GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label harga barang naik. Show all posts
Showing posts with label harga barang naik. Show all posts

11 September 2014

HARGA MINYAK BAKAL NAIK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sentiasa...

berikutan dengan penyebaran dan perkongsian kajian seperti di bawah... nampaknya kita semua bakal mengalami beberapa kenaikan harga seperti minyak dan lain-lain...


dengan berdasarkan kajian yang dibuat oleh 'mereka'.... aku yakin ini bukan kajian secara menyeluruh...

mungkin ini sekadar kajian ke atas beberapa orang yang kaya-kaya dan berpendapatan melebihi 5K... jika kajian pun mereka boleh buat cincai... macam mana la Malaysia ni nak capai taraf negara maju...

aku yakin penyokong tegar BN yang hari-hari menoreh getah pun akan bengang dengan statement Menteri Bangang ni... (ni dah habis lembu bahasa) gua tak tau nak guna bahasa yang paling lembut lagi... untuk melambangkan 'kebodohan' kajian ini...

dengan kajian yang diwar-warkan ini... maka gerombolan ini akan mengatakan tak mengapa kita tarik subsidi... dan kurangkan subsidi... (all known as harga naik le tu...)... sebab taraf hidup rakyat dah makin meningkat... sebelum perlaksanaan GST sudah terlalu banyak kenaikan... dan anda lihat sendiri apabila adanya GST... nanti uollsss akan tau... naaa...

jika rakyat yang sekadar menoreh je... tinggal dalam sebuah rumah.... dan isteri suri rumah.... dan juga anak-anak yang masih sekolah... mana mungkin anggaran pendapatan isi rumah sebanyak RM5900...

dari manakah datangnya angka itu????

torkojut pokcik!!!


24 July 2013

ISU HINA ISLAM MENGABURI ISU KENAIKAN HARGA BARANG

Salam dan selamat sejahtera semua...

Sejak dua menjak ni...

Isu cina hina penganut agama Islam memang hot...

Lepas tu muncul pulak isu hina sultan...

Macam-macam isu hina menghina keluar...

Rakyat jelata pun jadi makin lupa dengan harga barangan yang semakin meningkat naik...

Begitu la permainan geng geng keris tak bersarung... harap rakyat jelata yang sangat marah dengan isu hina menghina ni... tak lupa la dengan isu kenaikan harga barangan yang mencanak canak selepas PRU 13 ni...

22 August 2010

BELAJAR BIARLAH TINGGI-TINGGI... TAPI JANGAN BODOH BERTINGKAT-TINGKAT


salam
moga semua sihat walafiat...
ermmm... memandangkan aku tak sempat nak taip entri...
so aku nak kongsikan cite daripada Mtd. Kota Lama... hehehe... harap bermanfaat...

kadang-kadang anak kecil hanya melihat apa yang mereka nampak...

"Mak...besar nanti Atan (bukan nama sebenar) nak jadi Perdana Menteri", kata anak pada si ibu yang sedang sibuk menganyam tikar untuk dijual dipasar tani. "Bagus la Atan kalau kamu bercita-cita macam tu" balas si ibu pada Atan.

"Tapi.." kata si ibu yang masih lagi menganyam tikar sambil memandang jauh ke anak mata si anak."Jangan kamu menindas rakyat" sambung si ibu lantas si anak terus bangun dan merapati si ibu tadi."Kenapa mak cakap macam tu?" Atan bertanya.

"Atan tau kan kita hidup susah? tanya si ibu pada Atan. "ayah dah lama pergi, kita ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
"Atan memang tau kita hidup susah mak" balas Atan."Sebab tu Atan nak jadi Perdana Menteri" jawab Atan sambil tersenyum.

