GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label pandangan. Show all posts
Showing posts with label pandangan. Show all posts

18 October 2014

KISAH RUMAH MESRA RAKYAT

Assalammualaikum

Rumah mesra rakyat. Harga RM70ribu...  RM20ribu disubsidi dari kementerian. RM50ribu, ditanggung oleh pemohon...

Syaratnya, pemohon hendaklah cagar tanah untuk memohon rumah ini. Bayaran bulanan sekitar RM150 selama 240 bulan...

Dikampung kampung banyak rumah mesra rakyat terbina. Ada keluarga mendapat sehingga 3 buah rumah. Ini rumah angah...ini umah uda....

Dan ada juga rumah RM70ribu ini dibina oleh manusia yang baik dengan ketua kampung. Baik dengan JKK, baik dengan YB. Dibina dalam dusun. Dibiar kosong....


Bila ditanya...

Kenapa kosong pakcik?
Saja bina, musim buah nanti boleh tidur dalam rumah baru ini....


Orang miskin manalah ada rumah....
Inikan pula tanah untuk dicagar...
Nak tumpang tanah orang pun belum tentu dapat...
Terbaik.....


nota kaki:
pergi ke kampung kampung bersepah rumah mesra rakyat kosong.

bila ditanya, rumah siapa?
ini rumah JKK...
ini rumah Anak ketua kampung angah...
ini rumah anak sedara JKK
ini rumah ketua pemuda
ini rumah ahli majlis
ini rumah ehem


perkara inilah yang buat aku tak suka dengan apa yang ada sekarang. ko faham kan???


untuk nilai rumah hanyalah contoh...
point utama... bagaimana orang miskin mahu bina rumah jika tanah pun tiada =)

10 October 2014

7 PERKARA DIGEMARI MELAYU

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu

kali ni aku nak kongsikan berdasarkan pemerhatian aku mengenai melayu.... apa yang digemari orang melayu.... adalah...

1) Menonton Drama
menonton drama adaptasi novel. yang tak sudah-sudah berkisarkan perempuan malang berjaya kahwin dengan lelaki kaya atau kisah kahwin kontrak. benci gila-gila kemudian jatuh cinta.

2) Majlis Kahwin Besar-besaran
ini menjadi trend orang melayu. majlis bertunang besar-besaran. majlis kahwin nak buat besar-besaran. biar bergolok gadai. asal nampak gah. kalau nak bayar yuran sekolah anak kemain lagi liat. kalau nak bagi derma pun macam-macam excuse. itulah melayu.

3) Mentaliti Lapuk
anak-anak bercinta dengan si polan si polan bangga. sebab anak anda ramai yang suka. anak minta kahwin awal dikatanya gatal dan belum habis study lagi. dan dia belum merasa duit anak. hehe ini aku selalu jumpa.

4) Mudah Kena Tipu
suka nak jadi cepat kaya tanpa buat apa-apa boleh jadi kaya. dah banyak kali diingatkan. tapi masih ramai yang mudah tertipu dengan pelaburan duduk diam tanpa kerja apa-apa duit boleh berganda. belum lagi isu ditipu masa pilihanraya. haha.... mudah sangat percaya dengan janji manusia. janji Allah susah pulak nak percaya.

5) Kemaruk Teknologi
yelah aku faham korang baru kenal ape itu Facebook, ape itu twitter,apa itu whatsapp dan segala macam media sosial. tapi agak-agak la nak bersosial secara maya pun. jangan sampai orang cop kau tu jakun. sepanjang aku kenal internet sejak 1998. masa aku darjah 6. tak de pulak aku ni kemaruk sangat nak post atau publish sesuatu yang ala-ala dahagakan pujian atau dahagakan glamour hehe

6) Sukakan Hiburan
ni memang tak dapat disangkal lagi. kalau nak tengok orang melayu ramai. pergilah Jom Heboh. pergi lah siaran langsung raja lawak, maharaja lawak, siaran rakaman Hari Raya bersama Siti nurhaliza. dan kalau nak majlis ramai yang datang. panggil je artis.... nyanyi satu dua lagu.... confirm ramai datang. yang paling penting kalau dapat bergambar dengan artis suam-suam kuku pun dah suka hahaha. duduk dan ketawa terbahak-bahak. selain menyanyi bersama artis kegemaran.

