salam
datang lagi dengan entri baru...
moga semua sihat walafiat...
aku rasa nak kongsi mengenai tayamum
TAYAMUM:
tayamum adalah wudhuk tanpa air, dibenarkan jika tidak ada air atau seseorang tidak boleh kena air kerana sakit. tayamum dapat berfungsi sebagai pengganti ‘Mandi Junub‘ untuk mensucikan dari hadas besar tayamum juga dapat dilakukan seseorang yang sedang dalam perjalanan (naik pesawat terbang / kenderaan)
dari AMMAR BIN YASSIR RA : aku junub dan tidak ada air, maka aku pun bergelimbang di atas tanah (seperti seekor haiwan) dan aku solat kemudian aku ceritakan kepada Nabi SAW. maka Nabi Muhammad SAW bersabda : hanya saja, cukuplah bagi anda melakukan seperti Ini, kemudian Nabi menepuk kedua tangannya ke tanah, lalu ditiup dan kemudian disapukan ke muka dan kedua telapak tangannya. (Hadis Riwayat : Bukhari dan Muslim).
untuk cara- cara bertayamum korang leh la tengok kat mane-mane buku berkaitan... aku malas nak menaip... atau tanya je pada mana-mana ustaz yang bertauliah =)
sebelum bertayamum keadaan mestilah dipastikan benar-benar tiada air... kemudian telah berusaha untuk mencari air... dengan istilah jarak 'sepelaung' disekitar kita... jika dalam jarak sepelaung itu benar-benar tiada air.... barulah boleh bertayamum...
sepelaung:
ni dapat didefinasikan dengan kadar jeritan seseorang contohnya "kat sini ade air ke tak!!!" dengan kadar suara yang menjerit.... jika tiada jawapan @ tiada yang menyahut... barulah tayamum boleh dilakukan.... nada suara juga bergantung pada suara individu berkenaan... kalau suaranya kecil... maka tak lah dapat la menjerit terlalu kuat... dan begitulah sebaliknya... (maksud di sini tiada jarak tertentu)
bukan bila tengok tak de air je.... terus nak tayamum....
wallahualam...
p/s: apa yang baik datang dari DIA yang buruk datang dari aku =)
p/s/s: kalau tak sukakan entri yang copy paste aku akan taip satu persatu... maaf kelmarin ada entri copy paste. aku ditegur oleh seorang pembaca =)
No comments:
Post a Comment