GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label haha. Show all posts
Showing posts with label haha. Show all posts

17 January 2017

29 February 2016

TUDUNG BAWAL BERIBU DAN MANUSIA CEMBURU

Kisah Tudung Bawal Part 1:
" Apa ada aircond ke tudung rega Rm2,3 ribu? Nak tutup kepala pakai tudung rega Rm10 pun boleh la."  ujar Minah sambil menunjukkan gambar di Iphone 6 Plus kpd kawannya.

- Dik,  Lenovo A850 pun boleh la main FB, kenapa ko x beli?

Kisah Tudung Bawal Part 2 :
" Ish..membazir betul beli tudung Rm2,3 ribu..ingat kalau jual balik tu laku. " ujar Kak Mah sambil membetulkan rambutnya.

-Kak, bila nak pakai tudung? rambut kuning karat akak tu kalau jual laku berapa ribu?

Kisah Tudung Bawal Part 3 :
"Merepek betul la tudung harga ribu2..padahal sarung atas kepala jer" ujar Mamat sambil menyarung Shoei JF2 Jack Biru di kepalanya.

- Dik, kenapa x sarung jer MS 88 jer kt kepala?

Kisah Tudung Bawal Part 4:
"Ni kalau pakai tudung harga ribu2 ni confirm dapat pahala lebih ke apa? " ujar Pok Jib ketika menanti umpanya dijamah ikan.

-Bang, pakai Shimano Stella SW20000 tu confirm dapat ikan besar ke?

HYPOCRASY...JEALOUSY...WALL OF LIES!

tudung bawal ni rege RM3K++

hi3 jangan sibuk hal orang kalo mampu beli la tudung rege berapa pun...

13 May 2015

KISAH JENAKA SUAMI ISTERI


Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..
" Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "
*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2. (",)

06 November 2014

PELANGGAN TAK DIKENALI



Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat...

akibat terlalu suka kepada komputer dan internet... aku pun mulakan dengan berblog untuk jana pendapatan sampingan... aku bermula pada tahun 2009

ketika itu ramai baru mula mencipta blog... dan pada tahun lepas aku mula berniaga online.. menjual pelbagai jenis handbag... dan lain-lain barangan... tapi kepakaran kami lebih kepada handbag...

di dunia maya ni kita tak kenal pun siapa pelanggan kita... yang kita ada... hanyalah bekalan sebuah keperayaan.... jika kita percaya dan yakin baru beli... jika ragu-ragu tak payah beli...

alhamdulillah berkat dengan kepercayaan daripada pelanggan... kami sudah mampu menerima pelanggan dengan pengiklanan yang minimum... berbanding masa mula-mula nak mempromosikan produk... dan nak sebarkan yang kami ini berniaga handbag....

memang... kena promo promo dan promo...

sekarang semakin sibuk dengan whatsapp... melayan pertanyaan daripada return customer... daripada bakal customer... buka inbox Fb pun sibuk melayan pertanyaan mereka...

my hubby suka tanya... "kedai tak tutup ke?"

haha... aku suka jawab "masih baru lagi... kena kerja keras... nanti dah betul-betul popular kita buka 8 a.m sampai 5 p.m dah ok... "

haha gelak sakan =)

itulah asam garam berniaga online dan mereka yang suka komputer dan internet... jangan mengadap kosong... saje suka-suka update status... kat Fb... hadap biarlah berhasil...

nanti ujung-ujung senyum sendiri =)

percayalah

wassalam...

p/s: aku jumpa husband aku masa mula-mula pun dekat lowyat plaza... haha aku siap cakap... kat hubby... mustahil la sayang tak suka komputer dan internet... haha... kalau jumpa aku kat masjid al-azim ke... boleh la aku join malaysian islamic festival huuuuuuu

28 October 2014

AZIZ M.OSMAN CETUS KONTROVERSI

HAHA BIJAK SANGAT LAH SOALAN DIA NI....

selama ni kau buat babak adegan intim ke... pegang-pegang ke... kau pun ada saham tau kena tanggung...

