahaya Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS), malah terpaksa meneruskan sisa kehidupan sebagai gelandangan sejak enam tahun lalu.
Menceritakan sisi gelap hidupnya, gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Sudin, 60, berkata, dia berasal dari ibu negara, berpendidikan sehingga ke peringkat Malaysia Certificate Education (MCE) dan juga anak pertama daripada empat beradik.
Bekas mak nyah yang hidup bergelandangan di sekitar ibu kota ‘bersama’ penyakit AIDS dihidapinya itu mempunyai naluri songsang sejak berusia belasan tahun.
“Ketika remaja, naluri hati saya sememangnya ke arah songsang kerana lebih meminati lelaki. Ia turut diketahui keluarga saya yang berfikiran terbuka dengan anak-anak.
“Keluarga ketika itu menganggap saya sebagai lelaki lembut. Namun, peristiwa hitam bermula pada usia saya 16 tahun apabila terlanjur melakukan hubungan sejenis dengan jiran sendiri.
sumber: Harian Metro Online

semoga menjadi peringatan buat kita semua...

22 September 2014

ULAR DAN AMARAH

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dan kisah ini akan menjadi ikhtibar buat kita semua... =)

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 
(HR Bukhari & Muslim)


03 August 2014

JANGAN SALAHKAN AIR BATU



Assalammualaikum...

Batuk , Demam dan Selesema selepas Hari Raya ??? Kadangkala ada yang sakit sampai kena tahan wad.

Jangan salahkan Air Batu yang di hidangkan atau musim buah buahan tetapi doa pada Allah s.w.t moga moga sebagai kafarah terhadap dosa dosa kita yang lalu , mungkin insya allah kesan di atas rintihan dan munajat kita pada Allah s.w.t sepanjang Ramadhan yang lalu , menunjukkan Allah s.w.t ingin mengampun kita mana tahu dengan sifat penyayang Khaliq pada hamba hambanya..ianya tidak mustahil... wallahualam...

Justeru moga moga kita terus berdoa dan istiqamah mudah mudahan yang terbaik daripada Allah s.w.t buat diri kita . Semoga di ampuni dosa dosa kita dan di terima amal kita.

Wallahualam

22 August 2010

BELAJAR BIARLAH TINGGI-TINGGI... TAPI JANGAN BODOH BERTINGKAT-TINGKAT


salam
moga semua sihat walafiat...
ermmm... memandangkan aku tak sempat nak taip entri...
so aku nak kongsikan cite daripada Mtd. Kota Lama... hehehe... harap bermanfaat...

kadang-kadang anak kecil hanya melihat apa yang mereka nampak...

"Mak...besar nanti Atan (bukan nama sebenar) nak jadi Perdana Menteri", kata anak pada si ibu yang sedang sibuk menganyam tikar untuk dijual dipasar tani. "Bagus la Atan kalau kamu bercita-cita macam tu" balas si ibu pada Atan.

"Tapi.." kata si ibu yang masih lagi menganyam tikar sambil memandang jauh ke anak mata si anak."Jangan kamu menindas rakyat" sambung si ibu lantas si anak terus bangun dan merapati si ibu tadi."Kenapa mak cakap macam tu?" Atan bertanya.

"Atan tau kan kita hidup susah? tanya si ibu pada Atan. "ayah dah lama pergi, kita ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
"Atan memang tau kita hidup susah mak" balas Atan."Sebab tu Atan nak jadi Perdana Menteri" jawab Atan sambil tersenyum.

"Jadi Perdana Menteri boleh bawa mak jalan-jalan, makan sedap-sedap, duduk rumah besar" kata Atan lagi. Si Ibu merenung jauh, memang betul kata Atan, tak perlu jadi Perdana Menteri,jadi ketua cawangan pun dah boleh beli macam-macam. Macam anak Pak Abu, baru jadi ketua cawangan Kampung Ngok Ngek, dah pakai kereta besar, menjalar-jalar. Itu belum lagi anak Pak Tam, jadi ketua bahagian Kuali Hitam, rumah mengalahkan istana sultan.

