GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label koleksi video parodi paling kelakar di asia. Show all posts
Showing posts with label koleksi video parodi paling kelakar di asia. Show all posts

03 January 2015

KOLEKSI VIDEO PARODI PALING KELAKAR DI ASIA


The One That Got Away Bangkok Version (Katy Perry)

The One That Got Away (Bangkok Version) telah mencapai tontonan sehingga 1.3 juta sejak dimuat naik pada tahun 2012. Video parodi ini disukai kerana menyelitkan interpretasi kreatif mereka sendiri bagi menjadikan olahan ini bertambah lucu. Selain mempunyai suntingan yang baik, parodi ini turut memuatkan sedikit ‘kejutan’ pada penghujungnya!



Minahconda (Anaconda – Nicki Minaj)

Duo yang amat popular dari Singapura ini amat terkenal di laman YouTube menerusi video-video peribadi yang melucukan. ‘Minahconda’ merupakan rendisi tersendiri Munah dan Hirzi yang turut mengarang lirik mengelikan hati. Mengunakan budaya moden yang selari dengan anak melayu sebagai tambatan, parodi kepada lagu Anaconda ini terselit mesej yang berbaur perlian jika diamati.


Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger - Maroon 5)

Dimuat naik pada 29 Disember 2011, Lembu Nak Jaga mengisahkan seorang lelaki yang hidup di kampung dan sering dikongkong isterinya. Parodi yang amat amat berbeza dengan maksud asal lagu kumpulan Maroon 5 ini hasil kerjasama sekumpulan anak muda yang cukup aktif di laman Twitter.

rugi tak tonton... haha chill =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...