"Jadi Perdana Menteri boleh bawa mak jalan-jalan, makan sedap-sedap, duduk rumah besar" kata Atan lagi. Si Ibu merenung jauh, memang betul kata Atan, tak perlu jadi Perdana Menteri,jadi ketua cawangan pun dah boleh beli macam-macam. Macam anak Pak Abu, baru jadi ketua cawangan Kampung Ngok Ngek, dah pakai kereta besar, menjalar-jalar. Itu belum lagi anak Pak Tam, jadi ketua bahagian Kuali Hitam, rumah mengalahkan istana sultan.

Si ibu mengusap rambut si anak, Atan yang baru berumur 6 tahun tak mengerti lagi erti hidup.Apa yang dilihat itu yang ditafsir. Yang tersirat belum lagi dapat di rungkai oleh Atan.Atan belum lagi perlu memikirkan mengenai perbelanjaan rumah.Gula nak dibeli, beras nak dibeli, minyak motor nak menghantar tikar ke pasar tani perlu diisi. Mujurlah rumah ini tak perlu disewa, biarlah buruk, asalkan ada tempat untuk berteduh tinggalan arwah suami. Tiba-tiba airmata si ibu tadi menitis, mengenai pipi si anak yang berada dalam ribaannya. "Kenapa mak menangis?'' tanya Atan. Si anak tak mengerti, jerih perit menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan kuasa wang. Lantas si ibu mengusap cepat-cepat airmatanya.  "Takde apelah Atan, mata mak masuk habuk tadi" jawab si ibu.

Si ibu menjeling ke arah dapur, gula dah kehabisan, beras tinggal 2 cupak lagi, cukuplah untuk sehari dua. Tikar yang telah siap nak dihantar ke pasar tani esok. Minyak motor cukup sekadar untuk pergi, tapi balik belum tentu lagi. kalau jualan bagus, dapatlah beli sedikit barang dapur. Dapat untuk membeli buku mewarna untuk Atan.

Si ibu sayu, memikirkan tentang perbelanjaan rumah. Takkan hari-hari makan ikan kering berkuahkan kicap?. Nasib baiklah air diambil dari perigi. Perigi yang digali oleh arwah suami, tak perlulah risau untuk bayar bil air. Cuma bila malam, rumah usang ini hanya bertemankan pelita, nak harapkan cahaya dari lampu neon?..jauh sekali.

Cuma bila ada pilihanraya, ramailah wakil-wakil dari parti politik datang. Mewahlah sedikit hidup, dapat beras, gula, tepung, biskut kadang-kadang duit pun dapat. tapi itu cuma sementara, habis pilihanraya semuanya  hilang, janji yang ditabur lenyap bersama empunya mulut. Apa boleh buat, dah nasib, pujuk hati si ibu tadi.

Mereka orang kaya, semua YB-YB, tak perlu pikir tentang nak beli gula, susu, beras dan minyak. Mereka banyak  duit, fikir si ibu tadi. Aku perlu bekerja beras untuk semua tu. Tapi bila harga barang naik, aku tersepit. Nak mengadu?, sekadar mengadu tapi tindakan macam kura-kura. Lembap!.

"Atan, nanti bila Atan sekolah, Atan belajar sungguh-sunguh tau" ujar si ibu.
"Atan janji mak, Atan akan belajar sungguh-sungguh, Atan nak belajar setinggi yang boleh mak" balas Atan.

"Tapi nak..belajar biarlah tinggi-tinggi..tapi jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu. "Maksud mak?" tanya Atan.

"Atan kalau nak jadi Perdana Menteri, kena fikir masalah rakyat, jangan bebankan rakyat" kata si ibu. "Sebab, nak jadi perdana Menteri kena Belajar tinggi-tinggi, tapi jangan bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu lagi.

Atan mula berfikir, apa yang pasti, Atan masih tidak mengerti maksud si ibu. Sengaja si ibu membiarkan Atan berfikir. "Ingat nak...belajarlah tinggi-tinggi..jangan bodoh bertingkat-tingkat". pesan si ibu pada Atan.

Atan melihat mata si ibu... 

daripada: Mtd. Kota Lama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...