GENG LENSA HIDUP

13 June 2010

KHASIAT BELUT

salam...
kali ni aku nak kongsikan tentang khasiat belut...
kenal tak korang semua dengan belut?

ni ha gambar belut...

belut ni banyak khasiatnya.... walaupun ade orang geli nak makan @ takut nak makan.... aku suka gile makan belut.... mama yah takut sikit nak siang belut.... sebab susah nak mati.... walaupun da ketuk paler dia banyak kali.... mama yah cakap cam ular pun ade.... basenya kalau tukang ketuk paler belut ni ucu aku la.... huhuhu... belut ni sedap wat goreng, masak sambal, wat laksa.... memang sedap tahap dewa.... potong pendek-pendek.... nanti tak la terbayang macam ular plak mase ngah makan.... =)
belut atau nama saintifiknya Monopterus Albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. sungguhpun ramai yang tidak 'sudi' makan belut... tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat....
spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi....
tak heranlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis....
p/s: aku kalau balik kampung kat sekinchan tak sah kalau ucu aku tak tangkapkan belut... kalau musim ngah tak berapa nak ade belut... papa wi mesti ajak pi pasar sungai besar beli belut.... ngeh ngeh ngeh.... kami adik beradik hantu belut =)

1 comment:

Nas said...

aku xpernah makan belut...geli....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...