salam
moga semua sihat walafiat... bertambah berkat dan rahmat... kali ni aku nak berkongsi cerita santai.... tersilap pandang... atau tersalah cakap? seringkali kita tersilap apabila menulis... atau mengeluarkan kata-kata... gayanye macam dah betol je... walhal masih lagi ade kekhilafan di situ...
Penyanyi: Amelina & Iwan
Tajuk Lirik Lagu: Yang Tersayang
yang kau sangat ku cinta
yang kau paling ku sayang
hidup matiku aku serahkan
hanya untukmu sayang
cuma kamu.....
cuma kamu dihatiku
dunia ini sepi kurasa
tanpa dirimu ada disisiku
*
yang kucinta padamu
yang kusayang padamu
engkau dan aku telah menyatu
satu jiwa dalam cinta
andaikan matahari terbit dari barat
tak akan goyah cinta aku kepadamu
apa pun yang terjadi aku tak peduli
relaku mati demi dirimu kasih
aku tetap milikmu
tuhan restuilah cinta
kami berdua sampai nanti
lirik lagu ni memang jiwang habis.... ye la tengah bercinta derrr... padahal tu dah nak kiamat sangat da... tak dan nak ingat awek derr... lirik lagu ni kadang-kadang banyak yang tak logik... macam aku kupas dalam satu entri aku yang lame PERNAH DENGAR TAK? adoi... lawak la lirik lagu-lagu jiwang ni... huhu
TERBITNYA MATAHARI DARI UFUK BARAT
Firman Allah s.w.t :
158. ((Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka Yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang Yang tidak beriman sebelum itu, atau Yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. katakanlah: “Tunggulah kamu (akan apa Yang kamu berhak mendapatnya), dan Kami pun sebenarnya menunggu (akan apa Yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami))”.
( Al-An’aam : 158 )
Dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga terbitnya matahari dari tempat terbenamnya. Apabila ia terbit (dari barat), maka berimanlah sekalian manusia dan ketika itu adalah saat di mana tidak bermanfaat lagi iman seseorang yang belum beriman sebelum daripadanya dan tidak berusaha dalam keimanannya mengerjakan kebaikan”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
APABILA TERBIT MATAHARI DARI UFUK BARAT TERTUTUP PINTU IMAN DAN TAUBAT
Firman Allah s.w.t :
85. (( Maka iman Yang mereka katakan semasa melihat azab kami, tidak berguna lagi kepada mereka; Yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) Yang telah berlaku kepada hamba-hambanya. dan pada saat itu rugilah orang-orang Yang kufur ingkar)).
(Ghafir : 85)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Tidak terhenti hijrah selagi mana diterima taubat, dan taubat akan terus diterima sehingga matahari terbit dari ufuk barat. Apabila terbit (dari barat) dikunci hati-hati manusia apa yang ada di dalamnya dan dicukupkan manusia dengan amalan ( yang telah dilakukan).
( Riwayat Imam Ahmad )
RUMAH ALLAH
"kan tu RUMAH ALLAH tak malu ke tak tutup aurat... kan?"
hohoho...
kat sini aku nak jawab... mungkin kadang-kadang kita ade silap cakap... hehe... kalau yang tak tutup aurat luar masjid atau surau tu ape cer?
"tak malu ke tak tutup aurat? tu kan BUMI ALLAH..."
kadang-kadang bila bercakap macam sopan je bunyinya... macam betul je gayanya... mungkin kita ade terlepas pandang atau tersilap cakap...
wallahualam...