GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label penyanyi malaysia. Show all posts
Showing posts with label penyanyi malaysia. Show all posts

23 April 2015

11 FAKTA MENGENAI DATO' SITI NURHALIZA


KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2015: Pada 1 April lalu, genaplah 20 tahun pembabitan penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza bergelar penghibur.
Jatuh bangun dan segala pancaroba dunia seni tanah air telah pun dilalui dengan tabah oleh anak jati Pahang ini.
Sehingga kini, pengaruh Siti Nurhaliza masih lagi kuat dikalangan peminatnya di serata Malaysia.
Dari muda sehinggalah yang tua, tak kira apa bangsa sekalipun, nama Siti diakui sebagai antara penghibur terhebat pernah dilahirkan negara.
Apa kata kita imbas kembali sedikit fakta tentang isteri kepada Datuk K ini.
1. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.
2. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.
3. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.
4. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.
5. Sangat menggemari warna hijau.
6. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.
7. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest - Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival - China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival - Kazakhstan)
8. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.
9. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.
10. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.
11. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...