GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label adik. Show all posts
Showing posts with label adik. Show all posts

26 May 2013

BILA ABANG KETAWA DAN ADIK MENJERIT

Salam dan selamat sejahtera

Semalam...

Si abang anak aku yang sulung dok berdua atas katil dengan adiknya yang baru je lepas pantang....
Si adik berselimut... si abang boleh pulak... tutup muka adik dengan selimut... lepas dia ketawa kuat-kuat sebab suka...

Dia ingat adik dia tu suka jugak...
Si adik pun menjerit la...

Aku mase tu ngah wat breakfast kat dapur...

Bila aku perasan si abang dok gelak gelak je...
Sepantas kilat aku g tengok...

Ohhhh nasib baik....

23 October 2010

MATI BERGADUH DENGAN KAKAK

KUANTAN – Puncanya cuma berebut siaran televisyen, tetapi akibatnya seorang adik mati terkena serpihan kaca tingkap nako sewaktu berbalah dengan kakaknya di rumah mereka di Taman Balok Baru di sini kelmarin.
Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, yang mengalami pendarahan teruk pada paha kanan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Balok pada pukul 5.40 petang Khamis lalu.
Kejadian itu berlaku sewaktu bapa mereka keluar bekerja sementara ibu pula berada di surau berdekatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, Naili pada mulanya didakwa bergaduh dengan seorang adik perempuannya yang berusia lima tahun kerana berebut saluran televisyen.
“Kakak Naili yang melihat tindakan mangsa yang cuba berebut siaran televisyen telah memarahi mangsa.
“Ekoran itu berlaku pertengkaran antara Naili dengan kakaknya yang berusia 16 tahun sehingga terbawa-bawa sampai di luar rumah,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, semasa pergaduhan itu, kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap nako yang sudah pecah di tepi dinding rumah sambil mengacah-acah ke arah adiknya.
“Namun tanpa disengajakan serpihan kaca itu terlepas daripada tangan kakaknya lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya.
Katanya, akibat kejadian itu, mangsa luka dan berdarah dengan teruk di pahanya menyebabkan dia kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan oleh jirannya.
nota: dahsyat gak ye... hehe adik aku cakap kalau gaduh dengan aku tak de la sampai mati uhuhu =P


sumber: KOSMO

01 September 2010

BAHAYA MAKAN CEREAL

salam
semoga semua sihat walafiat...
diberkati dan dirahmati selalu =)

ini merupakan satu kisah antara seorang anak dan seorang ibu... 
berdasarkan cerita ni... maka... terlihatlah KEUNGGULAN kanak-kanak tersebut...

setiap pagi si ibu akan menyediakan sarapan untuk anaknya... ye la nak anak membesar sebagai johan kan.... kena la siapka sarapan untuk anak dia... yup setiap pagi si ibu menyediakan cereal honey star a.k.a bijirin bintang madu... untuk anak beliau...

pada suatu hari si anak melihat ikan yang di dalam akuarium... dan teruja untuk memberi ikan tu makan cereal yang dimakannya setiap hari... ye la... budak-budak kan... ape lagi... beria la budak tu nak buka tutup akuarium tu... nak bagi ikan tu makan...

tiba-tiba...

si ibu menjerit dari arah dapur...

"adik!!! jangan bagi ikan tu makan... nanti dia mati..." jerit si ibu dari dapur... 
"tapi kenapa ibu bagi adik makan benda ni hari-hari?" balas anaknye...

kuang kuang kuang...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...