GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label resepi rahsia. Show all posts
Showing posts with label resepi rahsia. Show all posts

06 October 2017

RESEPI TELUR DADAR ASAM PEDAS


Assalammualaikum

Memasak merupakan aktiviti yangbmenyeronokkan...

Di mana kita berpeluang mencuba pelbagai resepi...

Kali ni aku nak kongsikan resepi telur dadar asam pedas...

Buat telur dadar seperti biasa sebiji-sebiji atau telur dadar yang telah siap dipotong...

Tumis bahan-bahan untuk membuat asam pedas seperti biasa...

Setelah mendidih masukan bendi dan telur... perasakan dengan garam dan gula... 

Jadi...

Ringkas dan sedap... menu masakan berkuah yang berkhasiat...

Selamat mencuba!



02 November 2016

RESEPI KUAH ROJAK VERSI SENANG

Assalammulaikum

semoga semuanya sihat selalu...
kali ni aku nak kongsi resepi kuah rojak versi senang!

stay tune



Kuah rojak versi senang

Bahan2.
1. Motor @ kereta
2. Minyak secukup rasa
3. Duit sebanyak Rm5.50

Cara2nya :
1. Naik kereta/motor
2. Pastikan minyak cukup atau pi tambah minyak sampai rasa2 cukup
3. Drive ke kedai buah terdekat
4. Bagitau penjual nak beli kuah mak bee satu
5. Bayar guna duit RM5.50 tadi
6. Siap, boleh dah cicah buah2

20 October 2015

HOMEMADE SARDIN SEMUDAH ABC


1kg Ikan selayang/ikan sardin
6-7 biji Tomato segar
4 biji cili merah
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Caranya:
1. Siang ikan potong kepala dan buang isi perut.
2. Kisar tomato dan cili merah dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
4. Masukkan air. Bila didih masukkan kesemua ikan. Perlahankan api. Biar selama 3-4jam.
5. Setengah jam sebelum tutup api masukkan bawang besar dan bawang putih dihiris.
6. Perasakan dengan gula dan garam.

Selebihnya anda boleh adjust sendiri tahap kepedasan, kemasaman, kemasinan.

Boleh disimpan atau diolah kepada kari sardin dan lain-lain menu. Terpulang pada kreativiti anda.

nota: gunakan periuk bertutup, api perlahan... jika ada pressure cooker pun boleh guna. pastikan anda masak lama untuk dapat hasil tulang yang reput... ada setengah negeri panggil ikan selayang ni ikan sardin... 

hasilnya: bau memang bau sardin dalam tin, tulang sardin pun reput... semestinya halal dan bersih. tanpa monosodium glutamate(MSG). 

menu ni terinspirasi daripada menu di facebook. tapi dalam resepi tu dia guna tomato puri dan sos tomato. semestinya ada maonosodium glutamate. aku nak elak tu semua. so aku guna tomato segar dan cili merah segar.

jika kurang tempoh memasak tulang belum reput lagi... sebab aku dah test... masak dalam 1 jam setengah je... rasa okay... cuma tulang tak reput... so memang kena masak 3jam dan ke atas... lagi lama lagi reput... dan ohsem!!!

selamat mencuba...

15 April 2015

RESEPI ROTI PURI


Pertama kali tengok orang masak roti puri ni dalam MAster Chef Selebriti... nampak macam sedap sangat... bila cicah dengan kari.... 



Resepinya:

2 cawan tepung gandum*
1 sdt yis kering brand mauripan*
1 sdt gula*
3 sdb minyak masak*
1/ 2 sdt garam*
3/4 cawan air suam (jangan guna air panas mendidih... takut yis mati)

Caranya:

Satukan semua bahan yang bertanda *..gaul hingga berderai2. .masukkan air suam.. uli selama 3- 5minit.. bulatkan sebesar bola pingpong(jgn besar sgt tau). .peram selama 30minit dalam bekas bertutup. .

Panaskan minyak masak guna api sederhana perlahan. .bila minyak da panas..gelekkan doh tadi hingga nipis.. . goreng satu2. . . curah2kan minyak pada roti puri hingga kembung..siap toskan.. 

selamat mencuba!!!

13 October 2014

HOMEMADE CHOCOLATE CHIPS

Assalammualaikum

semoga sihat dan ceria

zaman sekarang ni kebanyakkan benda semua nak homemade haha... itu sebenarnya sikap yang sangat bagus... kalau boleh semua benda nak homemade =)

jom aku nak share video bagaimana nak buat chocolate chips sendiri.... lepas ni boleh lah try kat rumah tu... gerenti suami hang pa bangga...


ok boleh klik link kat atas tu... dan selamat mencuba!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...