7) Percaya Benda Karut
hahaha ni memang tak boleh blah... dalam pada maju denagn teknologi masih ada lagi yang percaya bila dengar bunyi gagak... tu tandanya ada orang nak meninggal.... kalau kawasan banyak gagak.... mesti hampir pupus orangnya ye.... sebab gagak kan suka sikit-sikit bunyi.... sikit-sikit bunyi.... suka percaya pada bomoh... percaya dengan istilah ketegur... dan lain-lain... pantang larang agama dah jatuh nombor dua. sebab lebih percaya pantang larang tradisi yang tiada bukti saintifik kebenarannya.. dan sangat suka hantu dan percaya pada hantu. termasuk filem-filem hantu. huhu

ni lah beberapa perkara yang digemari melayu.... biarpun bukan semua melayu suka.... tetapi inilah antaranya kebanyakkan melayu suka...

ok sekian =)






03 October 2014

KUASA MEMBELI SECARA TUNAI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

dalam suasana peningkatan kos sara hidup... macam-macam hal terjadi... minyak dinaikkan... harga kereta diturunkan... kos membeli hartanah meningkat... GST bakal dilaksanakan... dan pelbagai lagi... yang nyata merunsingkan setiap individu...

cara paling mudah adalah sabar dan elakkan berhutang... dengan cara tingkatkan kuasa membeli secara tunai. bagaimana ya?

orang akan cakap ye je boleh beli kereta atau rumah atau motor secara tunai... dan elakkan membeli secara ansuran barangan kecil-kecil seperti handphone, sofa baru, laptop dan lain-lain barang.

caranya beli apa yang perlu... sabar dan gigih menabung... kenapa budak zaman sekarang kurang bersabar? tak seperti orang zaman dulu...

orang zaman dulu awal-awal kerja... boleh je hidup naik motor atau bas.... dan setelah lebih 10 tahun berkerja baru la merasa nak beli kereta... kalau nak beli pun bayar duit muka banyak untuk elak komitmen bulanan yang tinggi... ada juga yang beli tunai!

ini memang terjadi...

bapa aku boleh beli kereta vios second hand cash.... 53K otr. siapa kata tak boleh? bapak kawan aku beli kereta cash 27K biarpun hanya seorang penoreh... yang penting kesedaran dalam diri untuk mengelak daripada berhutang. 

tapi pada awal mereka meniti kehidupan... perlulah berjimat cermat dan menyimpan... dan ada kesabaran... sebab terpaksa naik motor.... dan sangat penting tidak bermewah-mewah dalam kehidupan... baru matlamat boleh tercapai...

berbeza budak zaman sekarang...
nak telefon pintar... itu pun dibayar ansuran... nak beli kereta... juga secara ansuran... atas alasan sebab tak de kenderaan nak pergi kerja... tak nak naik motor takut basah kena hujan... dan bla bla bla...

ditambah pula kini banyak bank yang sudi memberi pinjaman... hmmm sebab itu ramai yang tak fikir panjang untuk berhutang.... tetapi jika anda memikirkan keuntungan dan kelapangan sendiri... anda akan pilih untuk jadi insan yang bebas hutang.

yang paling kecewa pihak bank. kerana jika anda mengelak untuk berhutang anda sudah mengurangkan keuntungan bank =)

insan terdekat yang aku boleh jadikan contoh... adalah ayah aku yang most of the thing dia beli tunai... hanya rumah pertama dan kereta kedua dia je dia berhutang. kereta pertama dibeli secara tunai... dan kereta ketiga juga secara tunai.

barang lain kebanyakkan dibeli tunai... motosikal, telefon pintar... laptop.. PC, perabot rumah dan segala barangan elektrik... dibeli secara tunai... nak dapat tunai... kena lah menabung untuk dapatkan sesuatu =)

budak-budak sekarang
baru habis study dan dapat kerja... dah tak tahan nak ambik kereta baru... itu pun dengan zero down payment... hmmm nampak tak beza kesabaran orang dulu dan orang sekarang...

