GENG LENSA HIDUP

19 June 2010

KISAH RAKYAT JELATA DAN JEMAAH MENTERI DALAM ISU SUBSIDI


salam...
moga semua sihat....

kenaikan harga petrol... ada rakyat yang bersetuju... ada yang membangkang... ada yang cakap rakyat jangan asyik bergantung pada subsidi.... ada yang kata sangat wajar semua rakyat diberi subsidi...

macam-macam pendapat yang kita boleh dengar... pandangan daripada gerombolan menteri... pandangan daripada rakyat jelata.... pandangan daripada kelompok pembangkang.... semua miliki alasan tersendiri...

pak menteri cakap... logik naik harga petrol atau istilah halusnya penarikan balik subsidi yang diberikan kerajaan... hasil yang sama hanya intonasi, ejaan dan sebutan je yang berbeza... hasilnya satu harga petrol naik.... atas alasan harga minyak dunia pun dah naik... harga barang akan naik jugak... rakyat tak boleh hidup asyik bergantung pada agihan subsidi je @ mentaliti subsidi....   

rasionalnya di sini:
jangan dibandingkan kenaikan harga petrol dengan negara yang memang sejak azali tak de sumber petroleum... sila bandingkan harga petrol dengan semua negara yang ada sumber petroleum.... barulah adil kan? mentaliti subsidi pulak.... sape yang wujudkan istilah subsidi? siapa yang momokan harga minyak naik tu sama dengan istilah pengurangan subsidi? cuba kalau dari awal lagi istilah tu tak digunakan.... mesti otak rakyat malaysia tak kan sebut istilah subsidi... cuba dari awal lagi kerajaan letak dalam pemikiran rakyat setiap kali harga barang naik @ harga petrol naik.... gunakan je istilah kenaikan harga.... tak payah sebut pengurangan subsidi... kan senang... istilah mentaliti subsidi tak kan wujud.

rakyat pulak berpiket sana sini... mengamuk... berhimpun.... marah-marah... tak puas hati... bergabung dengan gerombolan pembangkang... membantah habis-habisan sebarang kenaikan... sebab rakyat rasa terbeban... rakyat malaysia kebanyakannya masih hidup di bawah paras kemiskinan...

rasionalnya di sini:
rakyat tengok pihak pemerintah tarik balik subsidi... pemerintah kata boleh gunakan untuk membangunkan negara... rakyat tunggu... buat stadium... stadium runtuh... tunggu la kot-kot anak-anak belajar senang dapat biasiswa ke... PTPTN da tak de bunga ke.... yelah kate  nak kurangkan subsidi untuk kemajuan dan pembangunan kan... kemajuan dan pembangunan bukan je setakat bina bangunan.... kemajuan dari segi peluang pendidikan... mendapat pendidikan tanpa bebanan... pembangunan bukan setakat bina masjid besar-besar... jalan lebar-lebar... bangunan tinggi-tinggi je kan?pembangunan modal insan pun pembangunan jugak kan? berikan bantuan pendidikan... hapuskan bunga pada PTPTN ke... hapuskan yuran sekolah ke... yuran peperiksaan ke.... atau papelah yang nampak impaknya pada rakyat... berikan peluang pekerjaan pada rakyat jelata ke... mesti rakyat tak kan berpiket lagi kan? ade la give and take sikit....

