GENG LENSA HIDUP

19 May 2010

INI FAKTA PENTING... MESTI BACA

salam
moga kalian sihat & ceria selalu

dalam bahasa inggeris & itali.. jurugambar dikenali sebagai paparazi. perkataan ini dipercayai diambil daripada watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. dalam bahasa melayu pula ayah kepada seorang budak yang bernama razi juga dipanggil papa razi... =)

bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun lampau... menjadikan bendera denmark bendera paling lama digunakan di dunia. ini lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. =)

hanya enam bahasa yang digunakan oleh PBB. iaitu bahasa inggeris, perancis, arab, cina, rusia & sepanyol. ini akan menjadi tujuh bahasa jika perwakilan menggunakan bahasa kasar atau bahasa kesat. =)

orang yang tidak ambil tahu tentang pangkat, wang ringgit, kedudukan, & harta dunia ialah orang Utan... =)


p/s: kerja keras untuk entri berjadual... 21 mei 2010 mesti ada kat mersing. 26 mei 2010 aku kena gi jabatan peguam negara & berada kat putrajaya 1 hari suntuk. 2 jun 2010 mesti ke parit raja. 17 jun 2010 ade di bangi. 21 jun 2010 HUKM menanti.... time is running out beb. idea idea idea. sape-sape nak minum teh jom lah... hahaha

1 comment:

zulkbo said...

salam..
ka ka ka
lawaknya
info..
hu hu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...