hidup bebas hutang adalah logik...

dan pada aku.... itu semua logik dan masuk akal untuk dilakukan oleh setiap orang... selain... anda berjaya untuk mengelakkan riba' yang sangat ditegah dalam Islam...

apapun... yang terjadi... semua bergantung pada pilihan anda sendiri...

berbelanja ikut kemampuan dan sabar dalam menabung he3 =)

bye... it's just my 10 cent opinion...





30 September 2014

NAIK MOTOR PELUK ERAT-ERAT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dan bahagia di samping keluarga tersayang...

masa aku sekolah dulu... ada la sepasang suami isteri... ustaz dan ustazah aku... naik motor pegi sekolah... motor jenis biasa-biasa saja... bukan la kawasaki ninja... Ducati atau yang sewaktu dengannya...

tapi si isteri memang peluk erat gila-gila si suami... haha sampai kan kami ni suka gelak-gelak bila tengok depa berpeluk sakan atas motor huhu (jahat tak)...

now...

bila aku dah kawin... haha... aku rasa bagi mereka-mereka yang selalu sibuk dengan urusan masing-masing... sekali sekala dapat membonceng husband... tu lah masanya nak peluk erat-erat... biarpun naik Honda C70 je... he3...

maksud aku...
secara automatiknya akan terasa kemesraan dan kasih sayang tu meresap ke dalam sanubari... cewahhhhhhhhhhh... aku rasa macam tu la feeeling ustazah aku tu dulu... keh3

walaupun baru lepas bergaduh ke ape... sebagai penumpang belakang kita kena lah peluk erat-erat supaya tak tergolek... itu peranan peluk erat-erat semasa naik motor... selain tu secara halusnya ia dapat memberi nostalgia romantik... dan juga salah satu cara mengeratkan kasih sayang suami isteri...

semakin lama semakin gua faham feel jadi bini-bini ni haha

hihi tu pandangan aku je laaaaaaaaaa =)

ok babai see u next =)


01 September 2010

MATAHARI TERBIT DARI BARAT



salam
moga semua sihat walafiat... bertambah berkat dan rahmat... kali ni aku nak berkongsi cerita santai.... tersilap pandang... atau tersalah cakap? seringkali kita tersilap apabila menulis... atau mengeluarkan kata-kata... gayanye macam dah betol je... walhal masih lagi ade kekhilafan di situ...
Penyanyi: Amelina & Iwan
Tajuk Lirik Lagu: Yang Tersayang

yang kau sangat ku cinta 
yang kau paling ku sayang 
hidup matiku aku serahkan 
hanya untukmu sayang

cuma kamu..... 
cuma kamu dihatiku 
dunia ini sepi kurasa 
tanpa dirimu ada disisiku

yang kucinta padamu 
yang kusayang padamu 
engkau dan aku telah menyatu 
satu jiwa dalam cinta

andaikan matahari terbit dari barat 
tak akan goyah cinta aku kepadamu 
apa pun yang terjadi aku tak peduli 
relaku mati demi dirimu kasih
aku tetap milikmu 

tuhan restuilah cinta 
kami berdua sampai nanti

ambik daripada : MyLirik
lirik lagu ni memang jiwang habis.... ye la tengah bercinta derrr... padahal tu dah nak kiamat sangat da... tak dan nak ingat awek derr... lirik lagu ni kadang-kadang banyak yang tak logik... macam aku kupas dalam satu entri aku yang lame PERNAH DENGAR TAK? adoi... lawak la lirik lagu-lagu jiwang ni... huhu
TERBITNYA MATAHARI DARI UFUK BARAT
Firman Allah s.w.t :
158. ((Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka Yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang Yang tidak beriman sebelum itu, atau Yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. katakanlah: “Tunggulah kamu (akan apa Yang kamu berhak mendapatnya), dan Kami pun sebenarnya menunggu (akan apa Yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami))”. 
( Al-An’aam : 158 )

Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga terbitnya matahari dari tempat terbenamnya. Apabila ia terbit (dari barat), maka berimanlah sekalian manusia dan ketika itu adalah saat di mana tidak bermanfaat lagi iman seseorang yang belum beriman sebelum daripadanya dan tidak berusaha dalam keimanannya mengerjakan kebaikan” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

APABILA TERBIT MATAHARI DARI UFUK BARAT TERTUTUP PINTU IMAN DAN TAUBAT
Firman Allah s.w.t :
85. (( Maka iman Yang mereka katakan semasa melihat azab kami, tidak berguna lagi kepada mereka; Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) Yang telah berlaku kepada hamba-hambanya. dan pada saat itu rugilah orang-orang Yang kufur ingkar)). 
(Ghafir : 85)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Tidak terhenti hijrah selagi mana diterima taubat, dan taubat akan terus diterima sehingga matahari terbit dari ufuk barat. Apabila terbit (dari barat) dikunci hati-hati manusia apa yang ada di dalamnya dan dicukupkan manusia dengan amalan ( yang telah dilakukan). 
( Riwayat Imam Ahmad )

RUMAH ALLAH
macam-macam respon yang aku terima tentang MENUTUP AURAT DI DALAM MASJID ATAU SURAU... ade yang marah ade yang cakap macam-macam lah... ade jugak yang cakap... lembut je ayatnye 
"kan tu RUMAH ALLAH tak malu ke tak tutup aurat... kan?" 
hohoho...
kat sini aku nak jawab... mungkin kadang-kadang kita ade silap cakap... hehe... kalau yang tak tutup aurat luar masjid atau surau tu ape cer?
"tak malu ke tak tutup aurat? tu kan BUMI ALLAH..."
kadang-kadang bila bercakap macam sopan je bunyinya... macam betul je gayanya... mungkin kita ade terlepas pandang atau tersilap cakap...
wallahualam...

20 June 2010

JEMAAH ISLAMIAH TU PENGGANAS KE?

gambar ni aku pinjam dari blog Justice For All

salam & selamat sejahtera buat semua...
isu JEMAAH ISLAMIAH @ JI kini dimainkan oleh pihak pemerintah pulak... apa-apa pun kita semua terpaksa la dengar... al maklum semua saluran TV dan media cetak pemerintah kuasai.... JI = EKSTREM

apa-apa pun jom kita usyar apa maksud JEMAAH & ISLAMIAH

menurut Kamus Dewan Cetakan Kedua (Edisi Baru) 1991 - edisi agak lame tetapi daftar kata tidak lagi berubah untuk cetakan baru...

halaman 487
jemaah - kumpulan orang beribadat, orang ramai, perjumpaan ramai...

halaman 462
islamiah - berkaitan dengan agama Islam atau berasaskan agama Islam...

sewenang-wenangnya gerombolan ni menggelarkan JI tu ekstrem..... ekstrem dalam agama... pengganas... dan macam-macam lagi... walhal gerombolan ni gerun kini kebanyakan pensyarah sudah ramai pro pembangkang.... dan sudah mula nampak jalan yang lurus dan diredhai Allah huhuhu....

jadi isu pengganas @ JI mula dimainkan... dan kononnya sudah bertapak di IPTA... wahhhhhhhh.... kita semua beragama Islam... jadi tak perlulah termakan @ terpengaruh dengan dakyah Yahudi yang bila melihat seseorang yang KUAT mengamalkan Islam tu dengan mudah dilabelkan pengganas.... ekstrem.... kita yang beragama Islam aku rasa tak perlu lah terikut-ikut.... ye tak?

pada aku bagus lah kalau ada yang ekstrem dalam beragama... selagi tak mendatangkan syirik... kufur.... okay la... selagi tak timbul ajaran sesat atau mengaku nabi... pada aku tak jadi masalah beb.... 