lepas tu... muncul pulak idea...
kerajaan akan berikan subsidi pada yang betul-betul layak je.... orang susah... kalau tunggu orang yang betul-betul susah la.... mungkin depa keta pun tak da.... moto pun tak de... ye tak? nak buat pe dapat subsidi petrol? pada aku golongan yang betul-betul layak dapat subsidi.... mereka yang memang ada kenderaan cam moto... keta... yelah rakyat jelata yang ade kenderaan ni sume... bukan suka-suka je nak naik keta.... nak naik moto... depa mungkin nak pi keje.... depa mungkin nak pi hantar anak gi sekolah ke.... depa mungkin nak berniaga ke... kadang kala ada gak yang pendapatan 2K hingga 3K sebulan... nak kate kaya tak jugak... dengan situasi sekarang ni... mungkin rakyat yang kelas pertengahan ni... cukup makan je kot.... beli keta pun untuk mudahkan pi keja.... balik kampung... hantar anak-anak... kalau harga minyak naik beban jugak la kan.... bila harga minyak da naik.... macam-macam gak alasan pengusaha produk bagi untuk naikan harga depa gak... depa mesti la akan kira kos untuk setiap barang yang nak dipasarkan.... lain la kalau depa hantar produk depa jalan kaki... tak pe la... pada aku kategori rakyat jelata memang wajar dapat subsidi...  atau istilah lain harga barang dan petrol jangan dinaikan... yang patut dikurangkan elaun menteri-menteri.... depa elaun da dapat.... gaji pun ade gak.... pi mana-mana rakyat jelata kenal.. kebarangkalian untuk dapat tajaan tinggi... pi rasmi pape da dapat makan free.... kompang pun free.... keta pun ade keta rasmi... kediaman rasmi pun ade... nak korban kita same-same la berkorban.... jangan la rakyat je yang kena berkorban.... ye tak? pe pun pendapat korang kita kan 1 malaysia... nak berkorban pun kena la satu malaysia... huhuhu... =)

kami rakyat malaysia menantikan keputusan yang paling bijak daripada jemaah menteri... =)

8 comments:

piewahid said...

sbb tu masa pilih pemimpin, kena pilih betul2...terpilih yg bangkrap idea atau bernafsu naga, ssh la kita.

subsidi sibuk ungkit,
cukai sibuk nak sorok!

Sufi Asri said...

salam... bagi aku.. kerajaan kena kekalkan subsidi.. begini.. subsidi adalah milik rakyat.. jadi rakyat ada hak..

cuba bayangkan kalo subsidi xde.. boleh kah org nak hidup? kalo minyak naik harga.. barang2 lain konfem naik harga... yg miskin akan miskin, yg kaya buat duit.. am i right?

sedangkan lecturer aku sendiri mgadu gaji 4ribu cukup2 makan jer.. malah suruh kami blajar lebih tinggi untuk gaji yg lbih tinggi..

org kaya atau anak2 datok n tan sri x susah nak isi minyak.. bagi diorang 300 rigt tue celah gigi.. bagi yg pndapatan rendah 300rggt sebulan gaji? mati oo...

senang kata aku sokong piewahid la.. kerajaan nie kalo bab subsidi sibuk ungkit,bab cukai sibuk nak sorok!

huhu..

zulkbo said...

salam bertandang hari
sabtu..moga sihat selalu
la yek?yang manis itu gula,
yang lazat itu madu,yang
ceria itu anda..


bersedialah kita
untuk hidup tanpa
subsidi ini nanti

econpolics said...

waaaa.....entry terbaekk,....


aku suke kat part "rasionalnya d sini"

sebb berkaitan dgn student...

ko tau x,,aku dok UM tu yuran die bapak lak aii,,,mahal tahap gaban,,

sem1 je aku bayar RM2200,,IPTA tu,,da standard IPTS da..

hakhak...

bagi aku boleh jer xnak ada subsidi..

xdak hal,,tapi GOV kene korban kan banyak hal laa,,

macam F1 1M'sia Tu,,

GOV boleh tumpukan duit subsidi tu kat benda2 penting macam:

a) turun harga Makanan ASASI.
b) GST d mansuhkan.
c) income tax
i) gaji yg rendah turunkan
ii) gaji yg tinggi naikkan
d) no more elaun2 x penting utk menteri
i) elaun telepon,,api dan air
ii) elaun keramaian,,


kekeke,,,pjg lak aku komen...

jaya jr said...

bab ni JJ ade sorang member skola yg jugak blogger..memang straight forward membangkang..extreme gile.

intanurulfateha said...

.heh, aku dgr jerr
.x sokong mne3 ;D

Unknown said...

nice info.... hehehe :)

terokai seni said...

heee mereka tak cukup kaya lagi, tu yang nak naik semua.. negara ni yang kaya dengan air pon kena bayo mahal apatah lagi minyak weeeh kita jugak yang merana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...