salam
kembali bersiaran....
kali ni aku nak bincangkan dan diskusikan perihal harta sepencarian.... pe tu harta sepencarian? harta yang diperolehi oleh isteri atau suami ketika hidup bersama.... tidak kira bidang kerjaya mereka sama atau tak... ni maksud secara ringkas dan mudah...... supaya korang boleh faham....
harta sepencarian ni dalam bahasa omputihnya MATRIMONIAL PROPERTY merupakan satu peruntukan undang-undang daripada adat melayu.... diteruskan hingga kini kerana tak de pape pertembungan dari segi syarak.... so harta sepencarian ni dah diterima sebagai salah satu undang-undang keluarga islam....
harta sepencarian ni biasanya akan dituntut jika berlaku penceraian atau kematian... juga kadang kala kalau suami ada berpoligami... isteri kedua tak boleh pertikaikan kalau suami memberi sesuatu yang lebih pada isteri tua.... kerana segala harta yang dimiliki bersama ketika masih belum berpoligami memang berhak ditakrifkan sebagai harta sepencarian dengan isteri pertama... dalam situasi ni isteri kedua tidak berhak campur tangan...
manakala setelah berpoligami... jika ada berlaku apa-apa tuntutan... harta sepencarian barulah boleh dibahagikan kepada tiga.... dan begitulah seterusnya....
p/s: aku rasa nak menulis isu ni sebab ade kes suami yang tak paham-paham istilah harta sepencarian.... lepas dia berpoligami... bini baru pun same gak tak bape nak paham... asyik nak jeles je... jeles kat bini pertama dapat umah... bila naik mahkamah baru ko nganga... susah beno nak paham istilah.. haishhhhhhhhhh =)
lepas ni aku nak cite pasal tuntutan nafkah idah dan anak-anak... ni pun ade gak aku tengok tuntut yang tah pape je... dengan alasan yang tak masuk akal... haishhhhhh
1 comment:
wah! nice info... mcm2 maklmuat sy thu bila sampai blog akak ni? thnkz! :)
Post a Comment