takkan name ISLAM setakat dalam IC je... setakat mengaku ISLAM je... setakat tulis kat surat beranak je... mesti la diamalkan... betul tak? ye... aku tau tak semua mampu amalkan ISLAM dengan sempurna.... tapi kita tak perlulah KONDEM orang yang nak pakai jubah.... orang yang nak pakai serban.... orang yang bercerita hal politik di masjid....

terang dan nyata JUBAH tu pakaian baginda Rasulullah.... SERBAN tu SUNNAH Rasulullah.... SIASAH tu sebahagian daripada ISLAM... jadi tak de masalah kan? tu semua perihal ISLAM... takkan wat semua benda tu da kira ekstrem? da kira pengganas? lain la kalau hang pakai jubah... pakai serban.... tetiba pi tembak budak kecik umur 5 tahun tengah makan aiskrim... guna M16... haaaaaaaaaaaa ni memang la aku cakap gila ka? kalau tak gila baru la bleh panggil pengganas ke apa....

mereka Yahudi suka la.... kalau kita semua mengaku Islam.... setakat nama je.... mengaku Islam.... tapi bleh buat maksiat.... mengaku Islam.... tapi leh salam lelaki pempuan.... mengaku Islam tapi amal rasuah.... mengaku Islam.... tapi buat fitnah.... orang-orang Kafir memang suka kalau makin ramai gerombolan yang mengaku Islam tapi buat ni semua.... ni la agaknya Islam yang tak ekstrem kot.... "yang sedang-sedang saja" 

ye... tak semua perkara kita leh jadi cam yang Islam anjurkan.... kita semua banyak KHILAF... tapi kita tak bleh la marah kalau ade yang nak hidupkan SUNNAH... pakai serban... yang bersungguh-sungguh nak tegakkan Islam.... yang mahukan pemerintahan Islam...  ni tak.... nampak Islamik sket je dah cakap pengganas.... adehhhhh.... sakit aku tengok MENTALITI cam ni.... bila gerombolan pemerintah jumpa pensyarah cakap-cakap isu yang agak-agak ade terjerumus pada pembangkang je... da cakap ekstrem... da cakap pengganas....

kalau betul ade yang patut digelarkan pengganas.... sila dakwa mereka... tunjukan bukti sahih... baru boleh sebut kat TV.... baru leh cetak kat AKHBAR.... baru boleh hebah dalam media elektronik.... yang aku nampak sekarang ni kat malaysia.... bila ade gerombolan yang pertikai cara pemerintahan pemerintah... je yang akan ditentang habis-habisan.... kalau setakat warga asing.... orang bunuh-bunuh.... anak luar nikah.... sumbang mahram... tak de la di ambik berat sangat pun.... tu semua realiti...

gerombolan pemerintah perlu ingat.... tak ade negara dalam dunia ni tiada PEMBANGKANG.... jadi berentilah berangan-angan untuk menghapuskan gerombolan PEMBANGKANG.... juga berhentilah menyebarkan dakyah-dakyah yang seperti cerita FAIRYTALES.... jauhkan daripada agenda membunuh karekter pemimpin pembangkang.... jalanilah POLITIK yang bersih daripada fitnah... sistem pemerintahan yang bersih.... kalau rakyat tak mau hang pa.... hang pa bersedialah nak tarik diri.... begitu jugak pihak pembangkang....

JI @ JEMAAH ISLAMIAH tu sume propaganda je nak bagi umat Islam ni ambik mudah perihal agama..... atau nak menakut-nakutkan je.... kita semua perlu ingat tak SEMUA yang diperkatakan oleh kebanyakan kelompok manusia tu BENAR di sisi Allah.... kita yang miliki panduan iaitu Islam patut lebih tahu menilai.... jadi kita sebagai Muslim jangan la terpengaruh dengan istilah JI yang sering dilaung-laungkan barat.... hingga kita tegar untuk melabelkan insan seagama sebagai pengganas....

Firman Allah SWT:
"dan sekiranya kamu menuruti majoriti orang ramai di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah."
(Surah Al-An'am : 116)

p/s: aku bercuti sementara daripada berblog.... selamat membaca =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...