GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label mati. Show all posts
Showing posts with label mati. Show all posts

23 October 2010

MATI BERGADUH DENGAN KAKAK

KUANTAN – Puncanya cuma berebut siaran televisyen, tetapi akibatnya seorang adik mati terkena serpihan kaca tingkap nako sewaktu berbalah dengan kakaknya di rumah mereka di Taman Balok Baru di sini kelmarin.
Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, yang mengalami pendarahan teruk pada paha kanan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Balok pada pukul 5.40 petang Khamis lalu.
Kejadian itu berlaku sewaktu bapa mereka keluar bekerja sementara ibu pula berada di surau berdekatan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian pada pukul 4.30 petang, Naili pada mulanya didakwa bergaduh dengan seorang adik perempuannya yang berusia lima tahun kerana berebut saluran televisyen.
“Kakak Naili yang melihat tindakan mangsa yang cuba berebut siaran televisyen telah memarahi mangsa.
“Ekoran itu berlaku pertengkaran antara Naili dengan kakaknya yang berusia 16 tahun sehingga terbawa-bawa sampai di luar rumah,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, semasa pergaduhan itu, kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap nako yang sudah pecah di tepi dinding rumah sambil mengacah-acah ke arah adiknya.
“Namun tanpa disengajakan serpihan kaca itu terlepas daripada tangan kakaknya lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya.
Katanya, akibat kejadian itu, mangsa luka dan berdarah dengan teruk di pahanya menyebabkan dia kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan oleh jirannya.
nota: dahsyat gak ye... hehe adik aku cakap kalau gaduh dengan aku tak de la sampai mati uhuhu =P


sumber: KOSMO

24 August 2010

HIDAYAH DI TALI GANTUNG



salam
semoga kalian sihat dan beroleh rahmat...
telinga aku mase menaip ni ngah dengar lagu ali baba bujang lapok...
lalala...

kali ni aku nak kongsikan satu tazkirah yang aku dapat dari seorang ustaz... ye la kan bulan puasa banyak la tazkirah kan... so... aku rasa patut sangat dikongsikan untuk semua... aku adjust le dalam bentuk perkataan... ape yang penting topik utama tu yang aku nak sampaikan... ok?

ini kisah seorang banduan bukan Islam yang sedang menanti hukuman gantung... kejadian ni berlaku kat Malaysia ye... seorang banduan india yang sedang menunggu hukuman gantung mandatori... sebelum digantung mereka akan di tempatkan di sel-sel yang ada... mana yang muslim akan ada ustaz yang mengajar mereka... 

Letchumi(bukan nama sebenar) setiap hari mendengar ustaz mengajar seorang banduan muslim mengenai Islam... dan dia yang duduk kat sel sebelah selalu mendengarkan setiap penerangan ustaz tersebut... hingga suatu hari... Letchumi meminta ustaz tersebut untuk mengislamkannya... 

setelah dilakukan perbincangan dengan pegawai penjara dan beberapa orang atasan... Letchumi telah diajarkan untuk mengucap syahadah... yupp... sebagai satu tanda pengislaman... tapi malangnya... dah berkali-kali diajar... Letchumi tetap tak dapat melafazkan kalimah syahadah tersebut...

jenuh ustaz tu berusaha... ditulis dalam rumi... tapi Letchumi tetap tak mampu melafazkan kalimah syahadah tu... tapi Letchumi tetap jugak nak memeluk agama Islam... dia mintak diajar untuk bersolat... biarpun dia tak dapat membaca apa-apa... tapi hatinya tetap kuat mahu memeluk Islam...

jadi Letchumi hanya solat dengan melakukan pergerakan je.... sebab dia memang tak leh nak bace sepatah pun ayat bahasa arab... selang beberapa hari kemudian... hukuman gantung terhadap beliau akan dilaksanakan... mengikut keputusan mahkamah hukuman tu akan dilaksanakan sebelum subuh...

tapi si Letchumi ni mintak tangguhkan selepas subuh... sebab dia nak solat subuh dulu... setelah berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab... permohonan Letchumi telah diluluskan... dan selepas menunaikan solat subuh Letchumi pun akan menjalani hukuman gantung...

info: kebiasaannya mereka yang akan menjalani hukuman gantung ni... ade yang kena papah... ade yang kena tolak ngan kerusi roda... ade yang da mati dulu sebelum digantung... ye la... sape tak takut derrrr... lemah lutut bhaiii...

lain pulak dengan Letchumi... usai solat subuh... hukuman akan dijalankan... Letchumi dengan pantas melangkah dan berdiri di platform... dia benar-benar bersedia untuk menerima hukuman... memandangkan Letchumi telah memeluk Islam... dia perlu mengucap sebelum digantung...

info: kebiasaannya bagi yang muslim mereka akan disuruh mengucap syahadah... dan setelah habis syahadah diucapkan... isyarat 'thumb up' akan diberikan oleh pegawai atasan yang ada... kepada yang bertugas untuk menarik gear supaya platform terbuka... (sebab yang menjalankan tugas memang takde bercakap-cakap langsung kerana menumpukan perhatian sepenuhnya pada tugas)

macam dari awal cerita... Letchumi ni tak mampu melafazkan syahadah... mereka yang terlibat... berusaha jugak supaya Letchumi mampu mengucapkan syahadah... akhir sekali... ustaz yang ade... tak de pilihan da... janji ade bunyi 'syahadah' dari awal sampai akhir pon okay je la... walaupun tak lancar dan jelas.... 'gear' ditarik... maka Letchumi kini menjadi mayat...

info: setelah digantung leher tengkuk pesalah akan patah, muka akan menjadi kebiruan atau kehitaman, lidah sedikit terjelir, dan leher menjadi sebesar batang penyapu... dan kebiasaannya apabila tali gantung dilonggarkan akan kedengaran dengusan kecil (jeritan kecil) "erkkk" akan keluar daripada mulut pesalah yang meninggal dunia... kerana suara tersekat di peti suara dan tindak tindak balas gas dalam badan... (hukuman gantung tak menyebabkan leher pesalah luka)

kemudian mayat Letchumi diletakkan di atas troli... kemudian disahkan oleh doktor mengenai kematian tersebut... dan tali gantung dilonggarkan... kedengaran... ucapan syahadah lancar dituturkan daripada mulut Letchumi... dari awal hingga akhir... menjadikan semua yang menyaksikan kejadian tu merasa kagum dengan hidayah ALLAH... sedangkan sebelum ni punya la... susah nak ucapkan syahadah tu... hingga pelbagai usaha dilakukan...

lihat betapa besarnya kuasa Allah... hidayah daripadaNya boleh diberikan pada bila-bila masa je... buat hambaNya... tak de siapa yang boleh halang... dan beruntunglah mereka yang terpilih menerima hidayah daripadaNya....

sekian buat renungan semua =)

nota: aku seram bila dengar cite gantung-gantung ni sebab mase aku gi Pudu Jail dulu pun aku agak seram sikit bila masuk bahagian hukuman gantung dijalankan... dan tengok sel-sel yang tempatkan pesalah sebelum digantung... hihihi (belom lagi seksa neraka lagi dahsyat)

p/s: to joe... ermmm tukar domain pun nak wish tahniah ke? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...