GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

08 April 2014

ISTERI TERKEJUT JUMPA WANITA BERKEMBAN DI RUMAH

Assalammualaikum

Ini bukan kisah gosip ke hape... it's the true story...

My fren update status nye cam tu... wanita itu adalah jiran nya yang sangat terkejut dan mengucap panjang... bila pulang dari kerja nak masuk umah... jumpa seorang wanita berkemban bersama si suami... ini kisah betul ok... topik ni just untuk jadi pembuka cerita...

Ape perasaan bini dia agaknye ye?

Kalau jenis cepat marah mau kena terajang lakinya...
Tak pun kena maki kaw kaw

Untung la kalau si isteri just... mengucap panjang dan istighfar je banyak-banyak... fenomena macam tu sebenarnya dah banyak terjadi di akhir zaman ni... jika ikot hukum islam yang sebenar suami cam ni bila cukup saksi je... memang patut kena rejam sampai mati...

Haha faham?

Kadang-kadang ade jugak yang masih cakap sabarlah dan bla bla bla.... aku nak cakap ni... hukum tetap hukum... setakat bini atau suami ucap sabar dan istighfar banyak2... tu belum tentu boleh jadi pengajaran buat penzina yang sudah berkahwin...

Buka mata luas2 hukuman yang ade sekarang ni tak menggerunkan si penzina...

Sebab tu perempuan dan lelaki tak segan tunjuk aksi peluk2 dekat khalayak... nanti ade pulak yang soseh2... cakap tu hak diaorang dan tu urusan dia orang...

Tu la la ayat orang yang berfikiran liberal... dah diterapkan kat minda melayu islam... so depa asyik buat tak kesah and always said xpe... jangan campur hal orang...

Ha3 emo plak... =P

Malas nak cakap panjang... sebelum ni pun aku dah pernah bebel... isu2 cam ni... loteh den...

Same gak cam isu isteri kena cekup berzina dengan lelaki lain... then suami cakap I dah maafkan dia dan dia janji tak buat lagi.... macam suci je ayatnye... hu3

Kalau ikut hukum yang sebenar suami kena ceraikan isteri tu dulu... supaya suami tak dianggap dayus... lepas tu terpulang la nak kawin semula ngan bekas bini tu ke ape...

Just sharing...

sebab tu pentingnya agama islam dipelajari dan diamalkan... bukan setakat tau istighfar je... dan amalkan sikap tak ambil kisah hal sekeliling kononnya nak jadi manusia baik yang tak jaga tepi kain orang la kononnya... =)

03 June 2013

ANTARA BOLA SEPAK DAN BOLA RAGBI

Salam dan selamat sejahtera
Semoga semuanya sihat selalu...

Saje nak berkongsi...
Sayangi isteri anda ibarat seperti bola ragbi...
Kerana pemegang bola ragbi akan bersungguh sungguh pertahankan bolanya...

Manakala bola sepak dengan mudah dan pantas ditendang ke sana ke mari
Bersungguh lah pertahankan isteri anda jika ada pelbagai uiian yang mendatang
Renung-renungkan...

Tq... to my hubby coz selalu melindungi isterinya walau di mana kami berada


25 October 2010

4 GOLONGAN LELAKI BAKAL DITARIK KE NERAKA

Pertama:-
  'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.  

Kedua:-
'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.  

Ketiga:-
  'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.  

Keempat:-
 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

nota: kadang-kadang kita selalu nampak orang pempuan walaupon da kahwin dengan selambe je kuar umah tak tutup aurat... walaupun selangkah je kuar dari rumah... cam tu gak dengan anak-anak pempuan... dan adik-beradik lelaki gak... tetap ade tanggung jawab...

aku masih ingat: aku kena marah dengan adik lelaki aku... mase tu aku sat je nak buat pe tah kat halaman umah... aku pakai tudung... cuma mase tu aku pakai baju lengan pendek... adik aku kate "ha tangan tu nak kena bakar ke?" aku pon gelak-gelak je masuk umah balik gi carik cardigan huhu ~ bila fikir balik tu pun aurat gak walaupun kuar umah selangkah je....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...