GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

30 July 2013

HOI!!! KAU NI ASYIK SALAHKAN BN JE!!!

salam dan selamat sejahtera semua...

semoga semuanya sihat selalu... syukur kita semua dah masuk hari-hari terakhir ramadhan... dan ramai yang dah bersiap-siap dengan pakaian dan kuih raya... jangan lupa bayar zakat okeh!!!

harga barang naik - salah BN
takrif letrik naik - salah BN
banyak jenayah - salah BN

nanti ade yang bunyik... HOI!!! KAU NI ASYIK SALAHKAN BN JE!!!

tu kan salah TNB
tu kan salah CINA yang naikkan harga barang
tu kan salah POLIS tak pantau penjenayah

dah tu tugas PEMERINTAH NEGARA (KERAJAAN BN) ni ape?

tak boleh ke pantau tu semua?

nanti datang pulak SATU MAKCIK cakap...
YANG PENTING MALAYSIA AMAN...

sebab belom ade sedara mara dia kena tembak depan mata... sebab tu cakap Malaysia aman... cara macai cantas orang-orang Pakatan Rakyat.... aku dah muak =P

INGAT JANGAN SALAHKAN BN...
BN TAK BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP NI SEMUA...

hahaha

19 July 2013

PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT - N 01

Salam dan selamat sejahtera

Semoga semuanya sihat selalu la ye...

Bila kata ade pilihanraya...

Maka akan ada hari penamaan calon
Maka akan ada masa berkempen
Maka akan ada hari pengundian

Yang kelakar tu... hari penamaan calon boleh pulak spr pilih hari cuti... iaitu jumaat... dan hari pengundian dipilih pulak hari bekerja...


Ermmm
Apekah rasionalnya...???

Jika hari pengundian jatuh pada hari cuti rasanya lagi mudah para pemilih untuk keluar mengundi beramai-ramai... ye tak?

Ape pun fikir2kan lah... mane yang lebih baik untuk dipilih...

27 May 2013

SUDAH-SUDAHLAH TU....

Salam dan selamat sejahtera

Lame dah kot berlalu PRU 13
Bagi pihak pakatan rakyat... mereka telah berusaha bersungguh sungguh...
Cuma belum ade rezeki nak menang 2/3...

Ape pun tahniah untuk pakatan...
Jika ade pihak yang menipu dalam PRU 13 tak dapat balasan kat dunia...
Kat akhirat tetap ade... janji Allah tu pasti...

So bolehlah berhenti bercerita keburukan orang lain...
Sama sama koreksi diri...

In sha Allah kemenangan ada suatu hari nanti...

KEMENANGAN YANG MASIH TERTANGGUH...
KERANA ALLAH MAHU LIHAT ISTIQAMAH YANG SUNGGUH-SUNGGUH...

05 April 2013

MEMILIH INSAN YANG WAJAR DIPILIH...

salam dan selamat sejahtera...

gua sokong BN
gua sokong PAS
gua sokong DAP
gua sokong PKR

ape pon yang u olls sokong...
adekah insan yang anda UNDI tu jalankan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat???

jika tidak....

bererti anda memangkah orang yang salah... tak kira daripada PARTI mana sekalipun... wakil rakyat yang anda pangkah tak jalankan amanah dengan baik... anda tetap share dosa dan pahala... sebab anda yang memilih beliau...

semoga semuanya mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T.... 

lihat dan perhatikan apa yang dihadapan anda... untuk dijadikan wakil... berhenti daripada mengumpat mengeji... mereka yang jauh daripada pandangan anda... dan anda tak pernah lihat pun bagaimana kehidupan beliau...

sekian


04 April 2013

TU DIA... MAIN LAGU DAH....

salam dan selamat sejahtera semua....

harap semuanya sihat la ye....

lom pape lagi... BN da main lagu sayangi selangor kat TV3....

yakini BN...

kih kih kih...

pantas sungguh deme berkempen...

