GENG LENSA HIDUP

16 January 2015

5 MAKANAN POPULAR KOREA

Fenomena 'Korean wave' atau digelar sebagai hallyu telah melanda negara kita sejak beberapa tahun dahulu. Kebudayaan Korea seperti K-pop dan K-drama yang melanda negara kita menjadi kegilaan banyak rakyat Malaysia. 

Korea merupakan sebuah negara yang memberi pengaruh besar terhadap rakyat Malaysia dengan musik dan industri hiburan mereka. 

Bukan itu sahaja, Korea juga terkenal dengan pelakon – pelakon yang tampan dan cantik. Memang lah, negara ini terkenal dengan pembedahan plastik, siapa tak jadi cantik.  Dengan wajah artis – artis yang tampan dan cantik, industri Korea ini mempunyai beribu – ribu peminat terutamanya golongan wanita. 

Tahukah anda, selain industri hiburan, negara Korea juga terkenal makanan – makanan yang enak.

Berikut adalah 5 makanan popular Korea yang anda harus mencuba. 

Kimchi
Kimchi merupakan makanan Korea yang sangat popular dan menjadi sebahagian penting dalam kebudayaan Korea. Kimchi adalah makanan Korea yang dimasak dengan sayur - sayuran dengan rasa pedas dan masam. Sayuran yang sering digunakan adalah sawi, lobak, atau timun. Kalau anda melawat ke Korea atau berkunjung ke mana –mana  restoran khas masakan Korea, Kimchi adalah makanan yang pasti dihidang!  

Kimbap
Kimbap atau dipanggil Bap dalam bahasa Korea adalah makanan khas Korea Selatan yang dibuat dari nasi putih. Kimbap yang digulung dengan lembaran rumput laut kering dimasak dengan isi ikan, daging, telur dan sayuran. Memang sedap! 

Bibimbap
Bibimbap merupakan nasi campur di Korea. Makanan ini dihidang dengan nasi putih, pelbagai lauk dan sayuran serta sos sambal. Untuk pengetahuan anda, Bibimbap ini  akan disajikan dalam mangkuk dengan lauk disusun seperti gambar di atas. 

Bulgogi
Bulgogi merupakan masakan daging Korea Selatan. Makanan ini dimasak dengan cara dipanggang atau di tumis dalam periuk.

Ramyeon
Sebenarnya, Ramyeon adalah mee segera Korea. Makanan ini lebih kurang sama dengan mee segera kita, cuma perbezaannya adalah mee segera di Korea lebih pedas, dengan kuah yang lebih kental dan saiz mee yang lebih besar! Kalau anda berhasrat untuk melawat Korea, mee segera ini harus dibeli!! Harga pun murah.
Kredit Gambar: Cmilli/Aspiran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...