GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label sam bunkface selamat bernikah. Show all posts
Showing posts with label sam bunkface selamat bernikah. Show all posts

25 April 2015

SAM BUNKFACE SELAMAT BERNIKAH


Sumber Berita Harian
KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2015: Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam telah selamat dan sah bergelar suami kepada kepada Aida Azira Hussin dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Sapura, Mines Resort City, pagi tadi.
Menerusi laporan Berita Harian, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Mohd Baharom, 27, dan isterinya Aida dengan sekali lafaz telah selamat diijabkabulkan sekitar jam 9.27 pagi tadi.
Pasangan tersebut telah dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Masjid al-Islam Serdang Raya, Ustaz Mohd Ramizi.
Dalam majlis itu juga, Pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan.
Aida menerima hantaran mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah serta sepasang set telekung.
Hantaran dibalas dengan sebentuk cincin, senaskah al-Quran dan sehelai sejadah kepada pihak lelaki.
Persalinan akad nikah dan persandingan pasangan ini pula adalah hasil tanggungjawab Lynda Rahim Kuala Lumpur.
Selain itu, aksesori hiasan 'gold tattoo' pula tajaan Aisyah Wong, dipadankan dengan solekan yang minimalis dan elegen oleh Emmy Agung dan dilengkapkan lagi tatarias rambut dari Chez Hair Studio.
Sam yang juga abang kepada aktres Siti Saleha telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu.
Mereka mula berkenalan sebagai rakan kerjaya sekitar tahun 2011, sebelum ianya bertukar menjadi hubungan cinta sekitar tahun 2013.
Sesuai dengan kecintaan mereka terhadap pantai, pasangan ini memilih Koh Tao sebagai destinasi bulan madu selama lima hari.
Mengenai cahaya mata, pasangan ini sangat terbuka dan bersedia dengan rezeki kurniaan Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...