BN sayang SELANGOR sebab SELANGOR banyak hasil.... sayangnye bile da terlepas kat tangan PR.... deme tak dapat kokot hasil hua3

sayang sayang sayang : )





30 March 2013

DESAK LIM GUAN ENG HENTIKAN PROJEK TEROWONG...

salam dan selamat sejahtera... buat semua pembaca budiman....

semoga sihat selalu... 

asal layan TV je tah macam-macam cite tentang keburukan PR... nampak macam BN je yang AMAT BAGUS n MULIA... hu3

kejap-kejap cite rakyat Pulau Pinang desak Lim Guan Eng hentikan projek terowong berbilion... bila tak hentikan... cakap la yang LGE tu tak dengar keluhan rakyat... pendapat rakyat dan bla bla bla...

diaorang lupa ke???

kat Pahang dulu tu.... projek Lynas... dan macam-macam projek lagi yang dibawah kelolaan BN... ade je rakyat bantah... u olls bentikan ke tak projek tu??? tetap jalan gak kan??? ermmm... so tak payah la nak dok putaq... kat dalam TV yang seolah-olah pemimpin daripada PR je... yang tak endah bantahan rakyat... 

tak adil betul la kan... aku menyampah nak tengok TV... 

setiap pemimpin ade alasan sendiri dengan projek masing-masing... tak perlulah nak gambarkan yang BN tu sangat SUCI... =P

babai...




17 October 2012

KALAU KAU MAKAN NASI LAUK IKAN MASIN HARI NI... BAIK KO TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG...

salam dan selamat sejahtera...

lame tak wat entri baru... semoga semua sihat sokmo.... aku golek-golek dalam FB ade la jumpa benda alah ni....

aku pinjam gambar ni ye... tak suka nt aku delete...

gambar ape tu???

nasi putih lauk ikan masin... ikot mate aku la... aku tak tau la kalau ade yang kate ikan bilis ke ape... pendapat orang-orang BN kalau ade sejuta rakyat Malaysia makan lauk cenggini... haaaaaaaaa kau boleh tumbangkan kerajaan sekarang nih....


japppp.... berenti ketawa seminit...


adoiyai... kalau setakat isu makan je... baik tak payah... bangla datang malaysia pon... pegi keje... dapat gaji... boleh beli lauk lebih sedap daripada ni... sape-sape dapat makan lauk cam ni... pon kene bersyukur gak...

yang sering dibangkit sekarang ni.... isu korupsi... kronisme... salah guna kuasa... oleh kerajaan yang ade  sekarang ni.... penipuan demi penipuan yang dibuat... tu le sebabnye rakyat nak berubah... ok... aku malas nak komen panjang... babai...

27 September 2010

BN TIMBULKAN ISU BARU... JANGAN JADI SENJATA MAKAN TUAN SUDAH LAH....



Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakinidari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi. 

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”

Beliau mengulas laporan akhbar yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.
Judi hendaklah dicegah

Menurut Dr Asri, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” katanya.

Sehubungan itu, kata Dr Asri, segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan kerana judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.


Dalam perkembangan yang sama, Lim hari ini berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Ada juga bukan Islam miskin tegar

“Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?” soal Lim.


Katanya lagi, bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan belanjawan.

Program penghargaan warga emas yang menjadi isu kontroversial itu membayar RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. 

Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan mendapat RM100 setiap tahun. Di samping itu, waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. 

“Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. 

“Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen 'anti-rasuah' yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit,” katanya lagi.

sumber: Malaysiakini

aku kata: deme ni... saje je dok carik pasal... nanti jadi lagi senjata makan tuan... yang orang BN dok buat selama ni... kelepet bila dapat kontrak ape-ape projek... sampai stadium runtuh la ape la... kutip cukai dari kilang-kilang arak untuk bayar gaji... tak kira pulak? tu belom lagi kes agihan bantuan yang pilih bulu... kalau tak sokong BARISAN sampai mati tak dapat bantuan... padahal bantuan tu hak semua.... yang amalan RASUAH sejak berabad lamenye tu tak sebut pulak? adoiyai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...