GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kebaikan. Show all posts
Showing posts with label kebaikan. Show all posts

27 January 2011

APAKAH ASID FOLIK???

salam dan selamat sejahtera semua...

biasa dengar tak perkataan asid folik... kadang-kdang ade gak yang sebut folik asid... ape pun bunyinya... menda alah tu tetap same... kat sini aku nak kongsikan kepentingan asid folik....

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
 
Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal. Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

 

 

08 October 2010

KEBAIKAN MANDI

origami awek berbaju mandi... miahahaha... terlebih kreatif!!!

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

kali ni aku nak kongsikan info ilmiah buat semua ye...

mandi bukanlah sekadar nak membersihkan diri daripada kotoran... tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh... mengikut satu penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus... selain daripada tu... kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.... haaaa kan tu kebagusan mandi (aku memang takut sejuk derr tapi aku takde genetik kambing ye...)


berikut adalah beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya...

mengeluarkan racun: 
mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin... mandi air panas membantu menurunkan aras gula dalam darah... menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik... tempoh untuk mandi yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit... (kalau tercekik ubat gegat memang le mandi tak leh kuarkan jugak... maksud racun kat sini toksid ok... hehe)

mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan.... (aku mungkin mengalami ketegangan kalau kena mandi miahaha =P)

jangkitan kulit:
penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian.... ia bertindak sebagai antiseptik... isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata... digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.... (yelah mane tau ade baby yang kene ruam-ruam ke... boleh la cube... ade kena kurap ke... ehehe)

selesema dan sakit kepala 
merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang letih... masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon... selepas tu.. basuh dengan air sejuk....lakukannya selama 10 hingga 20 minit.... (rendam kaki dengan air suam dicampur dengan garam kasar pun best... cuba korang try test)

insomnia 
merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.... yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur.... masukkan kaki sehingga ia merasa dingin... perubatan ini berguna bagi kaki yang letih... pendarahan hidung...  selsema dan sembelit.... (jangan rendam kepala anda... mungkin anda akan tidur untuk selama-lamanya...)

nota: pengubah suaian artikel berdasarkan pembacaan... di tambah dengan humor yang ringan-ringan =)

imbas kembali: mase aku skolah dulu... aku cukup liat nak mandi pagi... papa wi akan dukung aku pegi bilik air... siapkan air panas dulu... bila aku masuk bilik air... aku bukan mandi pon... aku kunci pintu.... pastu aku tido atas bangku kecik dalam bilik air... ahaha siot betol!!! (bila da kena jerkah baru terkial-kial nak mandi ohhh)

30 September 2010

BANDINGKAN AMAL KITA DENGAN RAHMAT ALLAH S.W.T....

assalammualaikum dan salam sejahtera...

semoga semuanya sihat sejahtera dan gumbira huhuhu....

kali ni aku nak berkongsi sedikit cerita... yang mungkin kita selalu lalai dan leka... ye tak? kita ni cuma manusia biasa... hari ni buat silap... esok baru sedar... hari ni baik... esok buat silap... hari ni esok dan seterusnya sokmo buat silap pun ade... macam-macam jenis manusia yang ade... 

yang rajin solat
yang rajin berdoa
yang rajin berzikir
yang rajin puasa

macam-macam lagi la amalan yang kita buat... yang berlumba-lumba buat kebaikan... yang berlumba-lumba buat amal jariah... yang berlumba-lumba bersedekah... adakah ape yang kita buat semata-mata kerana Allah... atau sebab lepas bace buku atau bace kat internet tentang fadhilat-fadhilat mengerjakan amalan-amalan tersebut?

yup... setiap amalan yang dilakukan ade fadhilatnya jika disertai dengan keikhlasan dan mengharap redha Allah S.W.T... adakah kita sedar? bahawa amal yang menggunung tinggi bukanlah jaminan untuk masuk ke syurga?

dah tu dapat masuk syurga dengan ape?

kita semua umat Islam ni dapat masuk ke syurga hanya dengan rahmat daripada Allah S.W.T je.... bukan kerana amalan kita... bila aku cakap cam tu jangan le pulak berhenti melakukan amal kebaikan derrr... macam kata-kata daripada Syeikh Abu Said al-Kharaz...

Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz: Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Taala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Taala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya. Menyerah kepada Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal soleh. 

ye tak?

nak pulak kita bandingkan amal kita dengan para sahabat Baginda... jauh tertinggal kita punya amalan kat belakang... rahmat Allah... hidayah Allah... Dia boleh beri bila-bila masa pun... kalau semalam si polan seorang yang jahat... dengan hidayah dan rahmat Allah jugalah esok si polan tersebut boleh jadi seorang yang baik dan menginsafi setiap kesalahannya...

perihal rahmat Allah yang melimpah ruah ni banyak disebutkan di dalam al-quran dan hadis.... cuma kadang-kadang ade manusia yang merasakan diri sudah cukup banyak amalnya dan cukup baik untuk dapat kenikmatan syurga hanya dengan amal yang dilakukannya...

aku sertakan jugak beberapa potong ayat al-quran yang ade menerangkan perihal rahmat Allah S.W.T... 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan RAHMATNYA kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:21) 

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim) 

cam tu gak dengan mereka yang berdosa... pohonlah keampunan daripadaNya... kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Pemberi Rahmat.... manakala mereka yang suka melakukan amal soleh... jangan sesekali sombong dengan amalan anda... bertepatan dengan firman Allah S.W.T...

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Alfadhel daro Ibn Abi Ruwad dari ayahnya berkata: "Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada nabi Daud a.s.: "Hai Daud, gembirakan orang-orang yang berdosa, dan peringatkan kepada orang-orang siddiq." Maka Nabi Daud a.s bertanya: "Bagaimana menggembirakan orang-orang yang berdosa dan mengancam orang-orang yang siddiq?" Allah s.w.t. berfirman: "Gembirakan orang-orang yang berdosa bahawa tidak ada dosa yang tidak dapat Aku ampunkan dan peringatkan pada orang siddiq supaya mereka tidak berbangga (sombong) dengan amal perbuatan mereka kerana bila Aku tegakkan keadilanKu dan perhitunganKu pada seseorang pasti binasa."

nak kan rahmat Allah?

lakukanlah kebaikan... ikhlaskan hati semata-mata kerana Allah... cegahlah kemungkaran... tegakkan agamaNya... bertepatan dengan potongan ayat berikut...

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raaf: 56) 

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 71) 

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat. (An-Nuur: 56) 

selain tu jugak kita semua diperintahkan untuk memohon rahmat... pohonlah rahmat Allah... pohonlah hidayah Allah... kerana Dia Maha Pemberi Rahmat, Maha Pemurah dan Maha Segala... pohonlah rahmat tanpa jemu... 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar: 53) 

Mereka berdua (Nabi Adam a.s dan Hawa) merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A'raaf: 23) 

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat! (Al-Mu'minun: 118)

oleh itu janganlah kita bangga dengan amal yang dilakukan... teruskan memohon rahmat dan hidayah Allah S.W.T... kerana tanpa rahmat daripadaNya... kita tiada apa-apa... amal yang banyak pada hari ini bukanlah satu jaminan untuk kita memasuki syurga dan mati dalam keimanan jika bukan dengan rahmat dan hidayahNya...

jangan jemu pohonlah rahmat dan hidayah... 

nota: perbaikilah amalan dan pohonlah perlindungan daripadaNya... dalam menghadapi segala ancaman dan juga kesulitan... jika bukan takdirNya tidak mungkin terjadi sesuatu perkara... 

ape yang baik hanya datang daripadaNya dan yang buruk tu sume daripada aku... artikel ni diterbitkan untuk mengingati diri sendiri dan berkongsi pada yang sudi =)

wassalam....

02 September 2010

KEBAIKAN AIS DAN AIR SEJUK





salam
moga semua sihat walafiat...
semakin bertambah berkat... ni adalah entri autopublish... aku ade sediakan banyak entri autopublish... mungkin agak kurang berkesempatan untuk mengadap blog terlalu lama... heheh...


Kebaikkan ais.. Bagus juga minuman sejuk ni.... kita kan selalu jumpa orang suka kunyah ais la... mandi air perigi tu sejukkkkkk... mandi awal pagi tu sejukkkk derrr... ketahuilah kebaikannya...


Rahsia Di Dalam Ais


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"


Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.


Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.


Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 


Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.


Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.


Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.


Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.


Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.


Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.


Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.


Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.. 


nota: air sejuk ni maksudnya air yang tak dipanaskan... sejuk secara semulajadi dan tak dimasukkan ke dalam peti sejuk.. air sejuk... cam air perigi... Rasulullah juga tak mengamalkan makan sesuatu yang panas... kerana yang sudah turun suhu kepanasannya adalah lebih baik =)


p/s: wahhh banyoknye kuih raye lalala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...