GENG LENSA HIDUP

10 June 2010

LELAKI TANPA WAJAH (HIRO) & ZULAIKHA

ini bukan kisah merong mahawangsa...
ini hanya kisah dogeng mereng mahawangsa...

sebelum baca...
sila selawat ke atas junjungan kita...
sebanyak 3 kali... (atas permintaan hiro mahukan unsur islamik)

menulis entri dengan penuh beradat... (hiro kate kitakan Melayu)

jadi aku berpantun laaaaaaa....

sorong papan tarik papan
buah tembikai dalam perahu
suruh makan hiro tak makan
suruh mengaji pura-pura tak tahu

malam tadi jumpa mayat
malam esok jumpa hantu
zulaikha tau hiro suka mengayat
berharap bapak zulaikha sudi buat menantu

lelaki tanpa wajah itulah hiro... bukan si penggoda itulah zulaikha.... dalam cite TAMIL hiro selalu datang lambat... tapi ni bukan cite TAMIL... ni cite Melayu.... sebab aku pun Melayu... jadi hiro dah masuk pada awal-awal cerita....

bukanlah cerita mereka... bukan juga mereka-reka cerita... ohhhh... pilih mana kamu mahu? pilih satu jangan tamak... kisah ni bermula saat hiro menegur zulaikha (sudah pandai eja) melalui shoutbox... hiro menegur zulaikha dengan penuh sopan dan santun...

begitu lama kisah cinta mereka ibarat lamanya drama Sembilu Kasih ditayangkan di TV2... baru semalam aku dapat hidu... cissssss. bukan kerana hiro tu 'kekasihku yang gelap' buat zulaikha... semestinya tidak kan.... kerana hiro digambarkan jauh lebih hensem berbanding Justin Bieber...

aku mula menghidu hubungan mereka kerana semalam mereka bertikam lidah dengan nada yang paling lembut sekali ohhhhhhhhh.... aku sangkakan mereka bersaudara mungkin... seibu berlainan bapa... atau sebapa berlainan ibu...

otak aku mutaligat... tetapi timbul sedikit keraguan di sini... mengapa pulak si p3perak marah-marah ye? adakah kerana jeles dengan zulaikha? atau ade peristiwa lain di sebaliknya.... aku cuba mencari jawapan bagi persoalan yang kian menyesak otak ketat aku...

setelah diselidiki rupanya hiro telah membunuh cucu perempuan saudara kepada jiran p3perak ... kerana itu p3perak cuba menggaanggu kehidupan hiro.. dan kata-kata hiro yang lembut pada zulaikha ibarat lidah tak bertulang... gigi tak bergosok itu adalah lakonan semata-mata... sebelum menjadikan zulaikha mangsa seterusnya.... hiro hanya mahu melihat zulaikha dilamun cinta... hinggakan makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah dan berak tak basuh...

to zulaikha:
sila jangan terlalu rapat dan dekat dengan hiro kerana beliau seorang pembunuh yang disegani...  kerana si hiro ini layaknya menjadi seorang model kanak-kanak bagi iklan sabun basuh... (kerana blogger berhati suci sukar dicari)


p/s: tah ape la yang aku merapek

3 comments:

bukan penggoda yang malas nak login said...

hahahaha. yeay! dah bley tdo dah. puas dpt bace. miahahahaha.

Amir Syahir said...

hehe..terbaikk..jawab tag..

puas ati dpt bc..movie laku ne..

zulkbo said...

salam..
HIRO mana lak nie?
fenin-fenin..la la la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...