GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label pelancongan. Show all posts
Showing posts with label pelancongan. Show all posts

18 February 2016

8 PULAU POPULAR DI SABAH


Fakta Pulau Gaya:

✔ Merupakan pulau terbesar di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
✔ Namanya berasal daripada bahasa Dusun iaitu 'Gayo' yang bermaksud besar.
✔ Terletak hanya 10 minit daripada Bandaraya Kota Kinabalu.
✔ Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mendaki sejauh 20 km dan aktiviti menyelam (snorkeling)


Fakta Pulau Manukan:

✔ Merupakan pulau kedua yang terbesar di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman. 
✔ Pulau ini merupakan pulau yang paling terkenal di kalangan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu. 
✔ Aktiviti air yang sering dilakukan oleh pengunjung apabila melawat pulau ini ialah snorkeling, diving, sea walking, flying fish dan banana boat. ...


Fakta Pulau Mamutik:

✔ Merupakan pulau terkecil yang terdapat di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman.
✔ Terletak lebih kurang 3km dari Bandaraya Kota Kinabalu dan perjalanan dari Jeti Jesselton Point mengambil masa dalam 10 minit. 
✔ Walaupun Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil, ianya masih menjadi pilihan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu dan dikunjungi pelancong kerana keindahan pantainya serta terumbu kerang yang terpelihara. 
✔ Antara tarikan di sini adalah ikan-ikan di pulau ini lebih banyak dan cantik berbanding Pulau Manukan. 
✔ Pantainya yang kecil memberi jaminan keselamatan yang lebih baik kerana petugas-petugas keselamatan hanya perlu menjaga kawasan yang kecil.


Fakta Pulau Sapi:

✔ Merupakan pulau kedua yang terkecil di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman. 
✔ Terletak di arah barat daya Pulau Gaya, pulau ini mempunyai keluasan 25 ekar dan memiliki pantai yang terbaik dalam taman marin ini. 
✔ Pulau ini terkenal dengan aktiviti snorkeling dan juga aktiviti menyelam. 
✔ Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan seperti jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan juga bilik air. ✔ Istimewanya, hutan di pulau ini didiami oleh Macaques, sejenis spesis Old World monkeys. Aktiviti berkhemah dan memasang unggun api boleh dilakukan dengan kebenaran daripada warden pulau.


Fakta Pulau Sulug:

✔ Merupakan salah satu pulau di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman serta pulau yang terjauh dari Bandaraya Kota Kinabalu. 
✔ Pulau ini kurang dikunjungi tetapi terkenal sebagai lokasi menyelam yang baik. 
✔ Panaroma bawah airnya sangat mempersonakan dimana ianya dipenuhi dengan kehadiran ular laut, penyu, ikan pari, ikan katak, dan juga kupu-kupu laut.
✔ Terumbu kerang yang tumbuh di kawasan pantai Pulau Sulug menjadikan pulau ini sesuai untuk aktiviti snorkeling. 
✔ Perjalanan ke pulau ini biasanya mengambil masa dalam 15 minit ke 25 minit.


Fakta Pulau Selingan:

✔ Terdapat 10 pulau terletak di dalam Kepulauan Penyu dimana 7 pulau dimiliki negara Filipina dan 3 pulau lagi diminiliki negara Malaysia.
✔ Pulau Sulug merupakan satu daripada tiga pulau yang terdapat dalam Taman Pulau Penyu yang terletak di dalam Kepulauan Penyu. 
✔ Selain Pulau Selingan, terdapat dua lagi pulau di dalam Taman Pulau Penyu iaitu Pulau Bakkungan Kechil dan Pulau Gulisan.
✔ Pulau Selingan merupakan pulau yang terkenal di antara tia pulau di dalam Taman Pulau Penyu.
✔ Terletak lebih kurang 40km arah utara Bandar Sandakan, pulau ini dilengkapi pelbagai kemudahan yang disediakan khas untuk pengunjung.
✔ Bilangan pengunjung yang datang ke pulau ini adalah dikawal dan pengunjung yang tinggal semalaman di pulau ini tidak dibenarkan turun ke pantai pada waktu malam. Ini kerana pada waktu tersebut penyu laut akan naik ke pantai dan bertelur.


Fakta Pulau Lankayan:

✔ Pulau Lankayan merupakan sebuah pulau resort batu karang tropika yang terletak di Laut Sulu.
✔ Jarak kira-kira 15km arah barat daya dari Bandar Sandakan. 
✔ Pulau ini terkenal sebagai pusat menyelam dan resort peranginan yang dikendalikan oleh Lankayan Island Dive Resort. 
✔ Menariknya, terdapat pelbagai flora dan fauna di pulau ini yang sering menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung.
✔ Selain keindahan terumbu kerang yang ada di pulau ini, terdapat sebuah kapal karam cekung yang didiami pelbagai jenis hidupan laut.
✔ Pulau ini juga menjadi pilihan peminat aktiviti menyelam kerana kehadiran ikan Yu Paus, Penyu hijau dan Penyu Hawksbill, dan juga hidupan fauna yang lain seperti kerang gergasi, ketam labah-labah, kuda laut, ikan kakak tua, ikan pari dan ikan gitar.



Fakta Pulau Sipadan:

✔ Pulau Sipadan terletak berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah. 
✔ Terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.
✔ Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009, Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban dunia (New 7 Wonders of Nature Votes Committe).
✔ Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan dan sebagainya.
✔ Warna- warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...