LPF jika betul-betul jaga agama akan potong dua-dua babak... ho3 sebab jelas haram...
kan???

ini bukan soalan yang bijak keluar daripada mulut seorang pengarah... walhal anda tahu di mana haram sentuh bukan mahram walaupun dalam lakonan... dan sejauh mana haram sentuh anjing dengan sengaja...

boleh jadi artis jemputan untuk lawak ker der 4...
anda ada bakat melawak selain mengarah filem hu3

nanti akan ada yang cakap salah si anu tu... salah jabatan tu... nak suruh orang lain jadi baik... kau kena jadi baik dulu... jika semua orang latih diri untuk ikut perintah agama... maka semua orang akan ikut apa agama suruh...

even agak immpossible di akhir-akhir zaman ini....

tamat

p/s: jadilah cerdik sikit. jangan tahu buat filem je... 

25 September 2014

KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL TERIMA KENAIKAN GAJI

Assalammualaikum...

sila baca sampai habis naaaaaaaaaa....

PM Dato Sri Najib baru sahaja mengumumkan bahawa Kakitangan Kerajaan akan menerima kenaikan gaji yg akan dilaksanakan pd 1/1/15 dgn kadar kenaikan sebanyak 500 ringgit untuk semua kakitangan awam dan pegawai serta penambahan elaun risiko sebanyak 300 dan akan mewujudkan sistem band ke band 7 jika keadaan diangarkan mendesak apabila perlaksanaan GST dijalankan pd tahun2015, pengumuman ini telah disahkn KSU dlm mesyuarat Kabinet pd pg ni.Menurut katanya lg kenaikan ini berkaitan dengan hal2 kebajikan kakitangan awam akan dinaik taraf dan mengikut pandangan dari kesatuan sekerja ceupec serta dari JPA sebulat suara menyatakan supaya kebajikan terhadap kakitangan awam akan dinaik taraf sama seperti kelebihan yang ada pada perungkat Jusa. Usul ini telah diluluskan dlm pembentangan kertas kerja bersama JPA dn CUEPACS bertarikh 21/09/2014 dan perlaksanaan akan berkuatkuasa seperti tarikh yg dinyatakan diatas.. Sumber ini telah disahkan sendiri oleh Presiden CUEPACS. Menurutnya, itulah yang telah beliau mimpikan mlm tadi...

HAHA

TERKONO DENNNNNNNNNNNNNNNN

23 September 2014

CARA MUDAH PIKAT HATI SUAMI


DIY hiasan kepala untuk pikat hati suami...

haha

yang penting jangan ambik seluar dalam beliau naaa!!!

just or fun =)

15 September 2014

BAJU SUKAN PALING SEKSI!!!



mujurlah bukan kat Malaysia...

even yang nampak tu bukan real... pada aku sangat tak sesuai... sebab boleh melahirkan imaginasi bagi lelaki... 



31 March 2013

GUA ADE SEDARA... DIA BOLEH TOLONG GUA...

salam dan selamat sejahtera...
moga semua sihat dan selamat selalu...

isu suka guna kabel dah lame menjadi-jadi...kat dalam Malaysia ni... nak nak bile ade sedara... 

dapat keje pon sebab ade sedara yang tolong
dapat masuk U pn sebab ade sedara yang tolong 

dan tah pape lagi yang nak tunggu sedara tolong...

secara rasional nye aktiviti cam ni akan menyekat mereka yang lebih berkelayakan daripada anda... ape pon nanti orang akan cakap bile lagi nak tolong sedara... ye tak???

pastu... bila anda da tau anda dapat sesuatu tu disebabkan sedara anda tok sah la nak eksen bebeno... dan sedar di mana anda jika tak da sedara nak tolong dan bukan dengan izin Allah S.W.T... anda tak kan ke mana pun...

sekian... renung-renungkan dan selamat beramal...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...