GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label susu. Show all posts
Showing posts with label susu. Show all posts

19 July 2013

KESILAPAN KETIKA MEMBANCUH SUSU FORMULA

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga semuanya sihat selalu...

Hokeh...

Susu formula tu ape?
Susu yang telah ditambah pelbagai kebaikan lain... seperti DHA, gangliosida, vitamin D, zat besi, asid amino dan lain lain lagi...

Contoh susu formula yang ade kat pasaran?
Dugro, anmum, dutch lady, fernleaf dan macam macam lagi...

Cara membancuh susu formula? 
Korang turun temurun ke ikot cara mak mak korang bancuh susu?
Bubuh air panas dulu... campurkan susu... goncang2 sampai larut... kemudian baru tambah air sejuk... untuk jadikan susu tu suam...

Haaa kalau cam tu caranya... moh le kita tukar kaedah yang baru...

Masa beli susu tepung tu... ade tak uols... bace arahan pada pek asal?

Biasanya... akan ada tulis ambil air pada suhu 40ºc . Pastu ikotlah banyak mana air yang kita nak... apesal diaorang tak soh guna air panas mendidih? Air mendidih of coz suhu 100ºc... 

Kerana...
Tak mau bakteria baik yang ada pada susu musnah... juga khasiat khasiat lain pada susu ilang... sebab tu arahan pada pek begitu...

Nanti ade yang akan fikir... susu tak larut... kalau tak guna air yang betul betul panas....

Instant milk ni... guna air sejuk pon boleh larut...
Tak caye?
Wat la eksperimen sendiri....


03 September 2010

SUSUKAN ANAK LEMBU DENGAN SUSU BADAN

hiasan je ni...
RAJASTHAN, India - Seorang wanita di kampung Kilchu, Rajasthan India, Couthi Bai menyusukan seekor anak lembu berusia 46 hari dengan susu badannya sebanyak tiga hingga empat kali sehari, lapor sebuah akhbar semalam.
Di India, lembu disifatkan sebagai haiwan yang suci. Justeru, rakan-rakan sekampung wanita tersebut menyokong hubungan Bai dengan anak lembu tersebut.
"Selepas ibunya mati, saya memegangnya dan memberi susu badan. Saya membesarkannya dengan susu saya. Saya menyusukannya sebanyak tiga atau empat kali sehari sama seperti yang diperlukan oleh seorang bayi. Tuhan pasti gembira jika saya menjaganya," kata Bai.
Namun, ada juga penduduk kampung Kilchu yang tidak mengambil kisah dengan perbuatan Bai.
"Ia merupakan kali pertama perkara sebegini berlaku di kampung kami. Dia akan membawa anak lembu itu ke mana sahaja." kata seorang penduduk kampung.
Kini, anak lembu itu sentiasa mengekori Bai. - Agensi
Sumber: Kosmo

nota: orang-orang India kan menganggap lembu tu tuhan depa dan suci haha... lawak pon ade derrr... jeng gini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...