Si ibu mengusap rambut si anak, Atan yang baru berumur 6 tahun tak mengerti lagi erti hidup.Apa yang dilihat itu yang ditafsir. Yang tersirat belum lagi dapat di rungkai oleh Atan.Atan belum lagi perlu memikirkan mengenai perbelanjaan rumah.Gula nak dibeli, beras nak dibeli, minyak motor nak menghantar tikar ke pasar tani perlu diisi. Mujurlah rumah ini tak perlu disewa, biarlah buruk, asalkan ada tempat untuk berteduh tinggalan arwah suami. Tiba-tiba airmata si ibu tadi menitis, mengenai pipi si anak yang berada dalam ribaannya. "Kenapa mak menangis?'' tanya Atan. Si anak tak mengerti, jerih perit menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan kuasa wang. Lantas si ibu mengusap cepat-cepat airmatanya.  "Takde apelah Atan, mata mak masuk habuk tadi" jawab si ibu.

Si ibu menjeling ke arah dapur, gula dah kehabisan, beras tinggal 2 cupak lagi, cukuplah untuk sehari dua. Tikar yang telah siap nak dihantar ke pasar tani esok. Minyak motor cukup sekadar untuk pergi, tapi balik belum tentu lagi. kalau jualan bagus, dapatlah beli sedikit barang dapur. Dapat untuk membeli buku mewarna untuk Atan.

Si ibu sayu, memikirkan tentang perbelanjaan rumah. Takkan hari-hari makan ikan kering berkuahkan kicap?. Nasib baiklah air diambil dari perigi. Perigi yang digali oleh arwah suami, tak perlulah risau untuk bayar bil air. Cuma bila malam, rumah usang ini hanya bertemankan pelita, nak harapkan cahaya dari lampu neon?..jauh sekali.

Cuma bila ada pilihanraya, ramailah wakil-wakil dari parti politik datang. Mewahlah sedikit hidup, dapat beras, gula, tepung, biskut kadang-kadang duit pun dapat. tapi itu cuma sementara, habis pilihanraya semuanya  hilang, janji yang ditabur lenyap bersama empunya mulut. Apa boleh buat, dah nasib, pujuk hati si ibu tadi.

Mereka orang kaya, semua YB-YB, tak perlu pikir tentang nak beli gula, susu, beras dan minyak. Mereka banyak  duit, fikir si ibu tadi. Aku perlu bekerja beras untuk semua tu. Tapi bila harga barang naik, aku tersepit. Nak mengadu?, sekadar mengadu tapi tindakan macam kura-kura. Lembap!.

"Atan, nanti bila Atan sekolah, Atan belajar sungguh-sunguh tau" ujar si ibu.
"Atan janji mak, Atan akan belajar sungguh-sungguh, Atan nak belajar setinggi yang boleh mak" balas Atan.

"Tapi nak..belajar biarlah tinggi-tinggi..tapi jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu. "Maksud mak?" tanya Atan.

"Atan kalau nak jadi Perdana Menteri, kena fikir masalah rakyat, jangan bebankan rakyat" kata si ibu. "Sebab, nak jadi perdana Menteri kena Belajar tinggi-tinggi, tapi jangan bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu lagi.

Atan mula berfikir, apa yang pasti, Atan masih tidak mengerti maksud si ibu. Sengaja si ibu membiarkan Atan berfikir. "Ingat nak...belajarlah tinggi-tinggi..jangan bodoh bertingkat-tingkat". pesan si ibu pada Atan.

Atan melihat mata si ibu... 

daripada: Mtd. Kota Lama

02 August 2010

IKHTIBAR BAGI YANG SEMPURNA FIZIKAL

salam
hola... moga semua sihat walafiat...

cuba korang tengok video ni... sampai habis...

orang kurang upaya pun tekun nak pi masjid.... ni kan plak orang yang sempurna sifat... sepatutnya lebih tekun dan lebih bersyukur... walaupun serba kekurangan... tu bukan satu alasan untuk lalai pada yang Maha Pencipta... 

p/s: aku try nak upload video yang rakam semalam... tapi beso la... sebab gune handycam... nak kompres cam tak best je... nanti aku try amik yang dari hp plak hi3 =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...