GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

14 August 2015

25 January 2013

MENIPU DI FACEBOOK... BUKAN SUSAH PUN...

salam... dan selamat sejahtera...

sekarang ni sikit-sikit FB... twitter... dan macam-macam lagi la...

copy status yang nampak islamik... pastu paste kat wall sendiri... memang terharu bace... haha... kalau yang lelaki baca boleh jatuh hati dengan pempuan tersebut... kalau yang pempuan baca boleh jatuh hati dengan lelaki tersebut...

hakikatnya ayat-ayat tersebut memang boleh dipercayai... tapi... jangan la mudah percaya si pemilik wall itu seorang yang baik... bukan lah bererti menaruh syak wasangka... 

memuji atau mengeji itu dan ini juga... di wall FB kadang-kadang belum tentu lagi perkara tersebut benar-benar terjadi... kalau tak disertakan dengan bukti... seperti video atau gambar... sedang gambar dan video pon di zaman teknologi ni... boleh diedit...


ape pun berhati-hatilah... aku senyum je... kalau bace status orang yang menipu di wall FB... bile jumpa... tak de la cam yang di'update' seperti selalu =P



17 October 2012

KALAU KAU MAKAN NASI LAUK IKAN MASIN HARI NI... BAIK KO TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG...

salam dan selamat sejahtera...

lame tak wat entri baru... semoga semua sihat sokmo.... aku golek-golek dalam FB ade la jumpa benda alah ni....

aku pinjam gambar ni ye... tak suka nt aku delete...

gambar ape tu???

nasi putih lauk ikan masin... ikot mate aku la... aku tak tau la kalau ade yang kate ikan bilis ke ape... pendapat orang-orang BN kalau ade sejuta rakyat Malaysia makan lauk cenggini... haaaaaaaaa kau boleh tumbangkan kerajaan sekarang nih....


japppp.... berenti ketawa seminit...


adoiyai... kalau setakat isu makan je... baik tak payah... bangla datang malaysia pon... pegi keje... dapat gaji... boleh beli lauk lebih sedap daripada ni... sape-sape dapat makan lauk cam ni... pon kene bersyukur gak...

yang sering dibangkit sekarang ni.... isu korupsi... kronisme... salah guna kuasa... oleh kerajaan yang ade  sekarang ni.... penipuan demi penipuan yang dibuat... tu le sebabnye rakyat nak berubah... ok... aku malas nak komen panjang... babai...

30 October 2010

ANTARA PERKARA YANG PERLU DITEGAH DI FACEBOOK

-oleh Ustaz Zaharudin-

Gambar antara Perkara Yang perlu ditegah di Facebook

Terlebih gambar Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat (atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

23 September 2010

AWAS: FACEBOOK DAN ILLUMINATI

assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...

moga semuanya sihat walafiat....


benda ni da lame disebarkan... 
aku sembang-sembang dengan member kat FB... tengah baik punya sembang... aku pun tercite la pasal FB dan illuminati... so member aku tak caye.... aku pun paste le tentang asal usul FB dan kaitan dengan CIA...

Ia telah diasaskan oleh CIA. Mereka menggunakan fb sebagai alat untuk mengumpul maklumat, dengan adanya sistem fb ini, mereka dapat mengumpul maklumat terperinci dengan mudah sekali terutama melalui application relatives dan lain-lain. Jadi anda pengguna fb, pastikan anda tidak meletakkan maklumat yg betul. CIA adalah skuad kanan Illuminati!

pastu dan dan member aku cakap...
delete la account FB...

pastu aku jawab FB memang tak leh delete...
cume leh deactive je....

so... beware with ur detail on FB...

aku pon tetiba teringat pasal satu entri aku... TUDUNG SARUNG PERSIS TUDUNG SISTER? entri aku ni si Bro Loq nak share kat page yang ramai fan... tetiba je ade error... adoiyai...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...